Friday, October 29, 2010

Pre-Birthday Present For Darls

Kami ingat cuma ada Pre-Wedding Photo saja. Birthday Present pun mahu ada Pre juga? Err, tak mendatangkan dosa bukan? Ok, tak dosa takpa. Semua pun dapat pahala sebab gembira.

Sejujur dari hati sudah 2 tahun tak bagi proper gift untuk Dak Yang. Tipu!! Yelah, yelah Mengaku disini bahawa dah banyak kali juga saya missed bagi hadiah birthday *sambil tunduk macam pesalah nak masuk lokap* Heh, tapi I bagi kek, coklat and celebrate birthday beliau apa *tegakkan kepala dengan muka penuh semangat*

Ok, lupakan. Nak bagi hadiah lah ni. 

Tak yah excited sangat nak tahu apa hadiah dia. Nanti semua menyesal tak sudah.

Sebelum tu (kenapa kau suka anti-klimaks ha Yaty?) rasa dah lama tak tunjuk kan apa-barang-aku-beli-hari-ini.

Shoes

Awal perancangan adalah mahu tukar tayar kereta. Dak Yang dah tiba depan rumah babah kata takyah, bunga dia banyak lagi.
Baiklah Yang hari ni takyah beli bunga tayar.
Jom, nak cari kasut kat mana? *GASP*

wedges from Vincci
RM 62.10 sebab ada less 10%


Dah lama ok. When I said lama, I really mean it. Dah lama nak cuba kasut yang sebegini sebab selama hari ini asik pakai Kasut Nenek Sakit Lutut saja. Mencuba untuk kali pertama, saya cari yang harga tak mencengkam jiwa sangat. Nanti hati berdarah kalau beli mahal-mahal dapat pakai sekali saja sebab kondisi kaki saya NAUZUBILLAH sensitif.


Harap kasut bagi kerjasama yang baik. Kalau tak saya harus kembali ke dunia kasut nenek-nenek. The whole family will tease me some more T___T

LIP ESSENCE

From Vaseline
RM 9.90 takda less?
Over, lip balm pun nak less

Minggu-minggu belakang neh bibir adalah pada tahap E. Tahu tahap E? Di mana bibir macam ada sakit sopak. Berkeping-keping, menggelupas, aku koyak, dia pun berdarah. Fed-up. Sampai anak murid tegur 'Bibir cikgu kering lah, tak minum air banyak kot'. Ecehh, baru darjah tiga dah bagi nasihat macam doktor.

Mari salahkan cuaca kering, jangan salahkan diri yang kurang minum air. Tindakan bijak.

Sekarang keluar dating pasti bawa bekalan air 1.5 liter sebab nak cakap banyak, nanti tekak kering. HAHA

HAND SANITIZER

Manusia yang cerewat wajib di tendang saja bila dia bising pergi kenduri basuh tangan tak bersih. marahkan tuan rumah tak sediakan sabun. macam mana nak salam pengantin? Bau kurma daging dengan nasi beriani kadang-kadang bau Ikan Patin Masak Tempoyak juga. (Ya Allah, ikan patin. Rindunya)

Jadinya, berhenti mengomel dan beli ini

from Antabax
RM 4.++
sebab jenama Dettol dah habis

Lepas ni dah gosok tangan sampai kering boleh pergi peluk cium pengantin laki perempuan semua pukul rata. Over!

SARUNG TANGAN

Nak berkebun sayur ke sampai beli sarung tangan segala. Cakap banyak jangan

Jawapan ; Sebab dia pink & blue
suka suka suka

Tu je :D

Yang terakhir sekali
*Drum roll please*

Yang di tunggu-tunggu

PRE-HADIAH BIRTHDAY UNTUK You

Kertas Meruap Penghalau Nyamuk

I protect You everywhere from any harm.

Kalau call waktu malam mesti nak mengadu hal nyamuk. Dah banyak kali. I cakap beli lah Ridsect racun pembunuh serangga yang menghalau nyamuk lebih pantas *iklan*. Kalau dah tahu ubat nyamuk letrik tu tak lut. Nyamuk tak makan saman dah dengan yang letrik tu. Jawapan kecewa 'repellant tak habis lagi.

Nah ambik, I belikan stok dua bulan punya

Kalau tak lut juga, buka yang gel tu. Pasang every penjuru dalam bilik. I tak mahu you kena gigit nyamuk lagi walau Jeff kata You manusia tulang, patah jarum nyamuk kalau gigit you, still I tak sanggup tengok you makin kurus dikerjakan nyamuk.

Kalau tak berkesan juga?

Bakarlah rumah tu dengan nyamuk-nyamuk sekali mati. Tapi you keluar dulu lah. Nanti kalau tak I nak kahwin sapa? Ajak Azim sekali keluar, kalau tak kurang satu loyal reader I.HAHAHAHA

Hai Azim, happy reading :D

17 feedback:

cik fiza said...

tipah tertipu... ku fikirkan hadiah yg dasat2.. rupanya ridsect???? adoiiii

Hairil Rizal said...

Hahahaha!

Kadang-kadang hadiah tak penting, ingatan tulus ikhlas itu lebih dihargai

:)

Tomato Gurl's Life said...

hahahaha...hadiah yu mantop...hadia utk dia..hurm...ridsect!!!wakakakak...mmg special ;D

asna cute said...

kasut tue klu xmuat meh pass bg asna ek hehehe ;D

ezzy said...

sila geget kasut baru tuh .. supaya ia tak geget kamu!!..
pss....petua nenek moyang mana ntah....

ezzy said...

kasut baru kene "geget" supaya ia tak "geget" kamuuuu

Poyaty said...

@fizzie = belum lagi. tggu hadiah sebenar ye

@warlord = kannnn. tp rs brsalah plak

@cik tom = hehehe, sian, asik digigit nyamuk saja

@asna = haha, sis saiz 8 ok. asna muat ke?

@kak ezy - baiklah. will do. kunyah smpai abes. haha

BonekadalamChermin said...

best ah entri.
rajennyer amek gamba 1 1.

kretip ah adiah tu.
i like!

eh. salam singgah-singgah.

hi chegu!

Poyaty said...

hai there. thanx. singgah lagi ye :D

hiro said...

keh2..redset.

Poyaty said...

hehehe, best kan? bukan selalu :p

hiro said...

cegah aedes cegah HIV..ahhaa

Poyaty said...

i shud jd duta kementerian kesihatan. hehe

zaradgreat said...

haahahahahaa! cool sangat2 pre-present tuh yaty! i likeeeeeeeeeeeeeee

Poyaty said...

kannn, kite x boleh bagi tipikal hadiah saja. kena bg lain dr yg lain :p

iszieylyanziy said...

ridset??hahha,,ok la dri xdpt pape kn,,jgn gune,,frame kn je,,hehe

Poyaty said...

haha, mana nyamuk nk mati kalau di frame saja is. hehe