Saturday, November 6, 2010

Cinta Keluarga Bawa Ke Melaka; Arrival

Fikirkan tajuk saja nak telan masa almost setengah jam. What a waste? End-up nanti tak best jugak tajuk dia. Sungguh tah pape.

30 & 31 Oktober itu hari saya yang bernama Seri, sejak bila nama dia Seri tah. Hei, itu kan tajuk lagu. 

Ok Ok. Ikut suka kau lah nak letak nama apa. Yang penting saya bersama keluarga tercinta tolak babah tolak Husna dan Abang Zaky tolak adik pergi Family Day di Melaka.

Konvoi secara beramai-ramai dari sekolah pukul 10.00 pagi, lebih 10 buah kereta jugak yang terlibat. Lepas berhenti isi minyak, berhenti isi perut semua, kami sampai nak cecah pukul 1.00 gak

Lepas saja Ayer Keroh, Melaka jammed tak ingat. Habis konvoi dah berpecah. Kepala konvoi tah kat mana-mana. Waktu ni lah penyelamat dunia di gunakan. GPS GoGoPal. Terima kasih GoGoPal kerana kau kami takyah nak tawaf Garden City sampai sepuluh kali sebab tak jumpa jalan masuk. HAHA. Walau nama kau funny macam Raja Gopal, kami tak kisah. Apa ada pada nama? Ceh, tetiba.


 Ahli keluarga dekat R&R Ayer Keroh
Emak, Abang Beruang & Kak Adah

Saya si Anak Emak


Info secara tak bagi salam: Saya, Abang Beruang (abang sendiri), Kak Adah(isteri abang beruang, kakak ipar saya) dan Ibu Sarah (jiran depan rumah) adalah mengajar di sekolah yang sama.

Ok, dah takyah nak cerita panjang-panjang salasilah keluarga, keturunan nenek moyang semua. Kejap lagi Family Trees semua nak keluar. Cerita Melaka hilang di telan zaman.

Tempat tinggal dekat Apartment Garden City Bandar Hilir, Melaka. Satu apartment ada 3 bilik, jadinya adalah 3 keluarga iaitu keluarga saya yang bernama Seri tadi Grrrr, dengan keluarga Sarah dan keluarga Kak Baiti (another jiran yang mengajar satu sekolah jugak. Betul-betul sebelah dinding rumah yang mana kalau dia tumbuk sambal di dapur, saya boleh bersin kat bilik (?)


Ada Tragedi Oktober dekat Pool neh
T____T

Aktiviti pertama sekali sebelum ribut melanda adalah Tressure Hunt menggunakan Kompas. Yang tu pun cerita lain entry. Baru lah satu hari boleh post pat,lima entry. HAHAHA. Aci kan?

Beberapa keping gambar dan caption mengiringi. Bagai irama dan lagu. Bleergghh, dari tadi kau ni Yaty, Gua hentak baru tahu :p

Ketibaan 2 family.
Memandangkan family-family yang lain sesat barat
Jalan Sehala amat annoying sekali

Anis anak Kak Su yang pemalu
Tapi, dulu masa kecik-kecik waktu saya dukung
Dia pernah kencingkan diri ini
TSKTSKTSK

Apsal aku nampak cam Raksaksa Gorgon neh?

Assistant seksi sibuk nak bagi pertolongan

Ruang tamu dia. Ok.
Kerusi keras.

Menikmati ciptaan Tuhan dari Tingkat 4
Berpeluh jantan nak panjat tangga sebab lif ada 1 jek

credit kepada abang yang takda kerja

Khusyuk dan tawadduq


Doa semoga menang treassure hunt
Tapi, sayang seploh kali sayang
T___T

12 feedback:

chentaMAYA said...

seronoknyee~

maCy said...

oh oh dah sampai melaka patut mizkol i boleh datang dengan kereta bomba. haha

alahai khusyuk tawaduk jeles lah ley wt abg ipar tp no 2 ley x? hik3

Ayumi said...

hah ini dia seri yang betul betul sudah datang!!

*tetiba saye terase apa kes??*

MUAHAHA.

Hairil Rizal said...

Hehe..excited nampaknya cik Yaty kita!

Tak berenang kat swimming pool ke?

iszieylyanziy said...

bestnye,,p melaka,,,

zaradgreat said...

yaty!!! datang melaka!!!! hehehe. amacam melaka? ok tak? hehehhe

Gentleman Frog said...

Salam,

amboi gambar tgh solat pun letak, mukmin sungguh.

Cik Kentang said...

Pegi Melaka rupanya..Melaka memang best..Rindu nak pegi sana lagi..

MasZuber said...

ala besh nyer family day....

x sabar menunggu disember sebab plan family day awal bulan 12 nie..

best kan family besar2 nie..:)))

Poyaty said...

@ maya - hehe mmg sonot

@ maCy - hihihi, tuh lah. tau u kat melaka leh contact2

@ ayumi - alamak, saya terseru nama awk plak. hahaha. nama awk seri ke? haiii.

@ warlord - ada kisah tragisnya tu. hehe

@ is - best jugak sbb pegi ramai2 :D

@ zara - kita mmg cintakan melaka taww. haha

@ mr. frog - baru perasan ada dlm cam. bubuh saja. hehe

@ cik kentang - ehh mmg best kan. pegi la. awk kan suka travel :D

@ kak mas - mmg sonok klau family ramai. ni family day sek. family sendiri akhir bulan 11. uuu, x saba gak. hehe

Hana said...

Ok tak apartment tu.. overall?

Poyaty said...

ok saja. cuma prob lif rosak satu. jadi berebut2 la nk naik. security pon ok. dia pkai kad nak naik bilik :D