Wednesday, December 29, 2010

Anugerah

Bila dah nak mula sekolah baru teringatkan pasal Hari Anugerah 2 bulan lepas. HAHA. Saja nak ambil mood persekolahan semula. Kalau ikut hati, cerita percutian lebih menggembirakan. Tapi, kadang-kadang patut dilempang biar sedar sikit, ada tanggungjawab yang sedang menunggu. Adoiila, dah nak sekolah lah. Cuti panjang pun ada keburukan rupanya.

Jadi, tugas saya tahun ini lah yang paling serius. Selalunya jarang sangat dapat tugas yang mencabar neh. Eh, selalunya jarang dapat kerja lah senang cerita. Selalu je takda tujuan. Kali ni bertujuan lah sikit hidup ini. Saya jaga bahagian pendaftaran penerima anugerah. Mencabar sungguh kan? *rasa nak lempang lagi*

 Yang lain-lain hanya watak tempelan
 Bila nak bergambar haruslah semua datang menserbu booth kami


Kerja mencabar ni pada awal pagi je, lepastu dah takda tujuan lah semula. Kesana sini cari rakan gosip. HAHA. Tak tak, I pergi cari tempat VIP makan. Lepas mereka dah selesai makan, I pula lah jadi VIP.

Datin Dot Com

Bila dah makan, energy pun semakin bertambah, semangat nak bergambar terus..

Purple's clan

Baju rasmi sekolah ni terdapat dalam 4 warna menarik. Tipikal wanita yang sukakan warna pink, tapi pink dah habis di rembat oleh guru-guru yang dapat memilih awal, kita sebagai orang yang selalu datang lewat kena akur dengan pilihan yang ada. Pheww, mana lagi nikmat? Datang lambat atau dapat pilih warna kegemaran. Ahh, purple pun nampak cantik gak la. 


Yang kanan sekali itulah pink rebutan ramai. Jadi, anda rasa mana cantik?

A. Kiri sekali
B. The Left One
C. Perempuan yang pandang atas
D. Yang sebelah baju grey paling tinggi

Eh, apasal kuiz kau selalu takda jawapan? Blerrghh.

Hoi, yang serius sangat kenapa. Ini hanya untuk hiburan semata-mata

Back to early 60's
Tarakucha, tarakuchacha



Hasil didikan saya yang berjaya. Alhamdulillah, semoga mereka menjadi insan berguna kelak. Anak murid favorite yang depan sekali ni, kalau tak berjaya memang dah putus kasih sayang semua. HAHAHA

8 feedback:

BonekadalamChermin said...

hahaha

anak murid feveret
konfem yang paling hensem

kan?
kan?

cisssss!

MasZuber said...

i like...

eLL said...

Yaty, tunjuk cincin masing-masing ke 'tarakucha'

cik fiza said...

mcm pancasitara tuu.. tambah spek itam je dh cukup lengkap :)

Amni said...

cikgu pilih kasih... tak nak kawan... hahahha... sib bek anak murid tak baca blog.. kalau tak, mau nya sedih cikgu siap ada murid fav lagi.. hehehehehe.....

pssttt... rumah baru..

maCy said...

selalu kasi pilihan yg xde pilihan! hahaha ;D

Poyaty said...

azreen - ahahaha, xlah, sume fav (kang ade yg kecik ati)

kak mas - like byk2 cpt. hihi

ella - ye la, saya je yg x bercincin. hehe

fizzie - kannn. ahahaha, over taw

amni - x la memain je. haha. welcome to rumah baru :P

maCy - hahaha, mmg saje nk soh pilih yg tu je. haha

zaradgreat said...

hhahaha. eh yaty. i lagi suka yang purple. pink tuh mcm pink sangat pulak. heheheh. grey pun cantiks