Wednesday, December 8, 2010

The Easiest & Cheapest Way To Universal Studios Singapore

Anda semua ingin sekali melancong?
Betul Jawab anda secara berjemaah

Tapi duit dan masa membataskan?
Betul, betul, betul Jawab Upin dan Ipin pula
WTH Upin dan Ipin ada kat sini neh?


Baiklah saya ada satu cara yang mudah buat anda semua. Jimat kos dan masa. From now on semua orang boleh melancong, tapi bukan now everyone can fly. Itu Air Asia punya cogankata. Hep, tak baik ciplak cogankata orang.

In front of Tune Hotel Danga


Tapi tips saya hanya untuk ke Singapore dan sekitar jajahannya saja. Jangan pulak marah-marah kelak sebab nak ikut tips saya tapi destinasi ke Burma. Maaflah. Baca semula tajuk di atas. Jangan terpesong niat.

Kalau anda dari mana-mana negeri atau daerah, pastikan anda beli tiket ke JOHOR BAHRU. Saya repeat. JOHOR BAHRU. Kita kena singgah dan tidur di Johor dulu. Baru jimat. Kalau kau kaya dan nak terus ke Singapore, boleh jalan. Takyah baca tips ni.

 Semua bersungguh isi borang. Macam nak mintak kerja

PENGINAPAN

Di Johor, ada banyak hotel. Tapi, saya cadangkan anda stay di Tune Danga, Johor. Sebab kenapa?



PERTAMA: Dia murah dan sangat berbaloi. Satu malam cuma RM 60. Bilik sahaja tapi. Kalau mahu aircond, tuala dan lain-lain kena tambah lagi.
KEDUA: Kalau anda booking online lebih murah dan berbaloi-baloi sebab anda boleh dapat pakej 3 hari 2 malam dengan harga RM175 termasuk tiket bas ke Universal Studios Singapore. Wow bukan? Ok, takyah nganga luas lagi, pergi booking sekarang.
KETIGA: Sebelum melancong ke luar negara, anda boleh pusing-pusing dalam negara dulu. maksud dia Danga Bay adalah bersebelahan je dengan hotel ni. Boleh naik Cruise RM 10 per person, naik tram RM 5 per person dan main kereta langgar RM 8 per person. Sounds great.

 God, I dah mula bosan

TRANSPORTATION

Kalau anda memang suka adventure boleh bawa kereta. Tapi, kalau memang nak relaks makan angin bas adalah terbaik. Dari Tune Hotel Danga ada bas straight ke Universal Studios Singapore tanpa perlu transit mana-mana. Bas itu di beri nama Odyssey Shuttle. Kalau cari no telefon memang tak jumpa sebab policy dia, taknak orang call dia beriya-iya cakap jadi pergi dengan bersungguh-sungguh siap bersumpah semua, lepastu bila bas datang, muka kau takda datang. Hangin tak dia?



Untuk mengelakkan benda tu berlaku, kau kena pergi office dia yang memang betul-betul bawah Tune Hotel Danga tu. Perjalanan bas bermula seawal 7.00 pagi. Bas dia ada tiket pergi balik dengan harga sangat WOW. RM25 sahaja. Kalau bas lain dia caj kau sampai RM35. Kad putih pulak dia caj RM2. Tapi dengan Odyssey dia bagi free je. Kau salah isi seploh kali pun takpa. Pergi je masuk office dia dengan muka tembok mintak yang baru. Easy-Peasy.

 Inside The bus

Bas itu akan ambil penumpang betul-betul depan Tune Hotel tu. Kalau kitorang tak duduk situ sebab rumah makcik kitorang dekat JB je macam mana pulak? Okeh, okeh. Bas tu takkan ambil korang dekat depan rumah makcik, dia tetap ambil penumpang dekat Tune Hotel. Jadi kau boleh suruh makcik kau hantar ke Tune Hotel tu. Tunggu bas kat sana. Boleh tak makcik? Try tanya. HAHA


Yup, orang yang tak duduk Tune Hotel pun boleh ambil bas itu. Dia bukanlah khas untuk orang-orang yang duduk Tune Hotel saja. Duduk Hotel Ah Kaw pun boleh tumpang naik bas sama. Takda hal lah. Sharing is caring.




PENTING: Kena booking awal bas tersebut sebab dia akan selalu penuh. Booking dengan cara walk-in office atau online dari Tune Hotel Danga.


Bas akan melalui Link Kedua sebab Woodland penuh sesak. Link Kedua relaks saja. Takyah rebut-rebut ke apa. Kau turun, lalu tempat imigresen, bas akan tunggu kau kat depan. Jangan worry, kau takkan kena tinggal. Dia akan kira ahli bas sampai cukup baru dia jalan. Memang bertanggungjawab.

 Checkpoint Singapore

Dalam bas tu best tak? Sangat-sangat best, sorang satu dapat tv, seat dia empuk dan pemandu dia berhemah.



Tiket masuk adalah 66 SGD untuk orang dewasa hari bekerja atau weekdays dan 48 SGD untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Kalau hari weekend lebih mahal. Try check kat SINI Hei, kau bagi SGD buat hapa? Kami nak tahu dalam Ringgit Malaysia. Ok, darablah dengan 2.42. Pasti anda akan ketemu dengan jawapan yang di cari. HEHE. Sorang RM 157.60 lah lebih kurang.


Untuk jalan lebih selamat, baik beli tiket secara online. Di takuti kalau nak beli kat kaunter dah habis sebab tiket dia sama macam goreng pisang panas. Tak, jangan mintak goreng pisang dekat kaunter tiket. Kelak kau akan di halau. HAHA



Bas akan hantar kau terus sampai ke destinasi. Tapi, dia akan drop kan penumpang di bawah tanah. HAHA. What you need to do is jalan sikit dan cari escalator dengan papan tanda yang hala ke Universal Studios Singapore. Jangan hala ke CASINO. Hep, judi tu dosa. Allah marah.



 Naik saja escalator kau akan terus nampak bumi besar kaler biru tu. Yayyy, Welcome to Universal Studios Singapore guys.




Nak balik macam mana weh?
Ikut mana jalan datang tadi. Turun tempat bas dan tunggu bas ikut masa yang dijanjikan. Jangan lambat, nanti dia tinggal. Bai

16 feedback:

Nurul Aima Hj Kaim said...

eh...TQ for the tips I'm LOVING it..next station SINGAPORE..erm tp x puas atila ngn entri ni, x kan itu je gmbrnya?

cik fiza said...

seronok nye jalan2.. nk ikut juga..

NARDtheNERD said...

mana gambar dalam universal studio.....

nak tenokk.
:)

asna cute said...

huwaaaaa nk g jugakkkkk huhuhu =((

maCy said...

sgt seronok. na pegi jgk~ huk3

wanie said...

okehh! ini harus usulkan cdgn kat mak nnti! hehehe..


yayyyyy! :D

zaradgreat said...

wah wah. u had fun betul yaty. i baca pun senyum sorang2. hahahahaha. nak pegiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

eLL said...
This comment has been removed by the author.
LyNn HaMzAh said...

ni yang nak marah nie...singgah jb tapi x bagi tahu pun...huhuhuhu...kalau x leh juga kita jumpa...

Cik Kentang said...

wah bestnya..macam nak pegi juga...

MasZuber said...

tenkiu for the tips. next time i cuba pule ;p

ezzy said...

masa nk balik i jumpa abg immigresen yg encem.. aiseyy.... nk tepaut ngan org spore so dat bleh slalu turun sana..????awww.. idakkkkk!!

Cik Tom said...

thanks..tip yg bagus!

nisa said...

nk tnye time balik bas amik kul bape? n tiket pg unvrsal tu sndiri uruskan eh bkan terus bley settle dr tune hotel?

faezah abdul jalil said...

terima kasih, maklumat yg bagus..sangat mbantu

myA ahmAd zAinudiN said...

nk tnye larr.. bas gerak dari jb kul bpe n last bas dri uss kul bpe?