Friday, October 8, 2010

Surat Cinta Tak Diundang

Salam semua terutama buat kekanda (sebab semua orang baca, kekanda belum tentu ada masa nak baca, maaf juga sebab ramai orang baca surat cinta kita. Ouwww)

Harap kekanda sihat. Eh, memang sihatlah kan. Baru tadi panggil (call) kata tengah masak. Kalau tak sihat takkan lah boleh memasak. Sampaikan nak bercakap dengan adinda pun tak mahu lagi. Sampai hati kekanda. Tapi takpa. Practise makes perfect. Esok lusa boleh kekanda masakkan untuk adinda. Adinda pula blogging secara gembira

*********

Tujuan adinda mentulis surat cinta ini sebab adinda sudah tak sanggup melihat kesusahan kekanda di sana. Terobek-robek hati adinda. Kekanda tak pernah dapat rehat yang sempurna. Dari Shah Alam ke JB kekanda terus masuk office tak toleh kiri kanan lagi, sampai pukul 4 pagi pula tu. Saranan adinda suruh kekanda rehat pun kekanda tolak mentah-mentah. Kerja lagi penting (kekanda bilang) takpa takpa, hari ni hari kau, esok lusa belum tentu (marah sapa neh? HAHA)

**********

Tak macam adinda ni yang pekerjaan sepenuh masa adalah perehat tegar. Sampai adinda sendiri terbosan-bosan sebab asik berehat saja. Sebab tu agaknya adinda semakin mengembang dan kekanda pula semakin tinggal tulang.

**********

Dari kesusahan kekanda buat adinda rasa sangat menghargai kekanda. Adinda tahu, semuanya untuk masa depan bersama.(ewahhh) Tapi, kalau kekanda punya keadaan teruk sampai macam tu sekali, buat hati adinda gundah gulana. Rasa bersalah pun iye juge.

***********

Di sini adinda bagi beberapa cadangan,

Kalau kekanda rasa pekerjaan posmen lebih menyenangkan kekanda, adinda tak kisah. Asalkan kekanda senang hati. Habis hantar surat, kekanda dah boleh pulang rumah berehat-rehat. Kekanda tak perlu nak mentulis business proposal kalau menjadi posmen kelak. Jumpa Datuk R pun takyah. Meeting sampai pagi dekat Ainoni pun takyah. Tak perlu juga turun naik MOSTI.

  Tapi, beware dengan wild dog

Kalau hari cuti, adinda boleh ikut kekanda pergi hantar surat sekali. Tahukah kekanda yang adinda teringin yang terdalam nak naik motor dengan kekanda. Nanti adinda duduk belakang dan campak-campak surat masuk dalam pagar. Kalau rasa bosan, kita longgok saja surat-surat dekat hujung taman, suruh mereka ambil sendiri. Kita  pulak boleh pergi makan aiskrim. HAHAHA Indahnya dunia milik kita berdua (?)

Kita campak-campak camni pun ok

Tentang beg kegemaran atau kereta impian adinda, adinda tak kisah sangat. Kalau kekanda tak mampu pun kita boleh cari the fake one yang gred Triple A itu. Biarlah, mula-mula memang adinda akan down sedikit, tapi kekanda lebih berharga dari beg bukan? Kehadiran kekanda lebih bermakna dari menyandang beg Lola Vista (bukan nama sebenar)

Bagaimana dengan kereta? Ada ke yang Triple A punya? Oh, kereta nak buat apa, bukan ke adinda nak naik motor saja dengan kekanda. Barulah romantik. Kalau dah ada anak(anak) kelak, kita boleh letak anak dalam guni surat tu. Lebih selamat dan praktikal.

Kelak, anak kita boleh mewarisi kerjaya kekanda
Comel bukan?
Tapi kenapa anak kita berkulit cerah?

Tapi, semuanya terpulang pada kekanda. Adinda bagi cadangan saja. Apa-apa pilihan kekanda, still I love you.

Adinda harap dengan kehadiran surat ini secara tiba-tiba dan tak di undang dapat meleraikan segala kekusutan kekanda. Hanya ini yang mampu adinda lakukan untuk membuat kekanda tertawa. Lawak tak Yang? I boleh apply Raja Lawak some day.

Lepas baca surat ni kekanda pilihlah sama ada nak teruskan writing untuk thesis master dan business proposal itu ataupun kekanda packing-packing kain baju dan pulang ke pangkuan keluarga. Hari Isnin kita pergi Pos Malaysia dekat Bukit Raja, try apply kerja posmen. Amacam? ada berani? Eh, tiba-tiba jadi satu cabaran pula.

Sekian warkah adinda. Adinda menunggu kepulangan kekanda petang ni. YAYYY

Yang mengharapkan keadilan,
Adinda Sayang Salmah

**pic ihsan google
***ini adalah hiburan untuk kekasih yang kusut di sana. Takda kait dengan sesapa. Jangan terasa.

8 feedback:

Amni said...

kekanda baca yer blog? ngee... kekanda saya pon baca gak blog saya.. ekeke... sangat suka! wee...

LaDy BarbeLLa said...

hahaha so sweet la dear.. ^_^

iszieylyanziy said...

ololo,,sweetnye,,dulu ade kakanda,,skrg da xde,,hahaha,,,

Tomato Gurl's Life said...

wow so sweet la..hehe..

gadisBunga said...

hahaha...comellll

AiDa AzRyN said...

Fuh! so sweet~ hihi~ :P

Hairil Rizal said...

Tetiba rasa konpius..

Ni cerita yg ada kena mengena dgn yg hidup atau tidak nie?

:)

Gentleman Frog said...

Salam,

kerja posemen mmg bagus sbb sekarang zaman email dan sms dan fb dan ym dan skype dan lain-lain lagi.

apa yg tggl? surat2 rasmi dan bungkusan.

bungkusan? tu pun kalau tak guna fed ex.