Tuesday, August 10, 2010

Pertemuan Terakhir

AWAS: Pensidaian gambar yang over banyak

Ye ye, sudah di remind banyak kali "Sepanjang Ramadhan I tak balik". Ok, takyah nak jadi perantauan sangatlah Yang, sampai tak balik sebulan. "Banyak kerja nak kena siapkan dalam bulan Ramadhan". Baiklah baik.

Jadinya, Khamis lepas beliau pulang secara mengejut. Opocot. Ha, macam tu lah. I dah mengamuk-ngamuk sebab tak call I langsung sepanjang malam. Tengah I mamai dalam angan dan sedar (?) Tiba-tiba beliau cakap, I kat rumah ni. Suprise!!! HOH? (terpinga-pinga) "Esok kita jumpa ye" (Ayat favourite sampai mati)

Terus, Ayam Penyet 1!!!! dalam mimpi malam tu.

Dah seminggu teringin makan ayam penyet dekat Wong Solo Seksyen 7 tu. Semua yang sudah pergi cakap, sedap!! sedap!! Pantang lah dengar makanan sedap!! sedap!! tapi tak dapat makan. So, dalam seminggu yang lalu memang asyik promote kan ayam penyet dekat Dak Yang. Jadinya, beliau bersetuju. Menu Jumaat, Ayam Penyet it is =D

Bapaku pulang dari kota
Bapaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
HEHE

Dah lama Kereta Kecil warna Merah ni tak jemput saya

Tapi (aik, ada tapi lagi?)

Kedai ayam penyet buka pukul 11.30 (gila lambat!!!) Kami sampai pukul 11. Ada setengah jam nak melopong sambil kebulur sebab perut dah menyanyi lagi Rock n Roll tahu.

Saya ajak Dak Yang pergi Jakel, jalan-jalan tengok baju. Beliau bosan. Benci sungguh kalau ajak lelaki pergi kedai kain, mesti tak pernah menggembirakan mereka walau sesaat. Cuba lelaki ajak kita pergi kedai spare part ke, kedai kereta ke. Kita senyum saja walau dalam hati #$%^&*^%$#

Cut it short

Ayam penyet WOng Solo boleh tahan rasa dia. Ayam dia kurus macam tak cukup vitamin. Saya mempilih ayam bakar. Memang enak, manis berkrim disukai ramai. Try lah pergi. Ayam penyet Dak Yang pedas. Kasihan. Makan sambil mengesat peluh.

 Baca menu macam nak telan
Lapar sangat

Jus Nanas

Kopi O Suam kurang manis
Tapi manis juga

Tengok ayam kurus
Heh, ayam pun tahu diet
HAHA

Makan-makan-makan
Sampai tinggal tulang
KEBULUR tahu
Aik, sayur pun makan?
Dak Yang paksa!!
T___T

Lepas acara makan-makan, acara ayuh pulang. Acara yang paling di benci dalam hati.



Adult pakai baju KIKO nampak comel sometimes
(try nak buat tanduk, tak jadi. Tangan tak sampai TSKTSK)

Adult dengan pipi chubby pun boleh nampak comel juga kan?
HAHA

Kalau take away untuk ibu bapa di rumah, dapat lah kotak ni

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
Puasa, jangan ponteng-ponteng!!!



6 feedback:

wanie said...

wow! kreta baru! weee^^ comel lahhhhh :)

bapaku pulang dr kota
bapaku belikan kereta
kereta kecil wrna merah
bolehku bawa ke sekolah

pon pon pon pon pon

kereta kcil ku brbunyi
marilah adik mari naik
boleh ku bwk jmpa nenek


sekian.
kikikikiki

LyNn HaMzAh said...

hehehe...
ayam dia kurus ek...
kak lynn pun suka giler makan nasi ayam penyet...
kat jb memang bayk kedai yg jual nasi ayam penyet nie...
yang paling best kat LC katering...
nyam nyam...

.Anna. said...

oh oh dah lama tak makan nasi ayam penyet. dulu masa belajar kalau dah musim ayam penyet tu, hari2 serbu! naseb baiklah kat taman u tu banyak restoran ayam penyet. heee.

oh oh, selamat berpuasa si chantek! :)

Tomato Gurl's Life said...

comel la u dear :)
wah pakwe pun cute pki bj kiko...
nice car jugak...i like :)
kak..order ayam penyet 1!!!

Poyaty said...

wanie = bukan, kereta bapa Dak Yang tu. SOBSOB. Tumpang keta uncle :D

k.lynn = adakah LC katering itu dkt U Mall? Kalau betul, saya pun sukaa. sedap. hehe

anna = hahaha, serbuuuu. I pun rindukan Taman U dan Awak si Chantek. hihi

cik tom = hihihi. comel, mintak ayam penyet sini tadak la. hehe

asna cute said...

selamat berpuasa kak yaty! =))

Wahhh kelas kete tue!!!! =) nk tumpggggg! hahah =D