Thursday, October 21, 2010

Pengapit Makan Penuh Semangat

Tajuk sebenar dia 'Aku; Si Buruk Lantak'. Tapi, nampak tak nice lah. Kredibiliti kena jaga juga. Kredebiliti apa yang diperkatakan disini? Aku sendiri pun tak tahu. Nevermind.

Niat di hati ni memang takda nak hapdet pape pun. Takda nawaitu langsung. None. Zero. Kosong. Ok. Fine, Kitorang dah mula nyampah bisik hati anda. HAHA

Nawaitu sebenar di hati nak pergi cuci rambut dan mandi basah-basah (?) Sebab melihat rambut yang pakai jari pun boleh ni semakin hari semakin cannot gi dah. Macam nak guna pencarik sampah untuk leraikan rambut. Sumpah dah tak beralun sekarang. Mula benci. Baik kinting saja tempoh hari. Menyesal, menyesal (sambil hentak-hentak kaki) Eh, sudah-sudah lah cerita pasal rambut yang takda kaitan dengan hidup kami neh. Baiklah.

Kita terus ke jalan yang lurus. Mari (sambil pimpin tangan)

Tadi tengah godek-godek fail yang ber title wedding(s)

Banyak koleksi-koleksi perkahwinan lah. Takkan pulak ada gambar orang berkhatan. Tiada releven.

Saya teringatkan insiden di mana setiap kali jadi pengapit, mesti orang kata saya makan bersungguh. Kalau sekali mungkin kita fikir, Oh, dia lapar. Tapi, bila almost 3 kali orang tegur. Eh, ini buruk lantak nama dia. Memang sesuai dengan tajuk pertama tadi. Tapi, dah terlambat nak ubah. Ahh, lantak.

1st time masa wedding Kak Intan. Mereka perasan waktu tengok semula video kahwin tu. Masalah yang buat saya tak tahu nak letak muka kat mana, bila ibu bapa pengantin pun tumpang gelak sekaki. Eh, Yaty makan sungguh-sungguh. Sampai tak toleh kiri kanan lagi. Ya Allah, rasa nak tinggal muka kat rumah jap. Boleh? Memang melantak sakan. Orang kata makan beradab. Ah, you shadap. HAHA

Muka macam nak terkam nasi
Muka bersungguh tu, sipi-sipi jek
Tekun hadap nasi
Lepas dah malu tahap dewa-dewa. Insaf dah tak mahu nampak macam Anak Somalia di meja pengantin. Nanti penat asik nak tinggal muka je bila keluar rumah. Jadinya, waktu jadi pengapit Kak Aiza, saya tak mahu makan nasi. Jadi, saya takkan malu lagi. Bijak tak? Super Genius. Saya buat-buat sibuk tolong senduk-senduk nasi saja. Tapi, bila nampak udang panjat. Lupa daratan.

 See, saya tak duduk hadap nasi lagi
Saya menjalankan tugas
Senduk-senduk nasi

Tapi

Kenapa udang tu bergerak ke arah ku?
Oh, Nooo!!!

Last sekali duduk dekat meja pengantin waktu kawan terbaik yang nama Kema kahwin. Bulan 12 tahun lalu. Kali ni, cameraman pulak yang sound direct. Semua pun nak sibuk tengok I makan.

 Ni konon-konon

Pengapit, pandang kamera lah, jangan pandang nasi je. Heh, waktu makan pun nak sibuk-sibuk amik gambar? Nak makan pun tak senang tahu!! *sigh*

 Muka bengang sampai terbalikkan pinggan
HAHA

Lepastu jadi bahan lah. Memang dari pagi tak makan ke? Eh, eh, abang cameraman punya insurans mulut memang berjuta lah. Saman nanti. I see you in court!! Eceh.

Aku memang tak boleh nampak makanan lah. Walaupun baru lepas makan nasi setempayan *exegerrate* kalau nampak kuih koci seketul pun tetap nak excited.

Orang-orang kata makan bersungguh macam kalau makan mee dalam mangkuk tu dengan muka-muka sekali nak cium kuah kari.

Orang-orang suka tengok saya makan.

Saya? Tutup muka pakai suratkhabar macam orang kena bawa masuk mahkamah.

8 feedback:

Tomato Gurl's Life said...

wah hebat 3x jadi pengapit...dah tue yaty bila plk turn??huhu...

Hairil Rizal said...

Hmm..pedulikan kata mereka!

Kalau dah lapar, makan aje.
Dah nama jadi pengapit, kena la kontrol ayu..makan kena tgk nasi. Bukan makan tapi mata tgk tetamu tetamu ensem dihalaman rumah!

Ada betul ka?

MasZuber said...

yaty,

macam akak la awak...tak pandang kiri kanan kalo depan makanan. beri konsentrasi yang amat baik dalam menikmati hidangan pengantin yang memang spesel dari yang lain.

bukan salah kita kan..?

;))

Nurul Aima Hj Kaim said...

hoh ble la kita buat kelab 'buruk lantak'..akak cukup dah syarat jadi ahli kelab..rezeki jngn di tolak!!

Tomato Gurl's Life said...

yaty..ciktom tag yaty; http://tomatogurlslife.blogspot.com/2010/10/pleasa-jangan-tag-saya-lagi.html

iszieylyanziy said...

akak,,bile lagi?hehehe
nnt jgn lupe,,,jmput is tao,,hehe

maCy said...

kne gune pencakar sampah mmg xleh blah. hahaha

bdw, macy plg ske mknn kt meja pngntin. weeee

shakirah samsudin said...

hey2, nak pakai baju cantik tak? :p