Tuesday, November 23, 2010

Middle -Eastern di Bukit Raja

Hari ini nak ajak anda semua jamu mata. Jamu mata saja. Nak ajak jamu selera tak tahu macam mana. Ada cara?

Nak perkenalkan makanan baru. Baru untuk anak tekak sendiri. Belum pernah jamah lagi makanan from Middle-East. Selalunya makan kebab je. Itu pun hasil tangan Mamak. Mamak bukan asal dari Middle-East kan?


Located at Presint Zapin, Bukit Raja, Klang

Tengok resepi baru, dah tahu lazat. Belum cuba lagi. HAHA. Nak pronounce menu dia kena dengan Qalqalah dan Mad Asli sekali. Baru Pak Arab yang ambil order tu faham. Hah, Pak Arab betul ke? Wajib pergi ni sebab nak mengorat Pak Arab berhidung mancung berdada bidang.

Acah Mak Enon. Tapi, yang ambil menu malam tu memang kategori Abang Surau. Suara pun lembut saja tanya I nak makan apa? I pun buat-buat banyak tanya supaya dapat dengar suara itu lagi. Damn, silap strategi pakai tudung saiz S. Lepas ni pinjam tudung emak lah (hipokrit)

Beliau ada ciri-ciri Suami Soleh membawa isteri ke syurga. Siapa yang solo, boleh try tengok. Tapi, AWAS!! Sangat pemalu. Heh, kau nak cerita makanan atau promosi Abang Surau neh?

Sorry, my bad. teehee. 

Malam itu kami cuba Chicken Kishwah kot. Alaa, dah lupa nama.


Kalau anda berselera besar dan bertangki besar boleh makan sorang satu. Kalau tidak, baik berkongsi. Sharing is caring dan nak menselamatkan air muka dari bertukar biru sebab tank dah penuh. 1 plate ni boleh share 3 orang.

Kalau tak tahu macam mana nak makan dia. Bawang tu sebagai apa. Takyah risau sangat. Bakal bapa mertua saya ehemm, I mean, bapa abang surau itu a.k.a Tokey kedai yang ramah tamah akan bagitahu cara makan yang betul. 

Chicken Shawarma
I sebut Chicken Sharmala. Sounds Bollywood

Semua yang chicken-chicken tu boleh tukar dengan lamb-lamb kalau suka. Kalau tak kesah darah tinggi naik. Boleh try. Boleh juga makan pakai dulang kalau pergi secara berjemaah. Jangan lupa ajak saya sekali. The more The merrier

Barbican Strawberry Malt

Takyah minum pakai ais. Nanti dia tawaq habiaq

Ahli rombongan ke Middle-East

Emak & Kak Adah :)

Makan 3 orang pun dah tak larat nak habis. Jadi, apa tunggu lagi. Cepat-cepat pergi makan kat sana, untung sabut timbul, untung anda dapat no telefon abang surau. Siapa tahu. HAHAHAHA

Harap Dak Yang tak sentap. You lagi kacak dari Abang Surau. I bohong. HAHAHA Niat I tolong mereka yang single je Bukan I yang nak pun. :P

5 feedback:

Gentleman Frog said...

Salam,

bez mahu cubalah.

sya penah sggh makan makanan jepun, nama dia tapak kaki, tp indon yg masak, harap nama ja jepun.

cik fiza said...

wah2 makan2...
mahal tak harga nye yati?
kt area mane yer?

HaNTwO said...

sedapnya.....tetiba rasa nak g foodcourt nak makan puas2 ;p

Poyaty said...

@ mr. frog - ahaha, same lah kes ni

@ fizzie - dkt bukit raja nak hala ke setia alam neh. try la

@ Han - hahaha, sila2 :)

Hairil Rizal said...

Bestnya makaaan! :)
Tak takut berat bercambah cambah ke?