Wednesday, September 1, 2010

Chef Ty - Tart Swiss

Apa yang anda lakukan ketika Malaysia mensambut kemerdekaan ke-53?

Saya bermain sama gula dan tepung di dapurlah. Apa lagi. Seharian di dapur sampai terbaring-baring depan pintu tempat highway semut. Habis lah baju-baju sampai ke kepala semut jejak. "Kawan-kawan, ada Giant menghalang lalu lintas kita. Apa patut kita buat?" Rempuh saja lah Giant tersebut. Kata Ketua Semut

Ya, sebelum dapat resepi, anda akan dihidangkan dengan cerita semut terlebih dahulu. Did I mentioned bout that before? No?

Ok, Semalam saya buat kuih terpaling senang yet terpaling sedap (yang saya pernah buatlah). Mana tahu sedap? Sebab ada yang order. That's really tell. HEHE. Saya tak tahu anda panggil dia dengan nama apa. Saya mengenali dia dengan nama Tart Swiss. Bukan saja letak nama-kuih-taknak-kalah-sebenar-rasa-macam-batang-buruk-saja. Tak. Memang itulah nama dia dalam surat beranak pun.

BAHAN-BAHAN

1 ketul Buttercup
3 Oz Gula Icing
6 Oz Tepung Jagung
6 Oz Tepung Gandum
Jem perasa apa-apa kau suka
Sedikit bendera Switzerland

Senang kan? Senang kan? Sudah di bilang kalau ianya terpaling mudah, tapi rasanya Ughhh, hingga menjilat balang.

Cara-Cara Pembuatan

1. Masukkan mentega dan gula icing. Pukul pakai rotan. Hep, biasa tu. Main-mainkan hati pelajar semua. Ok. maaf. Pukul Butter dengan gula icing sehingga dia kembang.

 



2. Lepastu masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit-sedikit. Kemudian putar terus. Saya putar Halim. Putar ke pukul ke aku pun tak tahu dah term dia sebenar.


3. Bila dah nampak macam nak jadi seketul doh. Sambung uli pakai tangan pulak sampai dia padu.


4. Bila dah agak-agak sepadu penumbuk. Boleh ambil sedikit doh dan masukkan dalam alat bawah ni. Aku tak tahu apa nama dia.


5. Lepastu dah bole lah putar-putar dalam paper cup tu. Nak buat bulat ke, lonjong ke, pat segi ke ikut suka hati anda




HASILNYA

*drum roll please*

Sebelum hiasan

Lepas letak Jem Strawberry

Lepas kau rasa satisfied dengan hasilnya. Masuk dalam oven dan bakar sampai dia masak dan kekuningan. Kalau dah kehitaman just throw away and start all over again. Gagal sekali bukan bermakna gagal selama mana kau suka. (Setiap kali habis belajar kena di sertakan dengan peribahasa sebagai motivasi kan)


Selamat mencuba dan tahanlah godaan bau harum semerbak tu tatkala puasa


11 feedback:

ayuz said...

yaty, dgn bahan2 yg disenaraikan di atas, berapa biji tart yang boleh terhasil?hehe.nak amek resepi ni boleh ye?

Poyaty said...

sila lah ayuz. boleh dpt 100 biji plus2 klau buat comel2. hehe. slamat mencuba

Nor arinzA said...

I pun suka makan tart ni. memang terhangat!!Malas nak buat tahun ni sebab acuan dia dah patah tapi bila tgk ur picture, semangat tu datang balik...thanks!!

Hairil Rizal said...

Wah.. mmg betul2 la dia pegi buat kuih. Ingat main-main je.

Masa kecik2, Warlord suka makan ceri kat kuih mcm tu. Yang lain biar orang lain makan. Tak senonos betul perangai. Skrg ni dah siuman la..

wanie said...

nice! hehehe..kak, same lah kite punya mgkok tu..nk wt kuih raye bru feel kalo pkai mgkok tu..ikiki

LyNn HaMzAh said...

amboi chef ty buat kuih raya yer...bagus2...hantar sket kat johor leh x? hahahaha...

Tomato Gurl's Life said...

wah bestnye...tgk resipi cam budak je..nak try la buat jugak..huhu

iszieylyanziy said...

cam best je,,nak kuih raye :)

Gentleman Frog said...

Salam bro,

kwn2 ada giant kt depan kita jom membeli belah kat sana.

Ambil tempahan tak?

Poyaty said...

nor arinza = oh, awk pun suka. sedap kan? sila lah buat. BTW, blog awk private. x dpt jengah

abg warlord = hoh, igt org memain. x baik taw. siyes heh org buat kueh

wanie = kan kan. mangkuk antik terbaik. hehe

k.lynn = nnt yaty kirim pd dak yang. hehe

cik tom = try la buat. senang je

iszieylyanziy = hehe, sila lah ambil :D

frog = x amek lah dah. nex month lah kalau mahu rasa. hehe

atie said...

wahh.. dah buat kueh raye.. kita belum lagi..