Thursday, October 28, 2010

Hati Seorang Teacher - Buku Terbang

Garang sangat kah diri ini terhadap kanak-kanak?

Ye, di sekolah saya bukan guru yang selalu di hurung oleh murid macam gula kena hurung semut. Walau hakikatnya saya memang manis seperti gula, tapi itu dalaman sahaja. Riak wajah saya memang tak manis langsung. Sebab tu budak-budak takut nak hurung.

Tapi, kalau budak-budak yang dah biasa, mereka suka peluk cium saya. Budak perempuan maksud dia. Hadiah Hari Guru pun masih menggunung. Teehee

Saya tak suka, once kita ni berbaik-baik dengan mereka, mereka akan mula rasa tak heran dengan kita bila kita marah. Alaaa, Cikgu Yaty baik. Mereka ni memang pantang ada peluang cikgu jadi baik. Nanti mula lah buat perangai tak siap kerja sekolah, kita mengajar dia bersembang. Jadi, saya memilih untuk jadi cikgu yang tak nice. Biarlah tak kena hurung pun, biarlah tak dapat hadiah cikgu popular pun. Yang penting budak-budak tak kurang ajar dengan saya.

Minggu lepas, saya bagi kerja yang mudah sangat dengan pesanan ringkas dan tegas. Eceh, macam polis. SIAPKAN!!

Tapi, macam biasalah, ada beberapa orang ni yang dah rasa Cikgu-Yaty-tak-garang-aku-tak-heran dengan beraninya tak buat langsung.

Sebelum masuk kelas tu CIkgu Azhar dah sepak budak-budak tu sebab dia buat break dance dekat belakang kelas. Konon hebat nak buat kepala kat bawah kaki kat atas tu. Kalau patah leher, haku juga yang nak menjawab. Dan muka-muka itu jugak yang tak siap kerja.

Dengan penuh kekuatan super saiya, saya ambil buku-buku mereka yang tak siap lalu berterbangan lah keluar kelas. Kau keluar dari kelas aku sekarang, aku taknak tengok muka budak pemalas dalam kelas aku.

Semua terdiam dengan mulut ternganga. aaaaaaa

Saya tak pernah ber'aku' 'kau' dengan anak-anak murid. Even dengan kawan sekerja, sebab mostly mereka more older than me. Yang sebaya pun saya tak cakap aku kau.

Since that, saya masuk kelas je memang sunyi sepi. Tinggal lagi bunyi kipas je. Sampai ada sorang kakak lalu dan dia pelik apasal semua budak tekun je buat kerja. Tak keluar suara. Dia tanya, apa rahsia Yaty?

Jawapan dia Buku terbang kak. HAHA

P/s: Kalau ada ibu bapa yang rasa ini keterlaluan, cuba fikir sejenak. Seorang guru takkan marah murid dia tanpa sebab. Dia takkan marah kalau baru sekali tak siap kerja. Tapi dia akan naik angin bila dah sampai nak hujung tahun, sepanjang semak buku tu asik kena tulis siapkan, siapkan, siapkan. Jadi, ibu bapa jangan lah suka datang sekolah dan tak puas hati kenapa anak dia kena marah. Biarlah cikgu buat kerja cikgu. Ibu bapa kalau tak suka, boleh buatkan anak dia home-school. Ha, lepas tu tengoklah perangai anak sendiri. Patut di marah atau tak?

17 feedback:

eLL said...

hehe. biasala tu. cikgu dulu-dulu jaman kita sekolah pun macam tu gak sebab murid notty.

p/s : ngajar subjek pe T?

Amni said...

hoho... dulu amni penah jadi guru sandaran.. memang bukan fav budk-budak sesi pagi la.. tapi fav budak sesi petang.. sesi petang jaga kokurikulum.. haha... memang kena garang kadang2.. tapi jangan sampai takut bagi amni la... hehe... tapi amni ni, budak lagi beso dari amni.. buat muka garang pon, dorang tak heran...kadang cam geram je.. huhu...

btw, yati dah tengok video mirul? ni link dia..

http://mrsamirul.blogspot.com/2010/10/boleh-tengok-dan-dengar-tak.html

maybe nakd elete sebelum mirul marah.. lalalala...=P

LyNn HaMzAh said...

waduh...cikgu yaty dah mengamuk...x per yaty...biar diorang takut jadi ada rasa hormat sket...

HaNTwO said...

susahkan jadi cikgu....huhuhu kerjaya perguruan sgt2 mencabar nak2 plak pada zaman skrg ni....mak bapak kenala mainkan peranan pada anak2...ni x silap anak x nampak..bile cikgu rotan skit mula la nak melenting..padahal anak2 yang salah...zaman pokcik skolah dulu rotan ke ape ke xpernah mengadu kat mak ayah...kalo ngadu sah2 pokcik yang kena pukul balik...

Ain said...

I can feel u, Yaty~

Allah mmg bg cikgu ni kesabaran yg tggi. Dr Jan-Oct bersabar..dh cukup lama utk terus btolak ansur dgn mereka2 yg suka nk naikkn amarah kita.

Bila cara lembut tak jalan, cuba cara keras.

Somehow, that's how they learn.

Kalau lah mereka fhm dgn cara yg lembut sahaja.. kalaulah~

Hairil Rizal said...

Jadi cikgu mmg la kena garang yaty. Cikgu kita dulu dulu lagi garang dari tu kan tapi parents rilek aje. Takdenya nak backing kita!

Tahniah wahai cikgu yg berdedikasi!
..dan manis. Heheh

Anonymous said...

bukan home-school , tapi bg ayat power " bawalah anak encik ke sekolah lain yang lebih baik dan cikgunya tak garang sekiranya di sini cikgunya garang-garang belaka..." ...

gadisBunga said...

biar tak nice, asalkan keje kita senang. baik sgt nanti pasti ada yg nak ambik kesempatan...

AiDa AzRyN said...

Huhu~ cikgu ni garang ler~ :P

Jadi ckg mmg sgt mencabar~ Terpaksa berdepan dengan macam2 perangai pelajar kat situ~ hmmm~

Aida setuju,kalau jadi cikgu~ kena garang n tegas~ Memang xleh bagi muka sangat kat pelajar~~

Pn Syg kpd En. Beh said...

Pelik ngan mak bapak skang nih. Dolu2x parents diorang pon asik g serang cikgu2 kt sekolah gak k?

Tomato Gurl's Life said...

wah garangnye..hehe..
tp ciktom rs ok je cr yaty tue..
sbb bdk2 skang degil..
lgpun yaty terbangkan buku je bukan budak..haha

MasZuber said...

ha ha tak tau..cikgu yaty sudah marah...

teringat dulu penah kena 'cubit pusing' kat perut (naseb baik byk lemakk mase tue kat perut)dengan cikgu BM sebab tatabahasa salah...

sgt terkesan..adeh..

Cik Kentang said...

Wah..cikgu yaty ni garang rupanya. hehe..tapi saya sebenarnya cukup kagum ngan saper2 yang jadi cikgu sebab diorang semestinya seorg yang penyabar tak macam saya yang ajar adik buat kerja rumah pun asyik nak mrh2 and siap naik tangan and kaki segala. haha...

P/s: Dulu siap kena rotan and kena sebat sebab tak g xtra class and tak siapkan homework. Mak ayah langsung tak kisah. Siap cakap "padan muka!saper suh malas". Berbeza sgt ngan ibu bapa skrg semua benda pun nak komplen

NuRuLiZzATi kHaLiD said...

ohho akak,,macam mner dengan sy ni??bakal cikgu ni..hadoi!

Poyaty said...

@ ella = saya aja BM n PJK . hehe

@ amni = hehe, budak2 biaselah ade fav2 neh. hurmm da tgk da. thanx ye bg link skali. hehe. sedap suara KAMU

@k.lynn = bukan kite nak mrh2 sgt, tp perangai mereka lah tu :p

@Hantwo = mmg kannn. dulu takut nk ngadu sbb kena bantai balik. skang mrk di backing. tu yg naik lemak tuu

@ain - sgt betul. kalaulah kaannn. budak kecil ni nakal mcm tu lah ain. malas.

@ warlord = budak skang mengada lebih. hehe.

@anon = hehe, x terpikir lah. ok gak idea tu :p

@GB = mmg itu lah yg jadinya nnt :p

@ aida = tuh la, mmg kena garang2 je skang

@Pn Syg = tu lah x fhm. manjakan anak x bertempat taw

@ cik tom = terbangkan budak, kena saman lah kite nnt huhu

@ kak mas = hasilnya kak mas dah berjaya cam skang. hehe

@ cik kentang = tuh la, so bile da jd mak bapak nnt kite lek je. bia je anak kena mrh kalau nakal

lizziey = kena la harung sume tu. hehe. gudlak

AiTotYati said...

salam yati,

eh eh nama kite hampir samalah pulak. kerjaya pun sama (^_^)

salam kenal. Ai blogwalking jumpa blog awak.

buku terbang tu, kadang2 Ai pun buat. kena dan harus. sbb kdg2 mereka tak faham bahasa. mmg jenuh kalau asyik nk tulis, siapkan siapkan. last last, "siaplah kau"


hihiihih

Poyaty said...

salam kenal awak. hehe. mmg budak2 payah nak cakap