Saturday, January 30, 2010

S>E>R>A>B>U>T

Supposed to be jadi hari yang menggembirakan hati sebab 1st time dapat cuti di hari Sabtu yang indah dan permai. (Taknak cerita pasal Sabtu yang serabut sampai akhir tahun nanti)

Ada planning nak keluar dengan My Kezen dan Sis Ezy ajak join picnic dekat Kalumpang.

End up, aku duduk rumah dengan perasaan. Eh, pernah ke duduk rumah takda perasaan? Shut up!

Aku macam tersepit dengan masalah between My Kezen dan My Friend. Rasa aku pun bersalah jugak lah. Takkan nak buat muka stone pulak. Kezen aku dah upset sangat-sangat. Kawan aku pun dah macam rasa guilty jugak. Aku? Tersepit kat tengah-tengah.

Macam dulu dengan niat nak mentolong lah (Murni sungguh niat ini). Kezen mintak tolong, I tolong. Lepastu, kawan kita sendiri, mestilah kita nak tolong. Sekarang, siapa nak tolong perasaan kau?

Maybe, after this aku takyah involve apa-apa lagi kot. Aku bukan macam problem solver, macam pengundang disaster pun ada.

Lepastu, yang buat tambah serabut lagi. (You should see me dengan tak sikat rambut. Memang serabut) Dalam seminggu ni aku keep dreaming those nightmare yang sama. Every single night!!!

Aku cam rasa WTH? Kenapa asik nak masuk dalam mimpi aku je ni? Bukan kah sedang trying so hard untuk melupakan kenangan lalu yang mengusik kalbu. (Gila apa ayat neh). Maybe sebab aku trying so hard lah, dia keep datang dalam mimpi aku. Dia pun dah tak berapa kisah dengan aku lately. Macam a bit mellow. Semua like notice bout that.
Bila berlakon semacam takda apa yang terjadi, lebih menyusahkan.

I need my best friend yang jauh di Utara. ohho T____T

Dak Yang lagi super duper sibuk. Malas nak serabutkan beliau. Meeting malam ini (with Datuk R) sangat penting untuk masa depan. Baiklah Yang, baiklah. Hope everything going well. Good luck

Sorry, tak buka komen for this post. Just read it :)

Thursday, January 28, 2010

Happy Birthday Aunty

Today is Mama Dak Yang punya birthday.


Picture from FB my Kezen (her engagement day)

So, hari ni kira lifetime achievement lah saya selaku teman rapat kepada anak beliau (?) menghantarkan sebuah mesej. KIHKIH sebuah tahu. Itu pun peluh jantan betina semua dah keluar. Am sweating all day and maybe sampai next month.

"Salam Aunty, Happy Birthday, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki. Bila nak datang meminang?
(Ok, 3 last words memang tipu. TSKTSK)
"TQ, Amin! Salam. Insyaallah, Aunty datang esok"
(Again, I tipu last 3 words, jangan percayalah haiyyoh)
(Mesej ni aku baca dekat 100kali, siap bawak hp tidur lagi. KAHKAH annoying.)

Anak beliau pun tak tahu I hantar mesej ni. Bila dia tahu, "Owh, bagus, bagus. Ada tak Mama cakap hadiah bagi dekat I je?" Blerrghh.

So, I just nak say, Happy Birtday to Aunty. Thanx coz melahirkan dan mendidik seorang Dak Yang yang sangat wonderful (sometimes annoying) dan lelaki yang sangat sangat sangat not perfect but next to perfect. Terima kasih juga sebab izinkan anak Aunty bernama Dak Yang menyayangi saya (even kadang-kadang macam tak sayang sangat) Semoga satu hari nanti saya dapat jadi part of your family. Saya akan jaga anak aunty baik-baik sampai anak Aunty jadi gemuk macam saya, lepastu saya nak panggil dia Mok, Mok macam dia panggil saya sekarang. Lepastu saya nak goyangkan lemak dia..lepas..

Eh, ni macam surat nak mintak jadi menantu je. HAHAHA.

P/s: pilihlah aku jadi menantumu.

Sekian,

Yang truly nak kurus untuk your Son
-Yati-

Monday, January 25, 2010

Mandi Popcorn



Anda pernah kah mandi popcorn? Pernah? Feeling dia memang tak sama macam mandi lulur ke, mandi susu mahupun bermandi peluh jauh sekali mandi kerbau (?)

Saya pernah

Baru beberapa jam yang lalu saya mandi popcorn. Sumpah sedih meratapi popcorn yang dah tinggal separuh je. TSK TSK

Dulu kan, saya ingat lagi waktu tu. Waktu tak ingat dah la tahun bila tah apatah lagi nak ingat tarikh. Tapi, tempat kejadian saya tak lupa. Masa tu kat Pyramid. Wanita tu beli popcorn yang bucket XXL punya.Ok saya tak jeles pun walaupun popcorn saya saiz S, kongsi berdua pulak tu. HAHA Apa motif mention ayat tadi? Ok takpa, lupakan. Dengan bangga dia jalan turun tangga nak masuk cinema. Lepastu tadaaa, popcorn dia terbalik dekat tangga. Saya pun dengan bangga lalu sebelah dia sambil gelak dalam hati.

Tadi, kelam-kabut kejar Adnan Sempit tayangan 7.45. Lepas solat, lari-lari beli popcorn. Tau dah lambat, tetap jugak nak lari-lari anak. Lepastu, kalut-kalut langkah orang sebab masuk lambat. Err, macam mana yang lain dapat masuk on time?! Takpa takpa, simpan dalam hati. Tak baik berburuk sangka sesama insan. Eceh, siap bagi selingan Kutbah Jumaat lagi.

Sambil peluk popcorn nak tarik keluar tali beg. Gedik-gedik nak pakai beg silang atau Sling bag. (lagi gedik nak bagi translation yang tah betul ke tak) Apalagi, berterabur lah popcorn yang dipeluk tadi di atas badan sendiri dan orang sebelah. Seperti kata pepatah Yang di tarik tak keluar, yang dipeluk bertaburan. HAHAHAHA. Habislah, orang belakang, kiri, kanan tengok ada hujan popcorn atau lebih tepat aku bermandikan popcorn.@#$%^*&^

Melekat-lekat popcorn dekat baju dekat seluar semua. Dah lah ada caramel. Habis manis satu badan. Barulah betul awek manis. Try rasa, memang manis. HAHA. Tengok dalam bucket dah tinggal setengah je popcorn. Oh NO!! tak baik membazir bukan. Tak manis lah awek manis berbuat perbuatan membazir. Jadi, aku kutip popcorn dari seat dan makan. HAHAHAHA. Tawakkal tu Al'Allah. Kita tau popcorn tu memang halal kan? Jangan di ragui. T___T

Abang aku yang dekat sebelah pon kena tempias lah hujan popcorn tadi. Melekat-lekat popcorn dekat baju dia, siap masuk seluar lagi. Memang ribut popcorn betullah. Bila dah habis tayangan hebat tadi, suasana pun dah terang benderang, aku nampak selonggok popcorn in between seat abang aku dengan aku. HAHAHAHA. Rasa macam nak kutip balik masukkan bekas dan jual untuk penonton seterusnya. Untung mereka makan popcorn free dari tepi seat. Again, jangan di ragui sebab popcorn kan halal.

Rasanya cerita mandi popcorn lebih menghiburkan untuk mereka yang duduk belakang dan keliling seat aku tadi dari cerita Adnan Sempit itu. Pape pun, Adnan Sempit memang kelakar.

Sunday, January 24, 2010

Contest Cinta Sang Ratu - A Bouquet of Ferrero Roche

Bismillahhirrahmanirrahim (harap-harap menang, amin)

Romeo take me somewhere we can be alone
I'll be waiting, all there's left to do is run
You'll be the prince and I'll be the princess
It's a love story baby just say yes




 


Maaf, tak tahu berapa keping gambar diperlukan dalam pertandingan ini. Saya dengan gembira hati sertakan 4 keping gambar berukuran 4R kalau di print (dengan harapan, banyak gambar, peluang untuk menang lebih cerah, secerah mentari) Tapi, kalau nak satu je, jangan kick saya dulu, jangan. Sebab gambar yang saya kepilkan adalah gambar yang sama, cuma dari angel yang berbeza. Kira satu je lah ye Cik Hakim, yang arif lagi bijaksana (Norman Hakim apa khabar?Kirim salam pada muscle dia ya HAHAHA)

Cerita di sebalik gambar (Jeng je jeng)

Ok, cerita dia macam ni. Pada 19 Oktober 2009, My Beloved Dak Yang masuk wad di Selangor Medical Center (sekarang dah tukar nama, jangan cari SMC, lagi 40 tahun pusing belum tentu jumpa). Beliau demam yang tak baik-baik. Bila tanya "rindukan saya kah?""taklah, tak!" Tanpa rasa bersalah, beliau jawab Fine baby fine T____T.

Mode sedih, sebab beliau jarang sakit teruk-teruk. Yang buat I tambah sedih, pagi tu tengah sedap-sedap tidur Dak Yang call dengan suara sedih mintak belikan breakfast. Ughh, macam sedihnya, sebab mahu tidur lagi tapi di suruh cari sarapan. Tapi, takpa ku pergi jua bawak muka separuh siap beli Lontong Klang, Seksyen 7 untuk orang sakit tu.


Err, apa kaitan dengan gambar? kejaplah, kejap


Bila beliau dah admit wad takkanlah aku nak buat muka stone tak bersalah tidur dekat rumah, makan  Lontong Klang dan lain-lain makanan. Tak manislah bukan perbuatan tersebut. Nanti ada pulak statement dekat paper "Kekasih Lelaki Sakit, Kekasih Perempuan Buat Muka Stone". I malas nak jawab bila reporter cari, serbu-serbu rumah. HAHAHA


Ok, Serius sikit. Tak fun lah baca cerita lurus je.


I berniat dalam hati nak buat lawatan sambil belajar, tapi, malu lah nak berjumpa dengan parents beliau. (Saya belum berjumpa secara official, jumpa 5 minit say Hi & Bye boleh di kira sebelah tangan mangsa main mercun) Jadi, saya kuatkan azam & iltizam untuk mencapai misi & visi.


Ughhh, lambat gila cerita ni nak habis. Fuh Fuh


Masa dibilang nak datang, beliau kata Mama & Abah takda dibilik. So, I cam bergegas dengan harapan I dapatlah skip Ujian getir iaitu "Meet The Parents" sebab belum sedia secara total (Belum sempat hafal tonggak 12, rukun negara, tatarakyat semua) Dengan muka girang I pun bagi salam tapi Abah dah tunggu dekat dalam OMG. Berdebaran sebab pertama kali ni jumpa Abah face-to-face. Tak lama Mama pun masuk. Owh, Mama sangat happening dan baik hati sebab sudi bagi makan Muffin Blueberry. I pun start la buat muka tembok. At first ingat Abah macam tak suka I, tapi rupanya muka Abah memang serius. Serius gerun. Jadi, semuanya berjalan smooth & silky.

Jadi, bila saya dapat berjumpa the whole family dan rasa senang sangat sebab diterima baik, saya rasa itulah kenangan yang paling, paling, paling indah. Moment yang ditunggu-tunggu selama 8 tahun.



A Bouquet of Ferrero Roche (gambar 4 keping di atas) buah tangan saya bawak untuk beliau yang mana saya beli dekat Pesta Konvokesyen UiTM. (Masa tu dah terlajak, lepastu buat U Turn balik sebab nak beli jugak, lepastu tipu Abang penjual tu sebab sibuk-sibuk je nak tahu siapa yang konvo).

 A Bouquet of Ferrero Roche tu jugaklah yang buat Nurse-nurse muda dekat nurse station tu bisik-bisik sambil bagi pandangan annoying sungguh.

 A Bouquet of Ferrero Roche yang membuatkan saya gembira sebab di terima dengan baik oleh seluruh keluarga (jauh dari apa yang dibayangkan sebelum ni).

 A Bouquet of Ferrero Roche menandakan saya dah "Meet the Parents".

 A Bouquet of Ferrero Roche melambangkan perasaan yang bercampur macam rojak pasar malam. Fuhh, sedapnya rojak.


Sekian (harap juri faham cerita yang di sampaikan, kalau menang jangan segan nak bagitau. Kalau tak menang, saya anggap juri lupa nak hubungi saya tentang hadiah misteri tu. HAHAHAHA)

Friday, January 22, 2010

Azam yang sedang terlaksana

Dulu sekecil semut merah, aku orang kecil, engkau orang besar, kau ibarat gajah, ku hanya semut merah, lalalala. Mood sangat baik siap bagi serangkai lagu lagi. Mari nyanyi bersama sambil clap your hand in the air. Macam konsert Muse ke apa tah ni. Eh, jap Muse nyanyi lagu semut, semut ni ke? Bukan enjit-enjit semut lah. Clap aku cakap, bukan ternganga baca cerita Muse dengan semut (?)

Sekarang, aku lah gajah yang diibaratkan tu. Aku pandang je semut-semut kecil yang aku rasa nak pijak sebab suka gigit time tidur. Sekali lagi anda ternganga. Baiklah, baiklah. Dulu saya hanya sebesar 46 KG. Again I repeat, 46 KG dengan ketinggian 159 CM, saya macam ranting yang patut di tebangkan angin ke Skudai. Eh eh

Tapi tapi tapi. Itu dulu lah. Dulu aku cakap. Sekarang saya gain more than 10 Kg. Clap clap clap. Satu pencapaian yang sangat tak membanggakan. Angin pun tak larat nak terbangkan aku. Siap angin yang melayang bila langgar aku. HAHAHA. Orang Skudai pun dah tak mau pandang I lagi. (berani la)

Mula-mula rasa normal. Sebab dengan ketinggian ni, orang-orang cakap sesuai. Kalau pergi mesin penimbang yang masuk coin 20 sen pun masih cakap normal. Kalau dia cakap Obes, aku hentak dia pakai siku. Bila rasa dalam zon selamat, apalagi. takda rasa bersalah langsung bila makan. Makan, makan, makan.Haa, makan lagi.


Anda mau jemput saya makan? Jangan segan nak call saya di nombor tentera. Tentera aku cakap, bukan tertera, kau jangan sampai juling mata cari tiap penjuru blog nombor telefon I.


Jadi, bila tiba satu hari yang rasa-rasa semua baju kebaya, kurung moden, jeans semua macam nak koyak, baru tersedar, aku dah gemuk kah? Owh, belum lagi. Makan, makan, makan. HAHAHA


Lepastu, bila naik penimbang, mula lah nak histeria macam tengok The Exorcism of Emily Rose (gila seram cerita ni, sampai aku pergi tidur dengan mak sebab lemah lutut tak dapat panjat tangga) lepastu sawan menjerit sorang-sorang 'aku gemuk, aku gemuk". Well, who cares right? Sebab makan tak pernah ajak orang lain pun.


Jadi, inilah masanya. Dah gemuk baru nak lari, memang bergoyang seluruh alam. Fuh fuh. Penat gila. I buat semua cara untuk turunkan berat badan kembali asal. I went to Jogging di Setia Alam (I femeskan tempat You K. Ezy) I assign kelas aerobik & gym. I cut my meal. Ambil yang wajib-wajib je. No more Ice. (uggghh, drooling for air Tembikai yang merah pekat pastu berpeluh-peluh. WTF) Turun-turun gym je kedai makan, macam mana iman I tak goyah?


Sebab tu lah jarang update blog, malam je badan dah terpatah-patah. Tangan dah berpisah dari siku, lengan. Ah, apa kau merepek ni? Panjang tak alasan kat atas tu. Memang letih sangat badan. Semua sakit sekarang. Tapi, padan muka lah siapa suruh makan tak ingat. Booo yaty ramai-ramai. Ok babai


Tuesday, January 19, 2010

Birthday Yang Dah Lepas

Sengaja bagi tau dekat title. Nanti semua macam "Aik, Berapa kali dia nak celebrate birthday dia neh?!" HAHA. Macam biasa, bagi semua entry yang dah lapuk segar kembali, Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Eceh, ni kan theme untuk subjek advertising dulu. Iklan bahulu. HAHAHA. Ok, memang suka buat paragraph takda hala tuju. NEXT!!

Dak Yang datang ambik kat rumah, Bajet lah akan di layan bak princess sebab birthday girl kan. tettt. Sampai depan rumah je, beliau turun pastu duduk dekat passanger seat. I macam err, apa ni? apa ni? Spoil betul lah. Takda chance nak bermanja durja. #$@$%*&%$.



Ok takpa. Nasib baik I sayang You. So, on my birthday, 1st time I dapat drive My Sportivo tu (ecececeh) ayat taknak kalah lah bukan, walaupun bukan aku yang punya. Err, kita kira harta sepencarian je lah. HAHA

Kita mulakan perjalanan ke Sunway Pyramid dengan Bismillah.

Ada satu benda yang saya benci bila drive, Dak Yang dekat sebelah. Nanti saya jadi nerves gila sawan lepastu menggelabah tak tentu hala macam tengah kena test JPJ ke apa tah. Memang dah banyak kali. Asyik-asyik rasa betul ke lane aku ni, boleh aku potong kereta depan ni, aku duduk tegak sangat ke. Cantik ke aku (pfrrt) yang tu tipu. HAHA. Tapi memang sungguh lah. Hati berdebaran macam nak tergugur. I pun drive ala-ala Miss World 1957.

Bila dia dah habis discuss dalam fon, "Eh, kita baru kat Shah Alam? Lambatnya you drive?" Eh eh, tak tahukah beliau kaki tangan semua dah parkinson neh??! Benci

Lepas pusing keliling Sunway Pyramid, last-last kami makan Mc D.Mungkin saya akan makan Mc D bawak muka tak siap dengan muncung boleh sangkut hanger dengan baju kebaya 3 pasang. HAHA.


Kami makan di Tony Roma


Lupa dah apa yang I makan ni.




Lemonade yang terbaik

Ok, dipendekkan cerita masa makan tu, kami dapat 4 gelas air yang taknak kalah besarnya. Memang separuh nyawa lah nak habiskan 4 gelas air tu tambah mineral water Dak Yang 5 lah semuanya. HAHA. Memang tak habis, kalau tak ada yang ulang alik tandas every 2 minit.

Hadiah birthday sudah dapat seawal bulan puasa hari tu. Jam Roger Dubuis berharga RM 80K. KAHKAHKAH. Bermimpi di siang hari nama dia walaupun dah bangun di tengah hari tapi, tak mandi-mandi. Apa neh, apa neh? HAHA Bajet Siti Nurhaliza lah ni. Taklah, cuma dapat jam Swatch ( Dak Yang's fav brand) RM unknown. Dah nama hadiah, takkan nak tinggal price tag pulak.

So, this year memang bertuah jugak sebab dapat celebrate our birthday on time. Selalu lambat seminggu lah, kadang-kadang sebulan. Kadang-kadang sampai lupa yang I tak bagi hadiah birthday lagi. Bagus dapat Gf yang sengaja buat lupa macam saya tapi dapat Bf yang terlebih awal bagi hadiah seperti beliau, tapi tak bagi buka dulu. Menggelupurlah tak boleh tengok hadiah. HAHAHA

Itu je.

Friday, January 15, 2010

Guys & Ultimatum

Owh, walaupun banyak lagi entry lain nak publish, tapi nak buat entry ni dulu. Sebab dia terlintas dalam kepala secara ting ting ting. Macam mentol menyala cerah. Eh, taklah. Lampu kalimantang lagi cerah dari mentol. Ok, mentol boleh jalan sekarang bawak diri yang malap.

Dalam perjalanan meniti kedewasaan, Eceh, dewasa sungguh heh. Jangan main-main. I am 25 this year. I should getting married esok neh. HAHA. Jom Yang.

Dalam perjalanan meniti kedewasaan eh, ulang balik ayat poyo neh! Saya kenallah beberapa orang insan bernama LELAKI. So far, (Yang, anda terbaik wok!! one and a half thumbs up, lagi half bila I da dapat Blackberry)

En. Apam (bukan GAY) : Yaty fikirlah betul-betul. Yaty pilihlah yang terbaik!!

En. Techno : Pilihlah, yang Johor ke yang sini? (di bus station, subuh-subuh buta)


En. Nite Market : Fikirlah betul-betul. Kalau ini takdirnya.

En. Errr: (dia takkan bagi ultimatum punya, sebab dah tak boleh pilih)


Guys & Ultimatum

Kenapa tah suka sangat suruh aku mempilih. Macam muka ni banyak pilihan pastu suruh pilih. Sebelum anda confius lebih teruk, let me be honest to you, Saya hanya gadis biasa (yours truly) haha. Nanti takyah la terdetik dalam hati, macam lawa sangat dia ni sampai ada penjual apam pun suka. HAHA. Taklah, tak. Saya dah kata am just an ordinary, simple girl. Kalau buat comparison, lebih kurang macam Fazura juara, saya nombor dua lah. HAHAHAHATAKNAKALAH.

Ok, memang dah meleret-leret takda tujuan dah entry ni. Back to the track.

Ok, untuk ketiga-tiga soalan di atas, jawapannya, I tetap mempilih Mr. Shyang. Sebenarnya I tak pilih pun. I takda nak buat pilihan. Ketiga-tiganya tahu, saya sudah ada Shyang. Mereka juga tahu, saya takkan mempilih-pilih, sebab there's no reason ianya jadi pilihan bila saya cuma ada seorang yang bertakhta di hati (song by: Farah*****). Tapi, mereka saja nak bagi ultimatum. Macam benda ni wajib ke apa tah bagi setiap lelaki supaya perempuan ni tergugu-gagat hati. (Not for me)

Jadi, bila dah ada keputusan (bukan keputusan pun sebab dah tahu takda pilihan), semua macam akur dan terima dengan hati terbuka. No heart feeling, we are still frens. kononlah!!

Beberapa tahun kemudian.... (wah dah macam drama bersiri ke apa tah)

Apam Basi : Dulu aku ngorat dia sebab kena cabar denga kawan aku je. Kalau tak, aku taknak pun ngorat dia (padahal masa break dengan Gf dia dulu, guna ayat yang sama cerita dekat aku) Thanx to My best fren sebab ceritakan ini (nama dirahsiakan)

Update Techno konon : Saya tak pernah suka & bercinta dengan sesiapa melainkan future wife saya. ( Waatdaa??? bukannya dulu kau tak suka future wife kau suka kat kau. "Kalau dia nak suka tu hak dia, org ada hak org" Blerggh)

Mr. M : Beliau tak pernah kata apa-apa. He's a example of a good friend yang faham maksud redha

Jadi, aku macam tak heran sangat dengan komen beberapa tahun kemudian, sebab I know what really happened beberapa tahun dulu. Malas je nak cerita sapa tahcall tiap-tiap jam tak give up pastu dah kena sound dengan Dak Yang pun belum give-up. Malas je nak cerita bab ex-gf dia cari dia sampai call housemate sebab nak tahu Bf dia keluar dengan aku ke. Memang malas nak ungkit.

Luckily, saya tak rugi apa-apa dalam apa juga keadaan. Bukan kena melabur untuk dapatkan hati sendiri. HAR HAR. Cuma kenapa perlu kau nak keluarkan statement macam Bodohnya kau ni. Atau. Kau amnesia kah dengan apa yang kau cakap dulu. Tapi, takpa. Manusia ada tabiat yang mana suka simpan jauh-jauh memori luka dalam otak paling dalam dan denying is a good way to go.

Kesimpulannya, saya tahu, Tuhan nak berikan saya seseorang yang terbaik untuk saya. (setakat ni, esok lusa kalau jodoh dengan orang lain, tu kerja Tuhan) Jadi, Tuhan tak buka kan hati saya untuk mereka yang tak baik ni. Rasa bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah, Lately, selalu rasa sangat bersyukur dengan apa yang dah ditakdirkan untuk saya.


 Source: Yahoo Image
Beliau masih, sahabat, kekasih, husband material untuk saya (bukan gambar diatas. Gila kau, kalau Edward Cullen takyah bagi ultimatum. Saya mahu sejuta kali. HAHAHA) Walaupun beliau femes di zaman persekolahan sebab jadi Ketua Platun KRS dan ramai secret admire hantar coklat, surat, love note, nasi lemak semua. Beliau tetap mempilih saya, ahli KRS biasa yang kalah pertandingan kawad kaki dan tak pernah ada secret admire hantar coklat atas meja. Tapi, bawah meja prep pernah. HAHA.

Thursday, January 14, 2010

Looking For Fresh Air

Entry-entry yang tersiar adalah cerita tahun lepas. HAHA macam lama sangat je tahun lepas tu. Baru 2 minggu. Lepas berjalan sakan Bukit Merah-Penang-JB-Kuantan-Batu Pahat. Akhirnya saya tumpas. Memang bercuti betul ni. Kalah anak murid yang cuma pergi Zoo Negara, yang mereka kata "tak tahu" kat mana letaknya T___T.

Balik dari JB demam terus. Eceh, nak keluarkan statement Gedik la ni. Tak, tak. Saya takda niat nak cakap pun yang saya demam sebab rindu Dak Yang. Sumpah, takda niat nak cakap. Ha, kan. Saya tak cakap pun. Anda je yang pandai-pandai teka. Lepastu betul pulak tu. Memang betul lah tekaan anda yang mengatakan saya rindu Dak Yang tu. Ok, sengaja nak ulang 2, 3 kali sebab tak berniat tadi. HAHAHA

Balik je dari Kuantan (Selasa-Sabtu di JB, Ahad terus pergi Kuantan) Sis Ezy ajak keluar. Oh, memang ditunggu-tunggu sebab dah berapa kali postpone movie day together. Tapi, wanita yang demam itu memang tumpas betul serta semangat yang hilang, kita cari pulang. XPDC tumpang lalu.

Tapi tapi tapi, semangat takkan luntur macam peluntur Clorox.

Esoknya buat plan baru dengan alasan macam ni. Orang demam kan tak boleh duduk rumah. Kena hirup udara segar Sunway Pyramid, baru cepat sihat. Err, kenapa mesti Sunway Pyramid. Sebab K. Ezy dah setahun tak pergi sana. Since sebelum pregnant sampai Aqil dah nak masuk setahun.

Sampai entrance muka excited macam kera dapat bunga ke apa tah. Siap kibas-kibas angin bagi masuk udara mall yang segar tu cepat-cepat. HAHAHAHA. Inhale dalam-dalam. Oh, memang kembali ke habitat asal lah ni.

K. Ezy dapat kasut, I usha-usha je dari jauh. Bajet untuk shopping I akan turun pada Bulan Januari atau mungkin lagi 6 minggu dari 2 minggu lepas. Sumber dipetik dari mulut Menteri Kewangan saya, Datuk Dak Yang bersama rakan sekerjanya (who's dying want BMW 3 series)

Kami mempilih makan di Fish Manhattan Market, ke terbalik tah. Tapi, who cares kan? Masa birthday hari tu mintak makan sini, Dak Yang usha dari luar je. Bila nampak pelik sikit, dia pun heret I pergi Tony Romas. Eh, eh yang tu cerita kemudian hari. Banyak sangat cerita lapuk yang nak dipublish.

Pilihan kami berdua yang jakun tak pernah makan sini ialah:



 

 
Tiramisu terbaik se-Manhattan


Sis Izyani
Teman se-makan, se-shopping, se-aerobic
Hot Mama
:)

Tiramisu memang terbaik, dan ikan apa tah nama dia memang out. Rasa nak bawak balik rumah, goreng cicah air asam. KAHKAH. Dah listkan mana tempat yang we should grab a bite lepas ni tapi tangguh dulu sebab kami sedang dalam proses diet. TSK TSK. Orang gemuk tak boleh sedih tengok makanan sedap.

Wednesday, January 13, 2010

The Breakfast Show

Mari happy bersama-sama meraikan kepulangan lappy ke pangkuan Tuan dia yang buruk siku, kejap rasa nak bagi kakak dah, lepastu mintak balik sebab yakin VIAO takkan dapat dalam masa terdekat walaupun dah mengampu teruk. HAHA Gelak gembira sebab tewas. Skill kena tajam next time.


Bangun dalam keadaan tak sihat, tapi tetap nak jogging (sebab SAYA SEMAKIN GEMUK!!!) balik jogging teringin nak makan Mc D, Baik kau tak yah jogging ah Yaty! WTF. HAHAHA. Bukan nak makan Mc D sangat pun, cuma nak jumpa seseorang yang dah di usha dari semalam duduk dalam Mc D. Eh, takda rumah ke duduk Mc D je?


Kali ni tak pergi sorang-sorang, nanti perasan sangat nak pergi mengorat. I bawak kawan baik dan kawan gaduh sebab dia suka degil taknak dengar cakap I, lepastu mintak I mekapkan dia pulak. Bila dia tau I marah, dia mesti mintak peluk. Takkan lah tak peluk. Kesian.



Sarah a.k.a A'ah
(Kawan waktu susah & senang a.k.a anak jiran depan rumah ke kanan sikit)
Nampak je macam budak-budak. Tapi umur dia dah 5 tahun tahu
Dia taknak sekolah


Serba sikit biodata kawan baik. Lebih baik, cari kawan kanak-kanak Ribena daripada ada kawan yang macam &*%^$%$#@!, call taknak angkat, lepastu ajak jumpa banyak alasan, lepastu asik nak tipu. Macam ni la orang kata, kawan nak mengilai macam tak ingat memang bersepah, kawan waktu sobbing walaupun tak susah & tak mintak tolong dia pun sebenarnya memang takda ah.


Eh, kenapa marah sangat dekat kawan yang kurang berguna sangat neh?!


Sarah ni tengah breakfast bihun sup dekat dapur rumah saya dengan babah & emak pastu saya angkut dia sekali. Hantar dia balik rumah suruh dia tukar baju, takkan nak bawak dia dengan baju tidur. 


Kami pun sampai di Mc D dengan harapan bahawa that guy akan ada lagi hari ni. Jeng je jeng. dengan penuh debaran ... Suspen tak suspen tak? OMG, that guy sudah botak!!! Why on earth, beliau membotakkan kepala?!



Mr. Botak a.k.a Tukang Repair My Lappy


Mesti macam benci dan menyesal baca paragraph membazir dekat atas. Sambil hantuk-hantuk kepala. Cakap je lah kau pergi dating sambil bawak anak jiran supaya nampak macam kau baik sikit iaitu dating secara bertiga dan tidak menimbulkan sebarang fitnah. Tak pasal-pasal heret budak yang tak bersalah dalam cerita ni. HAHAHA. 


Mungkin sebab rasa dah bosan selama dari 2003-2009 dating secara berdua-duaan, untuk 2010 kami lebih suka dating secara beramai-ramai. Bawak adik sedara dan anak jiran untuk menjadi saksi kepada keutuhan cinta kami. Apasal keluar ayat benci ni. apsal? apsal? Okay, saya bagi masa, pergi throw up ke apa.


.
.
.
.
Time's up


Ni azam baru kami (padahal dalam hati #$%^ bila disuruh booking tiket wayang 5)






A'ah tak puas hati dengan Abang Tak (panggilan manja)
:p



Nampak macam 1 family (in my dream sob sob) tapi bila Sarah panggil "Kakak..., Abang"..., Semua macam nak perasan dalam hati, Owh, bukan anak dia. Patut muka lain sangat. (Dialog rekaan semata)


So, hari ni macam happy, Sarah dapat makan Mc D, Kakak Yaty happy dapat bawak Sarah pergi Mc D sambil jumpa Abang Botak, Abang Botak happy sebab dapat jumpa Sarah dengan Kakak Yaty (ye ke?) Kakak Yaty happy lagi sebab dapat lappy yang dah sembuh. Pening ah ayat kau.


Err, Kami semua Happy. Happy Meal (tak memasal)

Friday, January 1, 2010

Happy Gotong-Royong Year 2010

Wooooh, Woooh, kalau mengikut perkiraan takwim hijrah atau kelendar kuda atau tahun arnab atau apa-apa Kalendar Wacoal (wow) sudah masuk 25 tahun. MAKKKK!!!! mak dah ada anak dara dalam rumah yang suka merayau keluar rumah. HAHA. Ok fine, jangan halau dia keluar Mak.


Soalan Paling Dilarang with Seiously-Big-NO-Please-Don't-Ask-This-Year


"Bila nak kahwin???!!!"
sudah di bold-highlight merah & Large. kalau tak nampak memang kau buat my tears drop


Sebab dalam hati I T____________T



  • Ok, ok. Saya nak kurus (every year ini jugak lah, tak kurus-kurus pon!!) muka dah bulat tanpa shape lagi. Nak naik kan cheekbone sikit, jawbone, bone-tot. KAHKAH serius tak klaka

  • Saya nak jadi Guru Cemerlang (tanpa hesitate cakap tak toleh kiri kanan lagi) HAHA

  • Saya nak nampak matang (tengok, tengok blog aku pun dah nampak matang sikit kan. !@%$@&) Oh God, I am 25.

  • No more tears dropping like syampu Johnson&Johnson No more tears. (Orang ambik lambat sikit, nangis. Orang tak belikan rojak ayam pun nangis. Kawan tak angkat fon harus nangis. NO NO) aku dah 25.

  • Murid-murid ku harus pandai baca. Kau tak pandai aku kurung dalam kelas nanti tak bagi dia balik. Mesti semua nak balik kan. HAHA. Psikologi pendidikan apakah yang diguna pakai ni? Menangis Tn Hj Bakir tengok anak didik dia end up jadi mafia.

Tadi, ada sesi Dekor bersama Yati Loong. KAHKAH shut-up. Seriously, tahun ini kelas sangat naif, daif, taif, ifif semualah. Tengok & nilai :






Ni sekolah zaman Jepun. Tu adalah hasil peninggalan bom tangan askar Jepun. Trust me, Sejarah SPM A1. KAHKAH. Tapi, dah buat sehabis elok nak cantikkan kelas. Tengok hasilnya esok ye. Tadi dah penat, tangan berhabuk semua dan rasa nak tidur terus. Mesti anda kagum dengan hasil kerja Yati Loong. Jangan segan nak call kalau rasa suka. Tapi, esoklah.

Esok hari kutip yuran. Ok ok. Jangan cari saya, saya takda pegang duit banyak pun. Saya sekarang mengajar dekat Selatan Thai (semalam baru dapat surat) malam ni pindah la. Kat sana sekolah free. So, saya takda pegang duit banyaklah senang cerita. HAHAAKUCUAK.

Karat sikit: Minum petang di Kota Damansara bersama kawan sekerja beliau.  Naan Cheese yang lupa letak cheese & ayam Tandoori (tak sedap pun). Benci betul!! Gonna miss him (yang akan balik JB esok pagi T_____T)