Wednesday, August 4, 2010

Langgar Lari, Motorsikal dan Fobia

Apa yang anda akan rasa kalau dalam masa seminggu, 2 kali menjadi saksi utama kejadian langgar lari dan beberapa kali jadi tukang penyebuk drive slow sebab nak tengok eksiden tepi jalan.

Saya Fobia!!!!
Saya tertekan!!!
Saya takmo drive dah!!!
(ada sesiapa nak jadi driver saya for free?)

Ok, kalau takda, I have to naik bas sekolah lah macam niT__T

Date: 25 Julai 2010
Kes: Langgar Lari

Peristiwa: Bersama seorang adik Charlie Chaplin (tahu tak adik sengal saya buat misai charlie chaplin. Sangat menjengkelkan. Tapi tu bukan peristiwa utama dia) Kami pergi Jusco Bukit Tinggi. Traffic light merah tanda berhenti. Tapi, mungkin dia pemandu buta warna, dia jalan terus dengan lajunya. Kenderaan dari arah bertentangan dah mula jalan. Lagi-lagi motorsikal. Jadinya, gedegang lah. Apa lagi. Dia langgar tayar depan motorsikal.

Habis helmet yang di bawa (mungkin nak pergi jemput awek ke apa tah) pecah berterabur. Tayar depan dia bengkok. Selipar dia tanggal. Tapi, sebab dia shock barangkali, dia naik balik motor dan terus jalan. Tertinggal sebelah lagi selipar dia. Aik? Dia ingat dia cinderella ke apa nanti ada orang datang cari sapa punya selipar lagi sebelah ni pastu dapat kahwin puteri raja? Ok, iklan sekejap.

Nak tahu mana pergi Si Buta Warna yang bawa kereta laju macam hebat? Dia terus pecut tinggalkan Cinderella yang tergolek tinggal sebelah selipar tadi. JAHAT!!! Dalam hati I dah penuh makian dan cercaan untuk Si Buta Warna. Tahu lah dia satu hari nanti, aku jumpa. Aku kerjakan kau cukup-cukup! Eceh, emosi lebih ni. Sakit hati tahu

Date: 30 Julai 2010
Kes: Langgar Lari

Peristiwa: Kali ni dengan emak. Dari kampung nak balik Klang semula. Pekan Kapar jammed as usual. Kereta semua slow. Dah nak tiba dekat traffic light tu, suddenly I scream. Tak tahu motor tu dari mana tah tiba-tiba kereta tu langgar tayar depan. Dia goyang-goyang  tapi dia tak sengaja terpulas minyak kot, motor tu laju terus langgar divider.

Orang tu tercampak dekat tiang lampu dan berpusing-pusing 360 darjah

Kau bayangkan, macam badan dia lembut gila boleh berpusing dekat tiang lampu tu. Ngeri!! Orang tu terus tak bangun dah. Kaki dia je yang terkujat-kujat.

Muka saya dah pucat lesi tak berdarah. Kereta yang langgar tuh pecut terus tak berhenti. Even jalan jammed, dia cilok sana sini. Saya cuba nak jadi heroin, nak kejar kereta Wira kaler Biru 
(kau siap!, kalau dia mati tahulah nanti kau rasa haunted dengan bayang-bayang orang yang kau langgar tu)

Menjerit-jerit saya suruh emak catat no plat kereta si penjahat. Tapi tak dapat sebab dia laju. kalau lah belajar drift dulu, boleh agaknya tolong tangkap si penjahat (ok, iklan lagi)

Jadinya sekarang, saya sangat berhemah kalau ada motorsikal dekat-dekat dengan saya. Saya fobia. Tapi yang bawa motor ni pun suka tak sedar diri jalan tengah-tengah macam dia sorang bayar cukai jalan. Eh eh. HAHA. Kepada pembawa motor, hati-hati please. Saya kasihankan kamu-kamu semua.

6 feedback:

LyNn HaMzAh said...

uishhh...ngeri ngeri...x sanggup la tgk kes langgar lari nie...

●.anti.s3ptic.● said...

naek moto kdg2 sgt bhaye. sy tkot na naek moto :(

kesian yg kne lggr lari kt tiang lmpu tuh. :(

jahat driver wira kaler biru tuh!!!!

asna cute said...

klu betul salah kereta tue mmg kena hempuk jer dia dgn motosikal org yg dia langgar tue.

Tp klu salah motosikal.. xleh nak wat pe ar kan.

Rempit2 nie kekdang dia peduli ape pun kan.

Gentleman Frog said...

Salam,

Hahaha Mr Cinderella capik.

Poyaty said...

k.lynn = tuh la. fobia tau jdnya

antiseptic = mmg. kita doa dia susah hati. bai dia tahu

asna = tak, dia bukan rempit. tu sbb kesian. klau mat rempit padan kan saja muka dia

frog = hahaha, x baik tahu

zaradgreat said...

tau xpe. takotnye yaty.dulu masa kecik orang langgar dr blkg pun takut smpi skrg.