Thursday, November 18, 2010

Reminiscing Our Odd Friendship

Hari ini hari raya haji yang kedua. Tahu ke? Hari ini juga hari kedua saya bergelar anak dara rumah. Tahu ke? Kalau suri rumah adalah merujuk kepada perempuan yang sudah berkahwin. Jadi, saya yang belum berkahwin memilih rujukan anak dara rumah. Tahu ke? PANGGGG

HAHAHA, tahu ke? Hari ini saya memilih untuk menulis secara serius. Takda HAHAHA mahupun HEHEHE ataupun TEEHEEE.


Ok,

Sedia?
Mula serius sekarang. Muncungkan bibir untuk menunjukkan yang anda betul-betul serius. Kalau serius je mesti nak muncung kan. Pastu dahi kerut-kerut tujuh lapis. Tah pape.

Me + Kak Riza
LADAP '10
credit: FB Syed

Tahun 2008, beliau mula posting. Tapi dia sesi pagi. So, tak berapa kenal dan memang jarang bersua muka. Memang tak pernah bertegur pun. Saya 'terperasan' masa latihan sukan. My best buddy Kak Intan rumah hijau sama dengan dia. Saya dengan gaya gedik dan riang pergi menyapa Kak Intan. Dia terus memandang atas, bawah, atas semula dengan hujung-hujung mata. AIKKKK?

Sukaneka Tahap 1

Mula dari hari tu, ada sikit perasaan lain macam dengan dia. Apsal nak slek-slek kat aku ek? Bercakap pun tak pernah. Masa Hari Sukan kat Stadium pun sama. Saya ingatkan beliau anak dara sebab nak anti aku lain macam. Rupa-rupanya lah sudah ada sorang anak lelaki. Jarang lah emak orang nak slek-slek kat anak dara, melainkan anak dara tu kacau suami dia. TETTTT.



Tahun 2009 dia kena mengajar sesi petang. Saya mula susah hati sebab saya tak suka ada orang tak senang dengan saya di tempat kerja. Rasa tak bebas. Ada kawan usik-usik, mana tahu nanti jadi kawan baik. ERKK, macam mana boleh? Impossible (terus nyanyi lagu Shontelle)

 Farewell Party

Rupa-rupanya, masin mulut rakan itu. Minum air laut terlebih la tu. Waktu mula-mula saya pun tak sedar macam mana boleh 'ter-rapat' dengan dia. Sungguh, takdir Allah itu kita tak boleh nak menidakkan. Kami berkongsi minat yang serupa, (handbag GUESS dan Wedges) pemikiran yang serupa. Dia kawan yang sangat baik. Sangat.



Dia memang nampak garang. Cakap lepas, Laku lepas. Boleh dia berlari-lari dalam bilik guru macam kanak-kanak. Sedangkan beliau ibu beranak dua. Semua orang pun dia nak sapa. Orang yang tak berapa kenal pun dia pukul rata.




Bulan puasa hari tu, dia lah peneman waktu nak ke Bazar Ramadhan. Almost everyday. Sebab saya ada masalah nak lintas jalan. Walaupun dia kena ambil anak dari pengasuh cepat-cepat. Still, dia tetap nak temankan saya dulu. Sangat terharu.

Hari Anugerah

Sempat kongsi rahsia yang orang lain pun takkan faham. Dia sangat understanding. Just like her best friend Kak Ezy. Masa semua orang mula tabur ayat-ayat fitnah. She defends me. Tapi, dia tak pernah bagitahu saya siapa yang mentabur fitnah tu. Masa saya sedih, dia mesti cheer me up.
Dia nak sangat-sangat tengok saya kahwin. Hari-hari doakan saya bahagia dengan Dak Yang. Hari-hari tak sabar nak makan nasi minyak saya. Hari-hari ingatkan saya 'Kau ada Dak Yang, ingat. Jangan sampai sesuatu yang buruk happen'

Ohhh, now she's gone. Dia pindah ikut suami ke Perak. Me, macam speechless. Nangis tidak, ketawa saja bila ingat pesan dia. 'Kalau nak dating pun, cari lah tempat jauh sikit' HAHA.
Jangan cepat membenci orang yang kita belum kenali sedalam-dalamnya. Dan bukan orang yang mula baik dengan kita akan terus baik forever.

Gonna Missed Her So Much - Rizawati Azmi.

Ada yang gelak ke? Cehhh

10 feedback:

gadisBunga said...

apasal takut lintas jalan ek?

AiTotYati said...

Ai tak gelak. senyum je. takpe kan?

tapi mmg betul tu. jgn cepat nk benci org. tau tau kang jadi laki sendiri. opssss


(^_^)

maCy said...

seronok tgk ckgu2 skolah rndah. awet muda. senang hati. sng go on ngn sesape. mmg best. sis, u pn best jugak ;D

miss nina said...

saya teringat rakan sekerja yang kini sedang menyambung pelajaran.
pada mulanya, saya fikir tentu ada sesuatu yang kurang enak tentang dia & menjadi sendaan orang.

akhirnya, setelah sekian lama berkawan..dia benar2 kawan. semasa susah & senang. saya sangat menghargai dia :)

Poyaty said...

@ GB sbb mmg takut lah. hehe. kena pk 10 kali nak lintas

@ Ai - hehehe, ade pengalaman ke ni

@ maCy - hahaha, best ke?

@ miss nina - kannn, bila da xde baru rasa :D

Hairil Rizal said...

Kawan ketawa beribu, kawan menangis susah nak cari...

✿....rossa alina....✿ said...

mmg xnak kenal ngn org yg xkenal..wuwuwu..sebab terlalu baik hati,diri ini telah disalahgunakan..erk??!salahguna??pape je la.. ;p

zaradgreat said...

yaty.. tak gelak.. tapi sedih. huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa... sabaq ye yaty. henset ada. emel ada. fb ada. ym ada. skype ada. semua ada. yang jauh pasti rasa dekat. apa kata pindah perak jugak. ehhh????

Poyaty said...

@ warlord - yup, totally agree

@ rossa - sabar naaa

@ zara - hehehe, I will, Insyaallah :D

Tomato Gurl's Life said...

pic no 2 tue ...menggoda giler la dear!