Friday, September 3, 2010

Assistant Yang Seksii!!

Amboi, amboi, amboi (dengan jari kelingking berkait) laju betul klik. Pantang nampak seksi. Biasa tu dia. Puasa tak kamu. Saya tak bertanggungjawab atas kekurangan pahala puasa saudara-saudara dan saudara sekelian. Sign release form (tetiba)

Disebalik kejayaan saya menyiapkan 3 adunan Tart Swiss kelmarin, mestilah saya ada pembantu yang seksi lagi cerdik yang membantu saya menyiapkan kuih-muih yang berbalang-balang itu. Macam di sebalik kejayaan seorang lelaki ialah seorang wanita. Eceeh, ceh ceh

Tapi, siapakah gerangan yang seksi sungguh tu?

Jeng Je Jeng

Dari belakang pun dah seksi
See, assistant saya mepunyai tahap hygiene yang tip top.
Customer semua takyah risau *wink*

Ini anak jiran saya merangkap best friend serta teman sepergaduhan. Anda percaya tak yang saya pernah gaduh secara serius dengan beliau sampai tahap bila dia datang rumah, saya duduk dalam bilik saja diam-diam. For God Sake Yaty, she's just a 5-years-old-kid. I know T___T

Puncanya? Dia mahukan gula-gula saya yang masih banyak isinya. Boo Yaty sekarang, Boo dia secara berjemaah. BOOOOOOOO

(Gambar buat tatapan Dak Yang (A'ah panggil Abang Botak). Ini gadis kesayangan Dak Yang neh)

Nama: Siti Sarah
Nama manja gedik: A'ah
Umur: 5 Tahun
Cita-cita: Nak kurus!!!


Nampak tak betapa gigih nya dia nak mengasingkan paper cup tu.
Lepastu dia susun molek-molek atas dulang
Kalau tak gaduh, pipi inilah yang saya gomol-gomol.
Geram gila dengan pipi loyot Si A'ah neh
Sampai nganga-nganga sebab khusyuk sangat


Nampak tuh, dia yang keluarkan kuih panas-panas dari oven.
Gila apa? Mahu kena saman dengan mak ayah dia
Dah lah satu-satunya anak kesayangan mereka neh

A'ah bukan setakat jadi pembuka paper cup. Malahan, dia juga merangkap fotografer pada hari kelmarin. Comel sangat bila dia datang dapur (Lepas bergaduh dengan Babah di depan) "Buat apa tu? Nak ambik gambar tak?" Aku tergelak-gelak batak. Sikit punya comel ayat dia.

Tapi yang paling kelakar bila dia demand mana upah dia sebagai assistant. Dia mintak kuih yang dah siap-siap packing dalam balang. A'ah pun nak yang tiga tingkat.

Masa tu ada dua balang. Satu besar, satu kecil.

A'ah ambik lah yang kecik tu, bawak balik rumah.
(Sambil tangan ambil yang kecik, mata dia jeling dekat balang yang besar)

Saya dan emak dah tergelak-gelak. Dia mahu juga yang besar.

15 feedback:

asna cute said...

hahahahah nie klu My hubby bace nie mau dak A'ah nie kena sakat nti hahahah =D

mAsHiMaRo said...

ok..budak ini sangat comel..
i like!!!

iszieylyanziy said...

hahah..mmg la seksi,,,comel nye dak tu

wanie said...

ohhh ni lah pmbantu akak ye ari tu..kui3..gebu2 gituuuu...hahaha! akak pnh gadoh ngn die? ohhh tidak prcayaaaa T____T

Poyaty said...

hahahaha, kan hubby asna suka sgt sakat aah hari tu. siap bg hubby asna gegula lagi. haha

mashimaro = kannn, tombam

iszie = hekhek. budak xpe seksi kot :D

Gentleman Frog said...

pheeewittt

LyNn HaMzAh said...

hahahahaha...dgn budak kecik pun nak lawan gaduh...kelakar arr yaty nie...

syok ek buat kuih raya ada assistant...nanti nak kemas rumah a'ah datang tolong juga x?

Hairil Rizal said...

Yaa.. dia mau yang besar sbb badan dia tu mmg dah besar. Mana bleh amik balang kecik je.

Anyway, Warlord tau tajuk 'Assitant Seksi' tu adalah satu diversion yang berjaya.

:)

Misz Deanna said...

alololo comey nyeeee..

Poyaty said...

wanie = percaya lah. dgn budak kecik pon gaduh. haha

en. frog = bwh umo tu. jgn phewit lelebih

k.lynn = haha, name pon yaty. sesapa je dia bole gado

kemas umah x bole pggl a'ah ni. x siap keje

warlord = yess, i noe. hahaha. lelaki kannnn. a'ah tgh cuba nk kurus tu. hahaha

deanna = hehe. comel

Tomato Gurl's Life said...

hi yunk..so kiut la assisntant yaty..tulun gomol2 pipi utk cik tom sekali..ekekee..

maCy said...

sangat comel. campur telatah dia. makin comel ;D

cIk pEnNa said...

huyoo..sexy!hahaha

yg penting, rajin!
heheh
=)

hizzame said...

Ni sudah salah ni, guna kanak-kanak sebagai buruh, mesti report ke JBA ni hahaha..

Firol said...

umur sedang gitu ok lagi...tu kena bagi upah duit raya paling busuk pun rm10 hehhe