Thursday, December 9, 2010

Klang - JB - USS ; The Emptiness

Tah, lantak kan situ kalau tajuk takda kaitan

Lepas settle hal jual beli tiket bas, kami terus menuju ke Danga Bay atau nama kelakar dia Dang Bai.

Asal usul nama kelakar diperoleh bila mana tahun lepas Abang Domok dan Kakak Ipar membawa keluarga besar kakak ipar ke sini. Lepastu lampu dekat huruf A pada perkataan DANGA BAY di main enterance tu padam, jadi perkataan tu tinggal DANG BAY. Bapa kepada kakak ipar adalah seorang warga emas. Jadi, disebutnya perkataan tu DANG BAI. Lekatlah perkataan lucu tersebut dalam keluarga sampai sekarang.


Bila sampai di sana, kami mengimpikan untuk naik cruise keliling Selat Tebrau mahupun naik tram secara berebut-rebut dengan orang ramai sebab nak ke Bazar sebelah sana yang jual banyak makanan tuh. Dah terbayang karipap giant dan otak-otak pedas depan butik Mawi & Ekin tu.


Sayang, sayang seploh kali sayang. Eh, Sayang, you kat mana sekarang? Hati-hati house haunting tu ye. Jangan ter-haunting sebelah rumah anak dara. !@#$%^&*

Sampai je Dekat Danga Bay, lengang takda orang. Kosong. Haikk, Danga Bay dah tutup ke? Sungguh musykil dan pelik sekali. Bazar semua tutup. Takda orang berniaga, takda orang duduk makan lepak-lepak. Takda Bangla dating dengan awek Myanmar. Takda orang kayuh basikal yang double tu. Kenapa sunyi sepi sekali?


Lepas diselidik baru tahu yang Danga Bay hanya meriah pada hari minggu. Kalau kau datang hari Isnin waktu hujan turun mencurah-curah memang takda sapa lah. Buat lah Danga Bay tu macam ayah kau yang punya. Perghhh, bosan.


Sebab takda buat apa, haku pun takda apa nak di cerita lah. Moh la menghayati gambar si Yaty

Cruise yang tak bergerak

Susunan tangga :)

Tunggu pacar ku yang berenang merentas Selat Tebrau
Bila nak sampai tah

Hah? Dah sampai? Ok ok, I jemput you kat jeti

Bosan gila takda orang nak rebut-rebut tram

Bila tram kosong baru boleh posing takda malu

Emak pun buat muka bosan

Kakak Ipar tak bosan bila datang Dang Bai. HAHA

Tram ni bapa aku ada share. Boleh duduk mana-mana gerabak kau suka.

1st time main kereta langgar
Langgar pun ahli keluarga sendiri
Habis, mana ada orang lain
Funny

4 feedback:

Hairil Rizal said...

Dah baca semua baru nak komen nie..... ke ada lagi siri bergebang gebang kat Johor & Singapore ni?

Apa-apa pun, sgt komprehensif penerangan yg diberikan. Sangat tertarik dgn travel cara Tune yang Yaty guna tu. Bolehla lepas ni Warlord and family bercoti coti ke Universal Studios Singapore pulak :)

gadisBunga said...

walau byk org komplen kalau wiken sesak...tapi sebenarnya itu le yg buat best kan? heheh

Gentleman Frog said...

assalam

ahh teringin jg nk g bercuti

the other way

Cik Tom said...

wah seronoknya holiday ngan family..family cik tom xpernh plk camni..hehe