Friday, October 29, 2010

Ini Apa?

Ya Allah, hari ni hari emosi.
maafkan I yang takda angin tada ribut masakan pokok bergoyang. Eh, bukanlah. Takda angin segala macam tiba-tiba nak menangis air mata segala -Yours Truly-


Emosi secara tak bagi salam. Tiba-tiba saja jiwa rasa terganggu. Agaknya sebab menahan rasa selama beberapa hari. Hari ni tibalah masa dia nak meletus. Macam Gunung Merapi saja? (Al-Fatihah buat yang terkorban)

Sejak seminggu yang lepas, hilang rasa seronok nak ke sekolah. Macam takda rasa gigih atau semangat membakar diri ke apa. Pergi sekolah sebab saya fikir budak-budak nak periksa. Kalau aku tak datang secara saja-saja kasihan mereka. Padahal alasan saya amat kukuh untuk tak perlu ke sekolah tu ada.

Saya cuma rasa (perasaan sendiri atau saya terperasan lebih-lebih, biasalah perempuan) macam ada mata-mata yang tak berapa nak senang dengan haku. Saya adalah tipikal manusia yang ambil berat apa orang cakap atau fikir pasal diri ini. Memang orang selalu kata, lantaklah apa orang nak fikir, apa orang nak kata. Mulut orang bukan kita boleh tutup. Tapi, kepala ni tetap berdegil nak fikir apa salah aku kat dia ek??

Secara jujurnya, hari-hari saya datang lambat. Kalau boleh taknak terserempak sesiapa. nak terus masuk kelas dan mengajar. Nak jumpa murid-murid saja. Orang lain saya tak nak jumpa. Tapi, kalau itu sekolah bapa mungkin boleh saya halau semua guru keluar. Dengan makcik-makcik kantin sekali ku halau.

Sadly, tak boleh.

Perasaan adalah bersifat tak enak. Dulu kalau terserempak saya mesti dia (adalah perempuan) senyum, tegur-tegur ramah. Nak peluk tangan lah hape. Tapi sekarang, dingin (nyanyi lagu Ziana sekali kalau mahu. Help yourself). Bersama rakan seangkatan dia like semacam. Ehh, apsal neh? Ke aku yang terperasan lebih. I kan suka oversensitif. padahal tak kait dengan aku kot.

Bila meluahkan rasa pada seorang teman, dia kata hal anak lah Yaty. Jangan fikir bukan-bukan lah. Tak, I bukan suka nak fikir luar norma macam ni. Banyak lagi yang I boleh fikir tentang macam mana nak kurus tapi takyah penat-penat ke. Contoh lah. 


Tapi, kita boleh rasa kan kalau orang tak suka kita. Tapi, atas sebab apa tak suka kan haku yang gemuk dan pendek dan tak cantik dan muka selalu serebeh lepas solat dan bibir tak pernah pakai lipstick lepas solat pastu taknak senyum dan baju selalu kenyok tak iron. dan pakai tudung macam nak terjatuh kedepan dan pakai kasut nenek-nenek. Apa salah aku eh?

Sumpah, aku tak usik pun laki dia. 

Laki orang lain kot? TeeeeTTTT. Apa pula kaitan laki orang lain dengan dia pulak? Kau kenapa? Kalau tak suka simpan saja dalam hati. Takyah diiringi dengan jelingan dan muka masam kalah cuka segala. Aku terasa gila (bukan terasa sampai rasa gila. Gila tu membawa maksud sangat! Baca; aku terasa sangat!!! HOH? ini pun nak explen? Dah tuuuu)

Sebab aku tak tahu pun apa salah aku yang berkait dengan hidup mati kau.

Nasib baik sekolah tinggal 3 minggu je. Saya tak sabar nak cuti. Nak duduk rumah dan hati pun rasa senang sebab takda orang nak jeling-jeling aku ke apa. Sumpah. memang aku tertekan.

Sekolah dah tak seronok macam dulu. Harap, permohonan saya diluluskan. Kalau tak, another year in heLLah.

15 feedback:

BonekadalamChermin said...

SETUJU!!!

dekat part:
kita boleh rasa kalau org tak suka kita.

dan kita pun boleh rasa kalau org SUKA kita. 6th sense!

ramainye kwn2 emosi hari ni.

HARI EMOSI SEDUNIA.

'P

cheers!

Hairil Rizal said...

Saya simpati tapi dalam kes Yaty, tak tau apa puncanya kan?

Biarlah...berapa lama aje orang nak begitu? Lama lama nanti dia penat. Tak larat nak layan konfrontasi ciptaan tu.

Saya pun sebenarnya tgh ada problem di tempat kerja. Nak tau..try cari latest status saya kat FB.. Sedih!

Poyaty said...

kaannn. dan perasaan tu tak penah salah

hiro said...

Ujian-Nya..hehe

Poyaty said...

@ warlord = mmg Fb tempat meluah rasa. hehe. nnt sy cari

@ hiro = mungkin. penulisan awk buat saya ketawa :D

hiro said...

fuh..nsb baik..jgn smpai tertidur bc sudeh.haha

zaradgreat said...

huiiii.. tade roger ape2 salah terus bagi signal je....adoi. hampesh!

cik @!en said...

biasalah manusia.. ada je yang tak puas hati... sabar je la ek.. hehe


p/s : tak sbr nak cuti gak.. hehe

MasZuber said...

i pun emosi hari ini ;))

haih, esok nekad untuk fishing!

Gentleman Frog said...

Salam Yaty an All,

Biasanya org jadi begini sebab buat andaian sendiri, mainan perasaan, berpunca dari cubaan mentafsir kekusutan yang kabur puncanya.

Penyelesaian terbaik ialah confront, jumpa orang2 berkenaan dan dapatkan cerita sebenar. Kadang2 dorg tak ada apa2 pun, tetapi masalah lain yang menganggu dorg lalu mengberi kesan kepada org sekeliling mereka spt yaty.

Sama spt kita juga yg kdg kala dibebani masalah peribadi lalu bermuka masam dan tidak senyum kpd rakan sepejabat walhal kita mengelamun waktu itu, lantas rakan kita terasa, padahal cerita sebenar tidak ada kena mengena dgn rakan kita tadi.

Wallahu A'alam.

Nurulbadiah Lai said...

syg..
paling kuat naluri nurul..

sumpah dapat rasakan bila ade org xsuka kita..

just bersabar dear..tenang..tabah..
insyallah everything will goes smoothly..

org comel2 jgn emo2..jgn sedih2 okey..kalu sedih2 meg nurul tenangkan n hepykn u ..xmo la sahabat nurul sedih2 ye..

take care dear..

well im fine..thanks 4 asking

much love

nurulbadiah lai

Poyaty said...

@ hiro = of cos lah x tido

@ zara = tuh la. x fhm apa salahku

@ cik aien = yup. sabar utk 11 hari. pastu cutiiiii. hehe

@ kak mas = oh tabahnya nak g fisihing. lg la i tambah emo sbb x dpt ikan. haha

@ mr. frog = mungkin juga. sbb tu sy kata perasaan sy mgkn. Thanx ya

@ Nurul = OMG, u komen sini. HAHA. Thanx

yup, sabar lah yg i buat. BTW perasaan kite x penah salah. kalau x suka x pelah. saya bkn sesiapa pun. Thanx again :D

iszieylyanziy said...

hobi is menangis akak,,huhu,,caye x,,ngee

miss nina said...

orang kalau time suka kat kita, senyum manis bak gula
bila dah tak suka, muka mencuka

benci lah orang macam ni
(emosi sekejap)

Poyaty said...

is = hehe, caya saja sbb kite same. haha

nina = mmg kan. ape lah salah kite kat dia. tp, malas nk pk lah :P