Tuesday, November 9, 2010

HA HA HA

Entry ni sumpah tak kelakar. Tapi tetiba rasa nak gelak. Apa nak tulis sebenarnya? Ok. Dah ingat.

Tahu tak anda satu fakta? Kerja saya akan menjadi super duper sibuk pada awal dan akhir tahun. Dia semacam kisah kau kekasih awal dan akhir. Walau tak jelas apa kaitan dia, kita abaikan saja. Shall we?

Hari-hari lain selain  awal ashaari dan akhir tahun adalah biasa-biasa saja. Masuk kelas. Bising sana sini sebab kelas kotor, suruh kutip sampah bawah meja kerusi semua, suruh mereka basuh tangan dah habis 10 minit kat situ. Mintak keluarkan homework, bising-bising lagi sebab ada yang tak siap denda bagi mereka berdiri kat koridor suruh siapkan kerja sambil berdiri dah habis lagi 15 minit. Suruh semak jawapan kerja kalau salah betulkan nanti senang cikgu tanda dah habis lagi 10 minit.

Masuk masa kedua, ajar tajuk baru pung pang pung pang bagi latihan bagi homework habis dah satu jam. Solat, makan, buat lesson plan tanda buku sambil mulut ngomel-ngomel dan kunyah-kunyah sireh dengan kawan depan kiri kanan dah KRINGGGG 6.30. Ok, thumb print dan pulang.

See, I told you. Tak susah kan?

Tapi, bila dah nak akhir tahun neh, takda masa dah nak pung pang pung pang segala. Cakap dengan budak pun mata pandang bawah saja. Workload. *sigh*

Daripada isi markah periksa akhir tahun. Nak tulis ulasan, kira kedatangan, ukur tinggi berat, kira buku nilam, tanda tangan bersepah-sepah, rekod disiplin, buku lisan, kad gigi, rekod kesihatan, fail budak, buku RMT, Pulangkan buku teks, serah buku teks tahun depan, hari terbuka, hari penyampaian hadiah, asingkan ikut kelas tahun depan.

SEMUA NAK KENA AMBIL TAHU. SEMUA NAK KENA BUAT SENDIRI.

Selalu datang sekolah pukul 1.05. Sekarang pukul 11.30 muka dah tercongok dalam bilik guru

Sebab tu masa untuk blog sangat terhad. Tunggulah, tunggu. Cuti sekolah nanti akan saya kunjungi anda 24 jam. Sampai kau muak. Haik? Lagi-lagi si Yaty yang komen. Takda muka lain dah? Takda, takda muka aku saja yang free 24 jam nanti. Kamu semua siap!!

Amacam alasan gua? Layan tak?
HAHAHAHA

Eh tak tak. Ini serius kata Ming Ming Wonderpets.

Tengah cari arah kiblat
Ini serius kata Ming Ming lagi
Ah, sudah kau

13 feedback:

miss nina said...

hehehe..biasalah bila bz mmg tak nampak org :)

~merah tak ilang lagi. jumpa tak arah kiblat? :)

✿....rossa alina....✿ said...

nak gelak jugak..hahahaha.. ;p

Hidayah said...

hi ...ujung2 tahun2 geng2 pendidik memang bz over..tapi pastu dapat cuti apa...

maCy malas nak sign in said...

adoi.... tulah sume kate cekgu senang eh eh byk la senang dia kata macy yg belum mnjadi cekgu..

LyNn HaMzAh said...

wah memang super duper busy nie...x per...buat kerja elok2 yer dik...

MasZuber said...

waduh waduh..semua cikgu kena buat..

sungguh berat tanggungjawab seorang guru ini. pasal tue saya ingat cikgu saya sampai sekarang!

Tomato Gurl's Life said...

busynya..yaty ada x tips utk mtest kpli??hehe

zaradgreat said...

hahahhahahha. happy becoming school holiday yaty! nak wish awal2

Gentleman Frog said...

Salam,

Ada ahli parlimen nak wujudkan jawatan pembantu guru.

Pro, bagus la ringan sikit kerja pengkeranian yg guru kena buat.

Kons, mse junior mgkn dia kerja sggh, bla dh senior sket mula menjawab, dtg lewat, balik awal, rht lama2, last guru juga kena buat semua hmmm...

I can forgive an insect but..

Ati Masrif said...

hujung tahun semua cikgu bz...
bz jamuan kelas ada tak..bz gak kan..hehe

Amni said...

bukan setakat cikgu2 busy.. pegawai kat pejabat pelajaran pun busy skang... haihhh... esok UPSR dah nak keluar result... memang macam2 lagi la nak buat.. minggu depan dinner plak.. adoilaaa...

Hairil Rizal said...

Kikiki..paham paham...kalo tak gitu tak namanya cikgu zaman cyber kan?

Poyaty said...

@ nina - hahaha. kiblat mmg da sedia ada. ayt awk buat kite nk gelak

@ rossa - thang sbb gelak juga :D

@ hidayah - sebelum cuti kena seksa dulu. haha

@ maCy - takda yg senang pon. soh org tu jd cikgu tgk. haha

@ kak Lynn - okeh kakak ku :D

@ kak mas - igt yaty juga taw :D

@ cik tom - takda la. sorry. haha

@ zara - thanx sayang

@ frog - takyah kot. saya suka buat keje sendiri. jd kita tahu progress dia

@ kak ati - betul lah tu. jamuan da setle awal. hehe

@ amni - semua same2 bz ek. hehe. dr JPN smpai ke sek

@ warlord - tuh lah tu. sibuk blog lagi. haha