Friday, February 26, 2010

From Paris With Love

Yours Truly;
Yaty

 My New Lover
Goodbye Edward Cullen
HAHAHA

Bersempena hari cuti yang tiba-tiba jatuh dari langit, bedebuk atas bumbung sekolah. Saya pun apa lagi, ambil kesempatanlah. Sebelum ni asik merungut je, asal Sabtu sekolah, asal Sabtu sekolah. Orang cuti satu minggu, kami cuti 2 hari jah. Orang gelak-gelak kan kami, sekarang pay back time
KAHKAHKAHHAHAHAHHIHIHIHOHOHUHUHEHE
Gelakkan mereka semula. Ok, takda sambutan. Takpa T__T

On Wednesday lagi dah buat planning untuk Khamis. Gempak tak, gempak tak? Macam kalah murid-murid sekolah punya perangai. Uihh, planning saya belum dikira gempak, K. Fizah dan kuncu-kuncu siap nak pergi Sungai Besar cari tudung, K. Linda and the gang punya planning pulak pergi Bowling and karaoke (Dak Yang mana bagi I berbowling &berkaraoke). Me punya planning, simple-simple ja.

It's Movie Time!!!

Bersama Hot Mama Sis Ezy, pergi Bukit Tinggi. Sampai-sampai kaunter semua wayang start 12.45. Damn!! Berapa lama nak tunggu ni. Valentines start lagi lambat pukul 3.30. Dah janji nak pergi cari barang dengan emak petang nanti. SO, sambil cari idea, tangan pun sambil-sambil belek baju. Not me tapi Hot Mama itu bershopping di FOS. Saya tukang belek-belek pastu jerit-jerit sikit. Cantiklah, cantiklah. Pastu jalan terus takda perasaan.

Jalan lagi cari tempat makan pulak. Luckily, me n Sis Ezy suka try something new. This time we all try makan dekat Black Canyon Coffee. Dalam kategori enak juga. Boleh reptition kalau mahu.
 
  
Strawberry Delight + Your Favourite Steak
Only RM19.++ je
(Alhamdulillah Fav Sista belanja :)

 
  
Thank you sista

 
  
Muka tak cukup tidur T___T

 
This place is too cozy
 Sebab selesa sangat, kami duduk situ macam buat kedai sendiri. HAHA. dari pukul 10 lebih sampai 12.30 borak tak habis-habis. Bila dah habis cakap, masa untuk menonton pula
Best, sumpah best(sebab hero hendsome). Saya bagi berbintang-bintang (sebab hero hendsome). Memang action movie yang kelakar dan akhirnya sedih. Pergi tengok pergi (sebab hero hendsome). Saya cadangkan. Tapi, kalau tak best jangan mintak refund tiket dekat saya pulak. HAHA. Tapi, tak menyesal lah kalau cuba. Dah berapa kali ulang sebab hero hendsome. Tak rugi tengok sambil meleleh saliva :D

Thursday, February 25, 2010

Hey Ladies!!!

Ini pandangan peribadi

Hey ladies
kita jangan mahu di bilang lemah dong. Jangan. Gak mau ahh. Apsal gedik sangat neh. Apsal? Siap nak nyanyi Hey Ladies, Hey Ladies segala.

Ok, saya pun bukan sempurna. Eh eh (Belum apa-apa dah buat confession). Supaya mudah anda membuat penilaian kelak. Saya pun pernah buat salah. Kita manusia biasalah bukan? Saya bukanlah half human half vampire a.k.a The Cullens Family walaupun pernah terdetik di sudut sanubari. Supaya senang kelak bila ada yang sakitkan hati, aku hisap darah dia sampai kering. Keep on dreaming!!.

Saya cuma rasa KENAPAKAH PEREMPUAN MAHU SAKITKAN HATI PEREMPUAN JUGA?

Sebagai contoh, macam kita tahu lelaki itu ialah Kekasih seseorang, ataupun Tunang seseorang atau juga Suami seseorang (err, telan ayat kau sekarang!!). Kenapa kita mesti nak juga kacau yang hak orang. Kenapa? Seronok kah kerana ada adventure di situ. Kalau suka adventure pergilah buat sky diving ke, buat bungee jumping ke apa. Baru manis kalau di buat hobi. Tapi, kalau hobi kau suka menj****g, tak bermaruah sungguh.
.
Seronok ke kita tengok orang lain sakit hati?, patah hati, frust gila-gila. Crying 24/7. Eh, itu aku T___T Jangan dikenang barang yang lepas. Ok ok. Sukakah? Hiburankah bagi kau suka melihat wanita menangis? Baik kau tengok Macam-Macam Aznil, kan ada segmen menangis di situ. Tengoklah berapa banyak pompuan menangis yang kau suka. Lelaki pun ada.

Kalau kita pernah rasa, kenapa mesti nak orang lain yang innocent pun rasa. Kejam sangat perbuatan tu. Siyesly, I said. Jangan!!! Kalau yang dah kahwin lagilah. Kesian dengan anak dan wife dia lah bukan.

Kita semua pun tahu sekeping ayat yang sangat bagus. Contohnya cikgu bagi  ya murid-murid. Salin-salin sekarang. "Perbuatan jahat, di balas Jahat" or Hukum Karma. What u give, u get back (aku pernah guna ayat ni, ternyata berkesan) iklan FAB :)

Tahukah juga anda bahawasanya "Doa orang yang teraniaya itu makbul?" Renung-renungkan dan selamat beramal. Eceh

Apsal ayat-ayat tersebut macam  dalam tape kuliah Subuh pagi tadi?

Kalau ketentuan-Nya dapat jodoh dengan cara itu. Redha lah. Tapi, takyah lah cuba-cuba. Is not good.
Pesan seorang kakak; Jangan percaya kalau suami orang tu kata nak ceraikan isteri dia. Sebab dia takkan ceraikan punya. Sebab lagi, dia malas nak naik turun mahkamah, leceh. Kena bayar nafkah bulan-bulan lagi. Do not trust them!!

Wednesday, February 24, 2010

Konvokesyen

Ya Ampun, jangan keracunan lah baca entry basi. Konvo bulan 11 yang lalu. Tapi, gambar baru dapat. SO, barulah boleh buat entry. Sekarang sedang tensi sebab SPP belum panggil interview. Kawan-kawan lain dah lepas seksa. I terseksa. Ok, saksikan gambar-gambar. Cerita semua sama. Naik pentas, ambil sijil. Keluar dewan dapat bunga, happy tak terkata bak kera mendapat bunga aja gayanya.

Venue = Majlis Perbadanan Putrjaya, London

Date = November 2009

Thanx to = Emak, Babah, Wahid, Kak Adah, Dak Yang (& friends yang datang dari JB) padahal mereka ada meeting bukan sebab nak tengok aku konvo bagai. HAHA. Appreciate sangat-sangat(walaupun muka tempe bila ajak bergambar I still love you, ewaah)

 
  
 
Sayang emak & babah :)

Thanx sebab paksa saya masuk maktab
Walaupun saya mogok seminggu takmau cakap
Sambil nangis tepi tingkap (jadi bahan gurauan kasar oleh keluarga)
Bila tahu dapat Batu Pahat, YAY
terus bersorak tak ingat (sebab dekat dengan Skudai)
Eh, sapa yang nangis tepi tingkap dulu?
HAHAHA
Babah yang complete kan borang saya
Pergi Exam tak mandi 
Bawak muncung cencurut hantar borang dekat PSPN Shah Alam
OMAIGOD
I dah jadi cikgu sekarang
Akhirnya.

 
Ada kakak ipar comel sangat
Ada abang, beruang panda
Hasil dia, muka K. Adah hilang akibat bunga over size :)


 
Aksi taknak kalah
weirdo~~

 
Classmate Pengajian Melayu 2

 
Kali ni kasut hilang
sebab dat shoes killing me softly
HAHA


 
Kak Ina suka baca blog I
I miss u Kak Ina

Kenapa ni kenapa
Kanak-kanak riang gembira
:P

 
  
Ok, sidai muka sendiri last-last
My Fav pic :)

Habis dah tayangan gambar.


Tuesday, February 23, 2010

Terlebih Sudah

Adam
Stacy
Bergabung
Meletup

Booom

Sumpah jangan baca blog Yaty lagi. Jangan!!

HAHAHAHA
Hari ini saya sangat over sensitif. Sangat tahu. Saya pun tak tahu mengapa dengan tidak semena-mena air mata mengalir. Blerghh. Ayat apa neh, ayat apa neh? Tak lah, tak. Bukan tak semena-mena pun. Memang ada sebablah tu nak menangis TSKTSK

Macam banyak sangat yang ku pendam dalam hati neh. Anda tahukah yang hati saya sensitif dan suka sentap? Ok, sekarang dah tahu kan. Memang pantang, orang cakap sikit mula lah nak sentap bertahun-tahun. Sumpah annoying bukan ada perangai tersebut. Tapi, tapi tapi, kelebihannya (eceh, nak juga) saya takkan tunjuk yang saya sedang sentap. Gila cool. Muka rileks jah. Rilex habis macam redha. Bila sendiri, mula la makan hati. Lama-lama makan hati, sedap juga. Ok, shut up. Lama-lama, meletup jugalah perasaan tu. Dalam taknak tunjuk taknak tunjuk tu, akan ada insan yang baik hati lagi penyayang yang perasan perubahan I. Dia akan tahu yang saya sentap.

Jadi, kau kenapakah sebenarnya?

Entah lah. Sooner or later saya tahu, mereka-mereka akan ada kehidupan sendiri. Mereka-mereka takkan ada masa yang banyak untuk saya lagi. Mereka-mereka ada hati yang perlu dijaga lebih dari hati saya. Tapi, macam tak sangka, mereka-mereka akan secepat ini meninggalkan saya sendiri. Ni bukan ayat jeles, mereka dah kahwin, aku tak kahwin. Bukan. Cuma, mereka selalu ada untuk saya tak kira masa dan waktu. So, bila mereka-mereka ada komitmen yang lebih penting dari saya. Saya rasa terasing. Kembara di tanah gersang. Eh eh

 
Mereka-mereka

Saya sangat rindukan mereka-mereka. Saya bukan menjauhkan diri, cuma saya lebih gembira jadi pemerhati. Mungkin belum tiba masanya untuk saya berada dalam kelompok gembira itu. 

Macam penat guna ayat sastera-sastro. Straight to the point

1. Dak Yang selalu sibuk. Eh semalam baru cakap faham. HAHA. Pernah kah saya warning, don't trust me. Hari ni understanding, angelic tahap dewi-dewi. Esoknya aku dah jadi GF yang macam nak makan pelempang. Ye, saya boleh faham sibuk itu. Tapi, bila I need someone to talk to, he's not there. Terus sentap!!
 
suka rambut ni.
Silky & shiny
 Harap anak-anak kita dapat rambut ini nanti, tapi blonde (?)

2. Saya dan Butet dah macam jauh sangat. (Butet ialah kawan terbaik) Dah lama rasa, tapi, tak tahu nak buat apa. Bila malam tadi, beliau mesej menyatakan perkara itu, Aku terus touching. Oh My.. I buat my fren upset? Tapi, saya upset juga.

 
 Butet nak kahwin dah


3. Kema pun sama. Hari tu, kami macam excited gila dalam telefon sebab kami saling merindu. I teringat dia, at the same time dia teringat I. Dia call,I mandi, I call balik dia tak mandi. Ok tak kelakar. Kalau I sedih, mesti nak cari Kema. Tapi, I call dari pagi tadi, beliau tak angkat. Selalu akan call semula. Tapi, mana tah. Sampai sekarang belum call-call

 Kema dah kahwin dah

 3 sebab-sebab di atas lah yang buat aku sedeh hiba tak terkira. Entah kenapa macam sensitif sangat sekarang. why oh why?


Sunday, February 21, 2010

Pity Him

Hurm, just short entry

Well, since my Dak Yang ialah student full time. So, I macam takda masalah dengan itu. Even dia takdalah cuti sem 3 bulan, takda cuti CNY seminggu, still I rasa dia belum ada komitmen yang serius. Walaupun, dia student dia menjana pendapatan dari belajar. Jadi, sesiapa yang fikir, "boleh lah, parents dia support" Anda salah sama sekali. Anda boleh di dakwa dalam akta, ok takyah merepek. Short entry remember!!

Apa yang aku nak cerita ni?

Ok, dah ingat.

Jadikan, bermula tahun 2010 ni, Happy New Year (tetiba). Dia telah err, I tak tahu nak explain macam mana. Dia masih lagi pelajar (dan akan tamat Insyaallah bulan 6 ni) tapi dia sudah mula bekerja dengan apa yang dia belajar itu. HAHA kau takyah faham sangat pun takpa. Perkara ini sudah di warning dari tahun lepas lagi. I should know about this will happened. Tapi, macam tak sangka yang ianya tak mudah.

I imagine yang beliau akan busy macam masa beliau struggle buat PSM dulu-dulu. Ataupun, struggle masa nak present untuk Master beliau hari-hari yang lalu.

Rupa-rupanya, Jeng je jeng. Suspen tak suspen tak. 


Dah sebulan dah Dak Yang di bumi Shah Alam, tapi satu wayang pun takda jenguk lagi. Ok takyah cerita wayang lah, 1 Shopping mall pun I belum jejak dengan beliau. berpeleseran takda hala tuju Belum sempat lagi. In fact, kami hanya bertemu di Mc D Seksyen 3 (tu pun sebab nak guna WiFi free) tapi kan tak cakap sepatah pun. I kat sebelah main gelungsur-gelungsur kat kerusi sebab bosan. Ada masa, I usha jiran-jiran sebelah meja. Fuh.


I macam ingatlah, bila Dak Yang ada di depan mata (tak sesuai, kami bukan duduk berjiran). Bila Dak Yang ada 15 minit away, boleh lah selalu gedik-gedik nak jumpa. Tapi, u know lah kan T___T

Minggu lepas paling tragis, bila I tanpa segan dan malu nak crying a lot dalam kereta. Sebab he promised nak spend time with me (16/2/10). I pun dressed up bagai lah nak pergi jalan-jalan Hollywood. Lepastu, lepastu masuk kereta je
I kena pergi Damansara lepas ni
Habis I?
Kita jalan-jalan lain kali la. Bila semua ni dah settle

T________________________T

Hurmmm, masa tu macam I nak pentingkan diri. Tapi, tak jadilah. Letih nak gaduh selalu. I pun cair je la bila dia dah pujuk-pujuk (dengan ayat-ayat gemuk & montel. bukan ayat pujangga pun) Ikut hati nak keras-keras kan je. 

Tapi, yang menyentuh hati sangat

17/2/10
He's got last minute notice about kursus yang he should attend at UTM (18 & 19 Feb)

20/2/10
He called at 6.51 (I dengar background macam dalam kereta tapi mamai)

I called at 7.30 (still in the car) Otw pergi breakfast ni

I called 8 something (still in the car) Nak pergi driving range. tadi tunggu Amin. Bila nak cakap dengan Amin dia kata Amin senyum (I smell something fishy)

I called 12 lebih (background dah senyap) I tengah buat kerja, dekat Ofis (STC I thought)

I called Maghrib
Tadi I pergi Ariani
Buat apa?
Beli tudung lah
Ariani Kota Damansara?
Taklah, Mutiara Damansara
Kat sini mana ada Ariani?
Kat sini mana? 
HAHAHAHA (dia terkantoi di situ)
Balik tapi tak cakap ye!!!
Banyak kerja

So malam I called lagi, tapi dah tak angkat. He's not even called me back.

2 a.m pun tak call

6.50 a.m I tertidur dekat ofis, ni baru nak balik rumah.

I terus jatuh kesian. Kesian nya dia work hard sangat-sangat. Macam I tak patut serabutkan kepala dia dengan suara merengek-rengek nak jumpa, nak jumpa. SO, I rasa pity him :(

Friday, February 19, 2010

What Happened To Me

HAHA, ada yang nak tahu ke? Meh sini meh. dekat dekat, rapat rapat. Opss, yang bukan muhrim, jauh sikit. Nanti batal air sembahyang. Ok, dah habis perenggan pendahuluan.

SIBUK
atau buat-buat sibuk adalah lain. HAHA. Sekarang baru dapat suntikan semangat untuk kerja dengan maju jaya. Imagine dah 2 bulan sekolah, kedatangan belum siap, Jadual kelas pun belum nampak, Jadual bertugas, carta organisasi semua masih dalam angan-angan. Dah siap design dah. Tapi dalam kepala je. Kira siap la tu. Hasilnya, tah bila nak nampak tah. SO, bila bernekad nak siapkan semua-semua. Saya melarang diri, eceh. Melarang diri menggunakan broadband sebab tengok cam sekarang. Belum pun mandi. Ouwhhh. I hate internet (tetiba). Lagi lah kena buat soalan untuk Ujian bulanan, Dokumentasi Merentas Desa dan Buletin PSS. Nampak tak, kerja bukan nak makin hilang, makin membukit-bukau segala.(aku nak pencen)

NEW JOB
Sejak SPP tak panggil-panggil I interview, I dah tawar hati dah. Macam merajuk pun iye. Fine, taknak panggil I ek? Membukit la tunggakan nanti. Boleh buat shopping. HAHA. (tapi dalam hati, panggil la, panggil la. Terseksa batin ni selagi tak lepas) Hurmm, my new job sekarang ialah jeng je jeng "WEDDING PLANNER". Best tak best lah. Dah lah I suka kerja-kerja kahwin neh. Hire me if anybody yang berminat. HAHA. For My Sister punya wedding. Tu pun salah satu sebab lah I sibuk. Ke sana ke sini survey harga terbaik (padahal atas katil je) ehehe

VACATION
CNY pergi ke Lumut. Tak pergi seberang pun. Ribuan umat dekat jeti tu. Tak sanggup heh nak berpanas sesak dengan orang ramai. Baik duduk dalam bilik hotel tengok orang macam semut dekat jeti. Itu pun kira fun what. Bawa kamera yang takda batteri pun fun. SO, takda gamba yang dapat di capture. Ada takda, dalam HP Adik. Nanti ada masa saya cilok. HAHA.

MAKAN
Ni pun salah satu agenda neh. Since my sista n Adik bercuti seminggu di rumah, I gain weight (damn). Asik makan, makan, makan. Hari tu dah makan dekat Muara, Port Klang. Malam semalam I balik aerobik dengan letih dan tak mandi, di heret-heret ke Mc Donald Setia Alam. Mesti Cikgu aerobik I kecewa. HAHA. Malam ni nak pergi makan stemaboat pulak. Esok nak shopping. YAY!!! Spending time with family memang priceless. Lagi-lagi ada yang nak meninggalkan family ikut husband nanti. Woooowoooo~~

 
Opss, tangan adik.


NOW
bye bye :)

Saturday, February 13, 2010

Ke Rumah Model Jelita

Bila perut kenyang, badan penat. Apa patut kita buat?

zzZZZzzzz

Tapi saya masih menghadap "rumah baru hasil air tangan dan titik peluh sendiri" Penat bertukang sampai ke pagi. Sungguh penat. Lepastu rasa terkagum dengan hasilnya. Pastu asik nak di tatap seharian penuh. Rasa taknak pergi sekolah sebab nak tatap muka blog. Bila kat sekolah pula teringat dekat jendela blog yang ditinggalkan. Err, patut ke perenggan puji-puji diri tanpa henti dan tanpa fikir perasaan orang lain ni berlarutan empat muka? Ok I should put the fullstop here >>>. Nah ambik

Buat entry secara laju (sebab dah takda part nak puji-memuji dah)

Pagi 
 Bangun pagi terus teringat temujanji dengan Ibu kepada model Hanis Zalikha. Pergi tengok Tart pastri, Kek Coklat. (ada kaitan dengan job baru. tapi cerita kemudian). Rumah Hanis memang WOW cantik. Emak Hanis pula super duper WOW!!. Sangat ramah dan sangatlah cantik :) Dalam kereta dengan Dak Yang teruslah berangan-angan nak jugak sebiji rumah dekat kawasan tu. Memang superb. Senang Dak Yang nak ber-golf senang juga I nak cari dia dengan kayu golf suruh balik. Ok ni tah pape tah.



Tengahari
OTW balik rumah, belakang kami Lancer merah yang dibawa oleh seorang aweks. Ouwww. Perbincangan kami masuk hal kereta pulak. Dah macam dewan rakyat. Dia pun promote baik punya kelebihan yang ada pada Lancer yang takda dekat kereta lain. I sudah tambah pening nak mempilih. Brochure jangan di tanya, sikit hari lagi I boleh buka showroom yang penuh dengan brochure. "I saja bagi you pening, nanti you salah pilih, you ambik yang murah je" BLERGHHH

Petang
Balik sekolah terus pergi Carefour. Beli jajan untuk jalan-jalan esok hari. Terus ke Klang Sentral ambil kakak sengal yang sampai 30 minutes late!!. Semua panas hati. Terus ke Shah Alam ambil nenek pula. Last-last sampai Muara, Port Klang pukul 10. Mata semua orang dah kuyu. Sikit hari lagi muka tersembam atas ikan siakap stim. Yummy!!. Perut dah tegang gila. Kenyang sangat. Alhamdulillah.

Malam
I should sleep now. Esok nak drive jauh. Oh, memang mata dah berat. Badan lagi lah berat. Dah berapa kilo lah naik neh. Makan tak ingat. Macam tiada esok bagiku. Ok, dadaaa


Friday, February 12, 2010

I Love My New Look

Macam tak percaya boleh satisfied with this new look. Setelah berabad lama nak jadikan blog ni yang terbaik. Hari tu macam hampeh, kini macam wow!!. Tapi, kalau anda rasa biasa-biasa je, tolong keluar sekarang. HAHA. 

I buat sendiri. I buat sendiri, I buat sen.. ok berapa kali nak repeat cakap neh? Tolong lah kata cantik walaupun anda rasa tak. Penat bersengkang mata buat make over. Macam takda kerja lain nak buat je esok hari. 

Owh, banyak benda perlu di settlekan esok pagi. Pagi-pagi lagi akan ke rumah somebody yang popular. HAHA. Tunggu, tunggu kalau nak tahu siapa.

Err, esok juga ada makan-makan besar merayakan seseorang baru dapat gaji yang jumlahnya beribu-ribu lemon. Macam sambut CNY je ada makan besar segala.

Esok juga nak berpacking sebab mahu berholiday. YAHOOOOO. Holiday is my middle name. Destinasi; Lumut, Perak. Sesekali mahu pergi tempat yang biasa-biasa aja. Apakah rasanya duduk di tepian laut tapi tak mandi laut. Nak rasa itulah. HAHA.

Ok ok. Dah puas hati dah. Boleh tidur sekarang dengan keadaan perut yang kurang selesa ni. Cepat baiklah perut. Tak sayang ke dengan owner perut neh? Jawab, jawab!!

Thursday, February 11, 2010

MC pertama di Tahun 2010

Macam gembira ja sebab dapat MC. Sebenarnya tak. I tak happy langsung dengan adanya MC. (Walaupun dah bantai tidur sejak balik klinik sampai sekarang) Still, I tak happy bout it. Ceh!

Hari ini sepatutnya ada taklimat untuk semua guru-guru Bahasa Melayu pukul 11. What had happened? I terbangun pukul 10.30. I repeat TERBANGUN (means bukan lah saja-saja nak bangun jam sebegitu, selalunya saya sudah berada di pasar membeli ikan) Tipu sangat. Ok ok

Bangun-bangun je saya terus di attack oleh sakit perut yang melampau. Selalunya kena time cuti je. Jarang kena waktu-waktu sekolah ni. Kalau kena kat sekolah pun selalu I tidur dekat surau tanpa rasa bersalah. Jadinya, tadi rasa macam dah buat pertimbangan, larat ke ni, larat ke ni. Kaki memang dah cramp dah. Nak sit still memang tak dapat lah. Memang macam ulat beluncas, menggeliat sana sini.

I decide mau pergi juga, sebab belum confirm, jadi taknaklah MC ni, nanti menjejaskan masa nak interview. Tapikan tak dapatlah nak jadi orang gagah ni. I tumpas. Sebelum sampai sekolah, dah nampak klinik dulu. Terus buat De tour.

 
 


Lepas buat muka kesian, dapat lah MC satu hari. hehe. Dr. bagi ubat yang saiz XXL tahu. Luckily saya memang suka makan ubat. Dah banyak ubat dan petua yang di cuba. Masih belum berkesan lah. Haiyyoh, sesiapa ada petua yang nak share untuk penyakit ini?

Antara petua dia ;
  1. Letak kaki atas tempat tinggi e.g ; katil. Owh, saya letak kaki atas KLCC pun masih tak berkesan. Exagerrate.
  2. Tuam perut dengan air panas atau iron. Saya siap buat bara api, masih juga tak efektif.
  3. Pink pill. Hanya berkesan a few hours. After that attack lagi teruk.
  4. Berurut. Pun berkesan untuk a few months, lepastu tengok lah aku berguling-guling semula.
  5. KAHWIN. Oh, masih belum cuba. Jadi tak tahu outcome dia. Esok dah cuba, I bagitau. HAHA

Tuesday, February 9, 2010

Perkhabaran Gembira

Mari semua orang-orang kampung. Mari, mari. Anda orang bandar. Ok pergi balik. Saya panggil orang kampung. HAHA

Semalam tidur pukul 4 pagi tahu.

Err, apa yang menggembirakan orang kampung tentang itu.

Memang bukan nak gembirakan orang kampunglah. Saya yang teruja lebih. Memang excited gila. Nampak tak pertambahan yang wujud dalam page ni? Ok, tak notice takpa. Bukan dapat dosa lah.

SAYA SUDAH ada NUFFNANG

T_______________T

Call me old fashion. Panggil aku cakap. HAHA. Sebelum ni I macam tak endah je dengan Nuff tu. Lama-lama saya tengok chatbox orang semua cakap pasal klik Nuff klik Nuff. Ada wabak apa yang menular neh? Dulu takda pun. Bila saya try klik, lepastu saya pun tak ter effect apa-apa. Pastu blah. Almost two months juga buat observation neh.

Bermula semalam

Bila baca pendapatan orang macam hampir-hampir gaji sebulan saya. Mula lah musykil. Nuff ni keluarkan duit ke apa macam mesin Jackpot saja. Bila i try klik klik tak nampak pun duit keluar dari mana-mana celah. Kan aku dah cakap, aku kampung. Sebab tu panggil orang kampung baca entry ni. Sekarang orang bandar dah gelak-gelakkan I. Help yourself T___T. I memang siput kecanggihan dunia moden. Yang I tahu, buka FB, buat entry.

Semalam study pasal Nuff ni, siap buat tutorial nak letak iklan kat mana. HAHA. Boo dia. Boo pendek okek. Jangan panjang-panjang nanti sentap. T____T

Sekarang, kalau ada yang sudi nak kongsi apa yang patut saya buat lepas ni dengan Nuff saya sila lah berbuat demikian. Membantu insan yang lemah kan amalan mulia TSKTSK. Macam seronok pulak tengok orang main klik klik ni.

Err, tolonglah klik saya punya. HAHA (camni ke ayat nak mintak tolong)

Sunday, February 7, 2010

Adik; Zero.To.Hero

Saya ada seorang adik (seperti gambarajah di bawah)
 

Atau dalam bahasa lainnya "Tu adik aku yang kurus macam pokok kelapa yang tinggi melebihi kakak-kakak dan abang. Sungguh tak menghormati orang tua dia neh. Hep, biasa tu!!" Kami semua panggil dia Adik, walaupun rupa paras dia dah tak menggambarkan adik atau adik-adik (auwww!). Nama sebenar dia err, eh kami memang panggil dia Adik lah sejak dia lahir lagi. Sebab kami semua tahu dia Adik kami. Lepas Adik yakin dah takda Adik lain. (Gila lupa nama Adik sendiri)

  
Nama : Zuhri
Nama Panggilan : Adik Uyi
Nama YM : Hamba Allah
Nama Super Hero : Zero To Hero
Costume : Bath Robe

Untuk pengetahuan tambahan, salin cepat salin muka Adik sama dengan muka kakak atau CTRL C + CTRL V. Adik punya tahi lalat semua memang sama. Cuma Adik lelaki kurus, Kakak wanita gemuk sikit TSKTSK. Kalau Adik pakai tudung, muka dia tak ubah macam Kakak. Cantik dan menawan. (kakak baju pink boleh keluar sekarang!)

Adik kan dia sangat lambat matang. Maksud matang kat sini, dia tak tak pandai bersosial, dia lambat keluar dari kepompong. Saya bagi beberapa contoh:

  1. Sewaktu di High School, bila dia angkat telefon, orang ingat dia Husna (Kakak baju pink) suara dia macam perempuan
  2. Sewaktu kawan-kawan dia buli-buli budak sekolah, dia hanya mampu buli Bidi (adik saudara yang emak jaga. Tumbesaran dia terbantut sebab selalu kena buli dengan Adik)
  3. Sewaktu masuk SMKA dia telefon menangis pagi-pagi sebab kepala tali pinggang dia terbalik, lepastu sabun mandi masuk lubang jamban "nak buka sabun baru ke mak?" (2 bulan je kat situ, mak suruh balik)
  4. Sewaktu rakan sebaya pandai bawa kereta sendiri pergi Planet Hollywood, dia masih main kereta mainan yang tolak-tolak pakai tangan tu. Disertakan dengan sound effect tak boleh blah.
  5. Kalau dia main PS 2 dengan Abang memang kalah kanak-kanak 5 tahun. Siap gaduh betul-betul.
  6. Kalau dia jumpa kawan-kawan, dia pasti akan melarikan diri. "aku tak tahu nak cakap apa" Tu alasan dia. Dia tak bagi kawan dia raya kat rumah. Kelaka tak?
  7. Semua kawan-kawan dah tumbuh misai dan janggut, muka dia babyface lagi. Innocent gila.
Err, banyak lagi kalau nak disenaraikan ketidakmatangan dia yang boleh buat anda guling-guling atas lantai basah (?)
Tapi, sedangkan pantai pun berubah. Inikan Adik yang sutun. HAHA

Sekarang, Adik dekat UMP, Gambang. Lecturer dia bapa kepada Faizal Tahir iaitu Dr. Tahir. Ok, apsal kakak pulak nak excited lebih-lebih nak explain?Faizal Tahir, I ngefans banget ama loe!!

Cerita Adik bertukar jadi Hero macam ni

Masa Jumaat lepas, dia balik kelas dan terus makan biskut. Biskut Tiger ke, biskut jagung ke, biskut anggur Sutan ke (biskut ni popular untuk budak hostel, sapa ada biskut ni kira dia berada la) tah ye. Tak kisah lah biskut mayat sekali pun. Lepastu dia pun kelam kabut nak Solat Jumaat (Adik sangat Islamic, dia pernah pesan dekat emak suruh tegur kakak dia yang pakai baju singkat. Ok, kakak tolong malu dengan adik sekarang)

Biskut dia yang berjenis-jenis sebanyak satu tin tu dia tinggal sambil dilitupi selimut bersama sekotak susu baru buka. Kalau anda tak tahu, hostel UMP ni rumah sewa sebiji-sebiji. So, yang hanya boleh dikunci adalah bilik dan bukannya rumah. Jadi, biskut tadi, dia tinggalkan di ruang tamu.

Balik masjid, tin dia kosong. Aik? Apalagi, dia angin sebadan. Kebetulan ada saksi kejadian. Dia dengan berani kumpulkan kuncu-kuncu yang kehilangan barang tadi pergi rumah sewa si pencuri. Dia dah nak jatuhkan hukum potong tangan dah. Oh Adik, you are my hero!

Bila dia soal siasat guna cara good cops bad cops tak berhasil, dia pun guna cara Russian Roullet, Rihanna. Ok, malas layan. HAHA. Adik mula hentak-hentak dan sepak-sepak pintu almari yang tak bersalah tu. Kesian sungguh almari. Berdentum-dentum sampai jiran Si Pencuri datang. Mereka takut Adik belasah Si Pencuri. OMG, kalau anda kenal Adik saya, anda pasti gelak guling-guling lah bukan. Adik nak belasah orang sangat tak make sense.

Si Pencuri itu bukan orang miskin. Dia adalah orang yang berduit. Tapi, dia ada habit suka ambil barang orang. Bila Adik tonggengkan backpack dia, keluar semua biskut Sutan, biskut Marie bersama sekotak susu. Banyak gila makanan Si Pencuri dah rembat. hukumannya, Adik denda dia dengan cara suruh dia pulang balik mana dia ambik tadi. HAHA. Syabas Inspektor Shahab.

Bila saya dengar cerita dari Emak, saya terus TSKTSK T______T terharu. Adik dah tak sutun lagi. HAHA. Dia sangat gagah dan perkasa. Tapi, dia memang gagah pun sebab selalu anggap tangan kakak macam kain di buat perah-perah sampai merah-merah tangan kakak. Tak cukup tu, lengan kakak di cubit besar-besar. Dia memang suka dera kakak dia yang lemah ni.

CLAP CLAP Adik gagah

Friday, February 5, 2010

Tak Bisa Memilih

Owh sangat confuse. Tak tahu nak pilih yang mana satu, idaman kalbu (terus menari a go go dengan baju ala-ala Saloma) Blergghh. Belum apa-apa dah mula dah.

Sangat berkait dengan masa depan. Tak boleh main-main lagi dah. I have to firm with my decision.
Takut salah pilih, nanti menyesal. T____T

efect sampai ke akhir hayat woohh

Sambil fikir sambil browsing & drooling mentengok semua ini

Jom tengok bersama dan fikir bersama lah. Haiyyoh

 

atau

 
atau

 

atau

 

atau

I Have Nothing

Sorry

I have nothing right now

Maybe later

Banyak idea, tapi tenaga tak banyak

T____T

Mintak tenaga sikit boleh?

Monday, February 1, 2010

Cinta Balqis

 

My Valentine

Nantikan kisah selanjutnya...

14 Februari 2010

Eceh, xdalah. Tunggu esok ke lusa, I update.

Sekarang kena mandi