Thursday, December 30, 2010

Demam tahun Baru-Tandanya?

Bangun pagi-pagi. pagi betul ni (7.20) Pagi betul kan? kan???!!!

Siap make-up, siap pakai jam tapi tak siap berpakaian. Masalah juga kalau dah iron satu lemari (brag) sampai tak tahu nak pilih yang mana. Cuba kalau tak iron baju selemari (brag lagi) mesti senang je nak cari baju. Issh, jadi rajin (brag, brag, brag!!) pun ada keburukan *PANG!!!*

Pergi meeting bosan, tetiba ada ceramah pasal emas. Lepastu ada ceramah RHB Bank. Eh, sebenarnya pergi meeting atau pergi dengar ceramah?

Menjalankan tugas sebagai PENYELARAS buat pertama kali (clap, clap,clap). I penyelaras tahun 2. Kalau kerja kilang lebih kurang jawatan supervisor. Eh, tapi supervisor tu penyelia. Kalau penyelaras apa? Damn!! terpampang keb*dohan diri. Ish, takleh jadi ni. Nak kena masuk Cambridge ni Yang, penyelaras pun I tak tahu. Wajib dah ni masuk Cambridge yang dekat Setia Alam tu (berkesan tak agak-agak ayat bodek camni?)

Saya adalah CIK PENYELARAS yang kalut. Jadi jangan gesa dan pressure saya. Nanti saya depress dan takmo menjalankan tugas. 

Balik meeting terus hantar adik pergi klinik. Ingat adik serabut tu? Emak kata demam dia mungkin berpunca dari rambut dia yang serabut tu. HAHA, emak suruh pergi kedai gunting rambut terus, tapi saya kata, biarlah, dia dah besar. Takkan gunting rambut pun nak suruh kakak hantar. Tak jantan langsung.

Balik hantar adik, terus balik kampung. Ye, terus. Perjalanan adalah 1 jam lebih sikit. Sampai ke Klang semula jam 6 petang waktu tempatan.

Terus pergi Carefour. HAHA, Busuknya aku, seharian dengan baju yang sama. Pffft.

Lepas mandi dan membersihkan segala, rasa badan seram sejuk, tekak sakit. Dan, ye aku rasa dah ada tanda

Esok...

Nak bersihkan kelas dengan Dak Yang. Err, I tak larat neh, you tolong-tolong mana yang you rasa patut je ( I rasa you patut, lap tingkap, lap meja, pasang lapik meja, balutkan soft board, bersihkan kipas, sapukan lantai. Ha, tu je yang I rasa you patut buat)

I uhuk uhuk, rasa nak uhuk uhuk, demam lah T____T

8 feedback:

maCy said...

scary x jaid cikgu. grr

tapi ckgu skla rndah relax sikit kan kan kan? hik3

Chaoi said...

oo penyelaras rupenyer...good good

Hairil Rizal said...

Rajinnya cikgu bersihkan kelas!

Mmg tiap tiap tahun camtu ke?

p/s: Selamat 2011 yaty! :)

hiro said...

mkn ubt cpt kalau demam

noreed said...

alahai siannya demam time new year. get well soon ye :)

miss nina said...

uiks..banyaknya keje sekolah cikgu yaty :P

asna cute said...

alolololo manjanya diaaa hehehe ;D

LyNn HaMzAh said...

alamak demam ker...moga cepat sembuh yer yaty...