Friday, October 1, 2010

Multi-Tasking

Bangun seawal-awal pagi. Memang awal. Awal Ashaari pun tak awal macam saya hari ini. Tumpang lalu Awal.

Lepastu tangkap muat saja baju yang nak di guna pakai sebab emak cakap tadi nak ke pasar. So, do I have to wear 3" heels with skinny jeans and flowery shirts? Takkan lah pulak. Pakai baju besar (kepunyaan kakak) Seluar slack (Pemberian Kezen). Sebab baju sendiri sudah takda yang muat T__T

Jadi, lepas breakfast bersama keluarga, saya terus jadi driver hantar emak pulang ke kampung. Klang ke kampung adalah satu jam lebih. Saya kena sampai KLang semula sebelum jam 12 sebab sudah ada janji bersama soul sister. HAHA. Secara tak sengaja, Kimmi Raikonnen versi perempuan pun wujud.

Sampai Klang jam 11.15. Pheww. Sempat lah baring-baringkan diri. Tapi!!!! *srrreeett* muzik ketenangan terganggu. lupa nak fotostat kertas undangan untuk edaran seluruh taman. Oh, No!! Takpa-takpa. Nanti.

Balik dari lunch bersama soul sister, terus siap-siap nak jadi cikgu pula. KAHKAH. From driver to Cikgu. Transformation yang hebat. Hep, bukan transformer.

Hari ni mood tak baik sangat, ada lah lebih dari 5 orang makan penampar tadi. Tapi, tamparan wanita I ni tak bisa langsung. I cakap, itu baru warning. Nak rasa lagi teruk main lah. Eceehh, padahal, tamparan hebat pun tetap macam tu juga.

Lepas habis sekolah, I jadi suri rumah pula. Pergi beli santan lah, isi minyak kereta lah. Eh eh

Last sekali, saya jadi posmen. Masukkan kertas undangan dalam peti surat. Posto!! Posto. Dari hujung taman ke hujung taman. Phewww, sempurna juga tugasan untuk hari ni.

Sekarang? jadi blogger pula, merepek-repek tak tentu hala kat sini. Kasihan anda yang baca

See, banyak bukan seorang saya boleh jadi. Anda? Anda pula pembaca yang setia. Terima Kasih

Sekadar peringatan untuk diriku. My Quest Begin Today dengan permulaan 61.

7 feedback:

gadisBunga said...

takpe. prektis awal2. eh, dah kawen belum ni?

iszieylyanziy said...

is memang pembaca yang setia akak,,hahah

Hairil Rizal said...

Surat undangan apakah itu wahai cik poyaty?

maCy said...

superwoman ni. hihi ;p

Tomato Gurl's Life said...

busynye kamo yunk..tp part jd blogger best kan..leh jumpa yaty sayang..hihi

iszieylyanziy said...

bgun pagi and i look terrible :(

Gentleman Frog said...

Salam,

Rajin ye.