Tuesday, October 12, 2010

Mood Baik, Entry Panjang

Pagi ini mood sangat contra dengan mood hari semalam (yesterday). Dalam hati macam ada sekebun cinta nan berbunga (sambil jongket kening baca ni, mind you)

After 11 days of my quest, I lost 2 kg.
Weeeeehuuuuuuuu (joget lambak 5 minit). Kenapa happy sangat? Kenapa? Sebabnya berat saya dah lama tak turun-turun. Masa puasa tempoh hari jarum timbang takda nak gerak ke kiri. Gerak ke kanan terus. Ikut hati nak patah-patahkan jarum timbang (siap kau!)
Jadinya, mari teruskan mentulis sambil tersengih-sengih sebab kegembiraan melampaui batasan.

Saya adalah insan yang sangat menghargai rakan-rakan yang saya ada. Macam saya sangat-sangat menghargai kamu-kamu yang selalu singgah baca dan komen di blog neh. Really, kamu semua sangat near and dear to my heart.

Hari Raya tempoh hari, memang sangat gembira sebab kawan-kawan datang rumah. Macam tak sangka. Memang tak ramai, tapi mereka adalah rakan-rakan yang berkualiti. Mari kita semak siapa mereka (bukan semak rumput-rumput tapi semak check it-out)


Caa atau nama surat beranak Nur Syara. Kami adalah kawan since Form 1 sampailah sekarang. Kami berdua juga orang panggil wedding crasher sebab di mana ada kenduri kahwin kawan di situlah muka kami akan ada. Tapi, kami tetap juga tak kahwin-kahwin. Sampai Umi Caa kata dekat emak saya, asik pergi kenduri kahwn orang je sebab tu la tak kawin-kawin lagi. HAHAHA.

Caa ada business perfume and alat-alat kosmetik. So, ladies, apa lagi? Sekarang tengah buat sale untuk lip gloss, lipstick and mascara Clinique and Estee Lauder. Boleh periksa blog Caa di http://perfumemurah.blogspot.com/ dan Facebook Green Galore. Again, pergi semak lekas. Sale sampai Jumaat je.

Caa, harap dapat komisen sebab buatkan iklan neh. Teehee


Yang kedua sampai ialah Mona. Mana satu Mona? Mona yang baju kotak-kotak. Yess, Mona adalah lelaki. Jangan tanya kenapa di panggil Mona. Dia saja yang boleh jawab. Mona adalah kawan since Form 3. Nama sebenar tak tipu ialah Ridhuan. Mona kerja bank. Dan masih mencari, Anyone interested? Teehee.


Ini takyah kenalkan kot sebab dah selalu nampak muka Si Kema neh kan. Ni lah kawan yang I jadi pengapit masa beliau kahwin dulu. Ye, sekarang beliau dah montel sikit. Tengok ah macam mana tak montel, mangkuk depan tu haaa, susun bertingkat-tingkat. HEHE. She's always be my crying shoulder when I need her. Kalau menangis dengan Kema, nanti dia cakap nangis la, lepaskan semuanya. Nanti kau lega. 

Doakan kau cepat-cepat dapat baby yang comel-comel. Amin


Yang last sekali sampai adalah Giha atau Naziha. Terharu sungguh sebab sampai juga dengan anak dan suami. Kami adalah dorm-mate masa Form 5. Giha pun ada business juga. Nah cuba tengok http://jomdeko.blogspot.com/ macam-macam ada. 

Baby Giha sangat comel, lepastu semua nak jadi ibu tumpang. HAHA. Darwisy sungguh adorable.

Ibu Tumpang 1, takmo lepaskan Darwisy. Asik dia je nak pegang

dia lagi

dan lagi

*sigh* takde chance orang lain

Lepastu Ibu Tumpang 2 pulak ambil
Ecehh, one happy family.
Tapi anaknya tetap Darwisy
HAHA



Last but not least, yours truly dapat juga chances

Time nampak motherly la time tu nak blur

Ok, much better. 
Ouwww, nak baby sendiri lah camni

Panjang gila sudah entry ni. Saya nak kepilkan gambar fav K.A.M.I


Rasa macam semua anak dara


Tamat, boleh bersurai

11 feedback:

Iera Ramali said...

Yaty pakai jubah ke tu? tak nampak sangat la..semua member blog seems ada baju warna putih. ai malu nak pkai. Nampak cam pelik jer. tengok orang lain pkai tak pulak. Hehe...

LyNn HaMzAh said...

entry panjang dan best...suka tgk...kak lynn buat lagi lasagna...kawan2 pejabat nak makan...heheheheh...

asna cute said...

owh hari nie kita terbalik... mood swing mcm tayar buruk kena campak masuk dlm api yg bara membara!

cinta sang ratu... said...

psst psst,ape rahsia anda??hehehe

MasZuber said...

dek,

baju putih yang awak pakai tue cam dah bole pakai masa tunang jea ;).

shanteQ.

Tomato Gurl's Life said...

bestnya ade kawan kamcing dari sekolah smpi skang..pastu semua ade blog..superb!!hihi..

cik fiza said...

wah2 dh timang2 anak jiha tu mcm x sabar jek.. mmg baby dia tu adorable sgt... aritu dia dtg buka puasa kt opis aku ngan husband dia pn aku asik dukung je baby dia :) comel kn..

Hairil Rizal said...

Huk Huk...tk dapat datang hari tu.
Sori sesangat... :(

BTW, baguss tuh progress dpt turun 2kg! Jgn demam lagi bila nk pegi jogging dahla yer....

:)

Poyaty said...

iera = aah, jubah tu. HEHE. ala, xde yg peliknya, bile da pakai ok punya. try la

k.lynn = wahhh, bagus2. tahniah. k.lynn da berjaya. hehe

asna = saba k sayang. Sume tu ujian Tuhan kan

adibah = kena bisik2 camtu. haha. xde rasie. kurangkan makan je

kak mas = alololo, dah sempat buruk sebelum tunang lah kak. hehe

cik tom = hehe, alhamdulillah ada kawan sejati

fizzie = comel gilos. kau satu office dgn hubby dia ek. huhu. wat a small world

warlord = demam takut dgn coach tu. hehe

cik fiza said...

tu la yati.. mmg x sangka satu opis ngan hubby dia.. mula2 aku x perasan padahal aku siap pi kenduri kawen dia...

iszieylyanziy said...

kAK!! baby tu comelllll