Monday, December 27, 2010

Di Sebalik Kejayaan Malaysia

Pemain-pemain yang beraksi cemerlang. Dah tentu

Jurulatih yang sangat berdedikasi. Semua orang tahu

Goal Keeper yang, aduhhh cakep banget dong!!

Tapi, ada lagi satu faktor yang semua tak tahu.

Di sebalik kejayaan Malaysia adalah seorang lelaki ini.



Hah, seorang lelaki yang dah berapa bulan tak jumpa kedai gunting rambut milik lelaki sebenar. Sebab dia asik-asik Nampak Unisex Salon tapi emak tak bagi dia masuk. Nanti ada Leng lui cantik picit-picit tengkuk. Hep, emak tak suka, itu dosa.

Seorang lelaki yang dulu mempunyai sebuah cermin mata bapak besar yang mana boleh dikongsi dengan 5 orang rabun. Sebab dah patah frame dia, pergi kedai mintak potong kecilkan sikit. Habis 5 orang rabun dah tak boleh tumpang baca. Sekarang, spec tu milik dia sorang je.

Seorang lelaki yang tak tahu pun jalan dari Klang ke Bukit Jalil, tapi tekad mahu pergi juga dengan bantuan Gogopal yang kadang-kadang boleh tahan juga menipu orang. Lepastu, di seret lah kakak ini sekali. Walaupun sedang berkonflik hebat dengan kekasih, di turut juga lah kehendak seorang lelaki itu. Dengan duit yang tak cukup sebab kawan-kawan kirim tiket tapi tak bagi duit. Kakak ini lah gak yang menghulurkan sekeping note dengan jumlah rahsia supaya kawan-kawan boleh tengok Malaysia kelak.

Dengan pelbagai rintangan, akhirnya..




Yay!! Dia dapat jugak tiket nak pergi tengok Malaysia lawan Indonesia dengan kawan-kawan yang dah dapat tiket tapi belum bayar. Eh, eh. Masa entry ni dah publish mungkin dah lunas lah hutang piutang mereka semua. HAHA. Kakak kau kepoh lah. Tiket RM30 pun nak heboh satu Malaya.

Apa yang kakak dapat? Aiskrim Cornetto Classic dengan peluh sebutir-sebutir menitik. Cuaca adalah HOT!

Tahniah Malaysia. Tahniah Pak Sapam sebab jaga gol baik-baik. Jangan bagi bolossssss!! Bukan bolos saja dinding itu. Itu rancangan memang tak mencabar minda.

Sebab ada seorang lelaki itu sebagai pensokong yang tak berbelah bagi, Malaysia berjaya. Di sebalik kejayaan lelaki itu dapat tengok bola adalah perempuan ini yang tengah tulis blog. Blog ni tak siap pun lagi, tapi dah gigil nak hentak keyboard gak.



Walaupun ada issue peribadi dengan Bukit Jalil ni (dah sesumpah tak ingin nak jejak kaki kemari, bad memory) Tapi sebab kasihankan adik yang serabut tu, temankan jugak lah. Kejadian di atas berlaku pada hari Jumaat yang lalu.

6 feedback:

NARDtheNERD said...

awwwww.
3-0 u...

:))

cik fiza said...

wah2.. tgk di stadium.. cayalah cikgu :)

eLL said...

Kejayaan disebalik page baru yang cantik. Yaty nak kawin yey!!! Macam pengantin kat tepi tuuuu

zaradgreat said...

hhehehe. cantik blog nih. ada tanda dah nih. hehhhehe. yeay!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! go malaysia go! ada lagi dekat jakarta. jangan lupaaaa. hhehee

Pn Syg kpd En. Beh said...

Muka lelaki ituw sgt sejibik muka ko versi JANTAN..whahaha..

maCy said...

macy mau tgk live~ huk3