Saturday, November 27, 2010

Jangan Caya Muka Seposen

Ok, Cerita manis dah tamat. Hari-hari cerita manis saja nanti boleh buat orang terjeluak. Lagipun yang manis-manis memang tak baik untuk kesihatan. Nanti kena kencing manis. Darah manis pun bahaya, nanti dingorat orang. Ah, kau dah kenapa?

Hari ini cerita masam yang nak dipersembahkan. Boleh baca sambil makan asam boi atau asam masin. Takda hal lah tu. Jangan korek hidung lepastu makan. Rasanya pun masin juga (orang yang kata)


Ini adalah penyesalan yang tak bertepi. Lagi lama hidup, lagi banyak kenal orang, lagi lah patut extra careful. BUKAN SEMUA ORANG KITA BOLEH PERCAYA.


Saya tak punya rakan sebaya di tempat kerja. Kalau dengan rakan sebaya kan kita boleh gosip gedik sambil giggle-giggle lepastu dah. Habis cerita. Rakan sebaya takkan bawa mulut kepoh nak pergi sebarkan cerita sana-sini macam mami jarum. Dia takkan buat part time job sebagai inetrnet bergerak. Rakan sebaya akan jaga cerita rahsia kita sampai nyawa dikandung badan, budi yang baik di kenang jua. Ah, tak memasal.


Sebab itu yang saya lalui bersama rakan sebaya. Oh, rindu tiba-tiba dengan rakan sebaya Akmar, Eca, Caa, Aetul & Nemo. I miss u guys.


Tapi, nak buat cemana. Masuk kandang kambing, kena lah pandai-pandai sesuaikan diri dengan kambing-kambing yang ada. Hoi, bukan. Sesuaikan diri dengan keadaan maksud dia.


Yang buat aku angin, dekat mukadimah tu dah bagitau siang-siang "JANGAN CERITA DENGAN SESIAPA YA" tapi, habis je dengar cerita haku tak sampai 5 minit terus pergi sampaikan dekat orang lain. Damn, siapa aku nak salahkan? Mukadimah kot. Patutnya kita cakap je, "LEPAS SAYA HABIS CERITA NI, BOLEH LAH TERUS SEBARKAN. TAKDA HAL LAH" 


Memang saya agak panas juga dengan seorang, dua individu ni. Depan kita kan punyalah ayat manis tertikam kalbu, Ko ni tak caya ke dengan akak? Akak cite sini habis sini. Ceh, muka Masya Allah. Innocent nak mam***. Sebenarnya yang menuturkan ayat tuh la yang kita jangan percaya.


Alih-alih cerita tu bertebaran seantero dunia. Pergghh, ayat taknak kalah saja kau ye. Masalah dia, aku memang tak pernah cerita dengan sesiapa melainkan kau lah orang dia. Bila orang lain tu cerita seketul-seketul sama, mana dia dapat cerita? Takkan haku pulak yang bocorkan rahsia sendiri. Begitu bodohnya haku ini.


Kesimpulan dia hari ini, jangan percaya sesiapa pun. Even muka dia seposen jek. Sebab muka yang memang seposen tu lah yang paling tak boleh percaya. Dah lah murah.


Azam baru walaupun belum masuk tahun baru, saya takda hati nak bersosial secara gembira dengan sesiapa. Well, Tahniah dekat aku sebab berjaya tempah nama buruk tahun 2010. Gila ah, dengan cerita skandal terhangat lagi. Puhh-liss lah.

Ada rupa Fasha Sandha ke aku ni, mana lah ada suami orang yang hingin.

8 feedback:

shakirah samsudin said...

heh betul.
sbb tu jgn nilai org.
nmpk yg diam, kite caye.
yg bising, kite xcaye.

kdg2 yg diam tula yg sebar2 kan cite. huhu

gadisBunga said...

hmm...kesimpulannya mulut org ni kita mmg tak boleh percaya. next time tak payah cerita bende panas kat org yg kite tak tahu hati budinya. luar mungkin baik tapi dalam kite tak tau kan...

kesimpulannya, kamu dah kena tag. sila tgk kat blog GB okeh.

Senyum :)

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

EMMM..
TAK sumer org kan kita boleh percaya walhal dengan kawan2...
dengan org lain apatah ag...dats y la kadang2 kita ta perlu citer hal kite dengan org..bek kita simpan sendiri...
tp kalau da ta tahan kena pandai p[ilih org yg kite memang percaya gilerr.=)

MIRA :) said...

betul2 oleh itu nak percaye org kene lah ati2

Poyaty said...

shak - mmg kan, eiii, tensen. haha

gB - i noe darling. haha. nnt i keluakan balik yg lama

lizzie - yup. sgguh betul cik lizzie comei :)

mira - betul, saya sgt silap. hehe

Ati Masrif said...

yaty dah sihat. alhamdulillah.

ada bos lama kak ati ckp
if we hv problem..don't share
all the prob with one person..

betul tau apa yg dia ckp..dan kak ati
mmg amalkan mcm tu..so semua org xtau tahu cite yg penuh..^_^

syahida said...

yati...sian nye ko...aku pun rindu sama kamu...hanya blog mu saja ku baca utk mgtahui cite mu..hee...gila rindu kat ko...bila kita leh cam dlu ek..hnya tggl kngan yg sgt indah...yg aku xdpt kat mne2 dah... :D miss u babe...

Farhan said...

kak ati.. nk bagi nasihat pun bg la yang elok.. jgn bagi nasihat yang bukan2.. cara mcm tu just as a way to keep on socialize without worrying to be blamed one day. the root of the problem is uncontrollable socialize. igt lah.. nk beckp.. ckp la bende yg perlu je. g skola nk keje nk mengaja so jgn la begossip becerite hal peribadi org.. b4 u point a finger at others.. point it 2 urself first.. salam.