Friday, September 17, 2010

Fuh, Fuuh, Fuuuuhhh

Terima kasih sebab tolong sama buangkan habuk.

SELAMAT HARI RAYA KE- 8

Rasa sangat sesal dalam hati sebab walaupun blog berhabuk tak berhapdet, ada juga yang singgah ingat-ingatkan nak baca cerita baru. Tapi cerita basi jugaklah yang di hidangkan. Oleh itu

MAAF ZAHIR BATIN


Belum terlambatkan nak mintak maaf. Oh, nanti dalam sebulan raya ni akan update lambat-lambat pastu mintak maaf zahir batin banyak kali. Sebab sepanjang bulan raya hati kena suci maafkan orang saja hari-hari. Lepas raya nanti boleh lah sambung maki sebab tiada maaf bagimu lagi. Tengok, bulan raya pun bagi keizinan untuk kau merapu dalam semua perenggan sebab perenggan penutup boleh mintak maaf lagi. Ha, maafkan, maafkan. Hati kena suci sesuci lebaran. @#$%^&**^%$

Note: Semalam, saya cuba nak update tapi blogger macam haram sikit. Dia pun beraya juga kali tak bagi aku update

Raya saya macam raya lah. Tahun ni kurang seorang lagi ahli keluarga. Tapi takpa, sistem giliran yang bagi lebih manafaat dekat saya. Tahun ni Abang Gemuk raya sini, tahun depan Kakak Montel pulak raya sini. Jadi, takdalah haku terkontang-kanting seorang diri tanpa arah tujuan. Kalau saya kahwin tahun depan (KALAU) err, kita fikirkan tahun depan saja. Lebih manis begitu. Takyah berangan begitu jauh.

BAJU RAYA saya adalah recycle atau nama sedapnya REPEAT SHOWCASE. HAHAHA Hep, jangan gelak. Saya tahu saya miskin hina (tetiba je jadi miskin hina sebab takda baju baru) Kita kan kena besederhana. Jadinya, kami sekeluarga guna pakai semula baju waktu majlis kahwin kakak tempoh hari. Baju tu baru pakai sekali je pun (dan tak muat dah sekarang!! WTF)

Banyak lagi nak cerita pasal KASUT RAYA, BEG RAYA, RAMBUT RAYA. HAHAHA ada bajet lebih sikit dapatlah rambut raya 2 hari sebelum raya. Bagaimanakah rupa rambut raya? Biarlah rahsia. Future hubby je yang boleh tengok nanti. Eceh ceh ceh ceh lah kau.

Sudah, mahu berhenti disini. Saya bagi gambar pagi raya yang dapat di capture menggunakan tripod comel lote. Akan bersambung kelak

Oh Emak & Babah

Minta maaf dengan emak secara tulus dan ikhlas

Sambil cium sambil bisik "Bah, duit dah surut. Nak gaji lama lagi ni"
HAHA Pagi raya tak boleh marah

Adik Chaplin pulak mintak maaf
Tapi, mak sebok pandang kamera.
Maaflah adik, kau tak dimaafkan sangat oleh emak
HAHAHAA

Abang Gemok suami isteri pula bermaaf-maafan
Dekat tangan Kak Adah ialah duit raya kami
Yuuuhuuuu
Terima kasih daun keladi, I tak mahu kahwin lah macam ni (Ini pantun)
Nanti tak dapat duit raya dah (ok, pantun 3 kerat tak jadi)

Cubaan pertama
Saya nampak macam entiti sebab setting 2 sec

Cubaan kedua
Dah setting 10 sec tapi sebab excited nak lari masuk gamba, habis langgar semua tripod beralih dah setting dia.
HAHA lagik

Cubaan Ketiga
SUKSES SUKSES SUKSES
Kenapa orang belakang tetiba jadi African?
Mereka memang gelaplah
HAHAHA

8 feedback:

chentaMAYA said...

oren ea tahun ni?

Hairil Rizal said...

Tak puas hati... pipi apam tak close up!! Hahaha!

Pehal la yang hang kalut dgn setting dan tripod tu? Kakakaka!

.Anna. said...

Hey si gadis yang manis..! HEEE. santekk sedondon satu familyyy. ;)

Nurul Aima Hj Kaim said...

kitorang pun minta bantuan en. tripod..dan memerlukan mereka yg mempunyai kepantasan dan stamina yg cukup tinggi tau nak click camera dan berlari [kena lari takut tak sempat amik tmpt]pada masa yg sama :D

Tomato Gurl's Life said...

selamat hari raya...rindu giler kat yaty..muaah2..hehe...canteknye baju raya kaler peachh...

LyNn HaMzAh said...

apesal nampak chubby jer nie? hehehehehe...selamat hari raya yer yaty...maaf zahir n batin...

kopimacy said...

xpat tgk tenet teruk :((

kopimacy said...

xpat tgk tenet teruk :((