Friday, November 26, 2010

New Leaf, New Life, New Love 26.11.10

Catatan Peribadi.

ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH. ALHAMDULILLAH.


Memanjatkan SYUKUR yang sangat-sangat pada ALLAH SWT.


Rasanya air mata sebaldi pun belum dapat nak gambarkan kegembiraan hati sekarang. Hati tengah sarat dengan debunga-debunga cinta. Jadi, kalau tengah baca entry ni ada yang cebik bibir atau lebih teruk ada yang muntah darah. I don't give a damn care.


Tak tahu nak mula macam mana, dari mana, mana-mana. Blerrgghh.


Lepas kejadian worst tempoh hari, I spend most of the time duduk dalam bilik sorang-sorang. Saya cuma mahu dengan diri sendiri saja. Honestly, makan minum saya adalah terabai since a few days ago. Tahap hygiene takyah cakap lah. Kalau lipas terserempak dengan aku pun dia geli agaknya.


Rambut diva dah bertukar jadi macam rambut perempuan tepi jalan tu. Bergumpal-gumpal, oily, busuk. EIIIII. Dengan baju tidur yang dah berapa hari tak tukar. Muka pun oily sampai jadi licin berkilat boleh jadi cermin diri. Eh eh. Over. Saya hanya bangun, solat dan tidur terus.


Tengok FB, tengok blog takda nafsu. Takda hati nak blogwalking, takda hati nak approve komen. Saya hanya hidup untuk diri saya. Berapa ramai orang yang saya janji akan call semula, tapi tak buat. Saya tak mahu dengar suara-suara atau apa-apa. SAYA MAHU TENANG DAN SENDIRI.


24 Nov malam tuh saya tidur jam 3.++ pagi. Selesaikan masalah berbangkit. DIA- seorang lelaki yang sangat MEMAHAMI, PENYABAR, PENYAYANG, MENERIMA SAYA SEADANYA, MENDIDIK & MEMBIMBING tak jemu-jemu. Bercakap dari hati ke hati secara serius bercampur provokasi. Tapi, saya dapat elak dan hampir jadi gaduh sebab aku angin gila dia taknak percaya apa aku cakap. Macam mana dia nak percaya sebab deep down inside his heart, he knows that am lying.


Haku pun menyesal tak sudah, kenapa at the first place mulut tak bedung ni tak nak admit saja kesalahan aku. Dengan muka tak bersalah pergi menegakkan benda yang salah. Dia tahu, aku  pun tahu. Aku pentipu yang buruk (am such a bad liar) sebab takut sangat. Tapi, dia sangat sabar. Sangat.


25 Nov, Siang hari, dia masih slow talk dengan aku. Masih berharap aku buka cerita. Masih lagi lovely. Dah lama tak rasa berkasih sayang yang sehebat ini. Dalam sehari aku caj HP 3 kali, batt habis sebab asik tekan-tekan mesej. Ibu jari pun dah senget kekanan sikit. Uhh, harap bukan kecacatan kekal.


Masih lagi memilih nak bersendiri, aku sarapan pagi dekat PKNS pukul 8.30. Balik-balik terus tidur. Bangun tidur hanya untuk bercakap dalam fon, mesej, solat, angkat kain dan minum. Langsung tak jamah makanan.


Malam hari tu, mula pukul 9 lebih sampai pukul 4.00 pagi aku berbual dekat telefon. Bayangkan penangan feeling orang baru bercinta tu. Bergayut-gayut dekat telefon sampai 5 jam lebih. Bayangkan, bayangkan. Heaven. Seploh cakap sayang pun masih tak cukup.


Dengan lafaz Bismillah dan hati yang terbuka, I spilled everything out. Sampai hati rasa kosong. Terus perasaan sangat lapang, sangat lega sangat penuh dengan kasih sayang tak bertepi. Habis semua kisah dari A sampai M keluar. Luar dan dalam. No more secret. Tahukah anda bahawa sebuah relation yang penuh kejujuran itu sangat best? I baru dapat rasa hari ini. Pity me :(


Bila dah takda rahsia, baru lah satu relation tu boleh berjalan smooth and silky. Hoi, ini macam iklan syampu. Tapi takpa. So, inilah our turning point. Inilah lembaran baru untuk satu perhubungan baru. Inilah saat dan ketikanya. This is much more better than 1st love.


Lelaki baru saya (My New Man) pun sangat happy dengan our achievement. Dia dah cipta satu shield yang sangat kukuh for this new relationship. We have to take care of it. Jangan lagi berbuat kesalahan yang amat bodoh. Jangan cakap tipu. Jangan ada rasa nak flirt sini sana lagi.


What past is past. Yang dah terjadi tak boleh nak ulang balik kasik dia tak pernah jadi. Yang perlu sekarang ialah looking forward untuk the next stage. Lupakan yang lalu. Lupakan yang lain. Damn, iklan lagi.


Semoga beberapa bulan 'lagi' itu cepat berlalu. Hari ini satu Rahmat dari Allah yang tak terhingga. Dalam masa seminggu semuanya berubah. Betul kata orang, kalau dah jodoh, tiba-tiba aja semuanya terjadi. Tiba-tiba saja hati terbuka seluas samudera untuk menerima kasih sayang baru. Tiba-tiba saja nak lari ke Siam untuk berkahwin. HEPPP, ini tipu. Tiba-tiba saja terus disayangi dan menyayangi. Semua nak tiba-tiba. Itu yang dinamakan jodoh.


Hidup baru. Buku baru. Cinta Baru.

The new me. Syukur Allah. Syukur.


Ini adalah soundtrack percintaan kami. Dah macam superstar siap ada soundtrack segala. Hey, bagi canlah untuk brand bew couple nih :)



Doa anda semua sangat saya hargai
Mahu anda semua baca dan gembira macam saya
Sebagai reward, hari ni tak perlu komen. YAYYYY. Cuti komen :)