Friday, July 2, 2010

Tunggulah Aku, Di Jakartamu

Tempat labuhan
Semua mimpimu...
SO7

Date - 21-23 Mei 2010
Venue - Cengkareng - Mangga 2 - Tanah Abang

WARNIG; Pensidaian gambar yang melampaui batas. Kalau jelik gambar pertama, jangan scroll sampai bawah. Kalau scroll juga, maknanya tak jelik lah kan? HAHA Warning yang begitu manis sekali :)
LCCT, Sepang-21 Mei

Benci, benci, benci sebab bangun seawal 4 pagi sebab flight pukul 7 pagi lebih kurang. Oh, jalan nak, bangun taknak. Lain kali tinggal rumah sana tengok Benci Bilang Cinta (?) Perjalanan ambil masa saya almost 2 hours. Ambil lah ambil. Masa saya ada banyak lagi. Saya hanya dapat lelapkan mata lagi a few minute nak landing. Itu pun tersedar bila pramugari cantik manis kejutkan saya suruh buka tingkap sebab saya tidur kepala lentok dekat tingkap. HAHAHA. Feeling sangat tengok awan sampai tertidur.

Yayyy, sampai sudah. Eh, silap. Alhamdulillah, dah selamat mendarat dekat Soekarno Hatta International Airport, Cengkareng. Smooth landing. Good job Mr. Pilot sebab tak buat saya pening dan vomit. Bila turun saja anda akan rasa Eh, eh aku ambil flight pergi Langkawi ke tadi? sebab airport dia lebih kurang. Jauh panggang dari KLIA.

Tengok muka masing-masing macam nak telan orang sebab lapar plus tak cukup tidur. Dalam flight dapat makan nasi goreng dengan 2 cucuk sate. Uhh, nasi lemak habis. Nasib tak buat perangai, hentak-hentak kaki sambil merengek nak nasi lemak jugak, nak jugak. Kalau tak dapat saya turun sekarang!! HAHA.
Impian menjadi realiti. Dulu masa tengah layan movie Ada Apa Dengan Cinta & Eiffel I'm In Love kan dia ade scene dekat Bandara (airport). Teringin sangat nak pergi and tengok dengan mata sendiri tempat ni.Saya suka terpengaruh cerita. Finally, I was here. Tak jumpa Rangga pun!!! Tapi masa saya datang ni tengah heboh pasal wedding Dian Sastro. Semua chanel  TV dia pun siarkan cerita Dian kahwin. Err, kalau tak silap mereka ada berbelas chanel TV :)
Jalan macet (jammed)
We stay at La Grandeur Mangga 2

Cut it short;

  • From airport ke hotel ambil masa 30 minit lebih kurang.
  • Kiri kanan jalan sangat daif. Sangat. Banyak rumah setinggan should we call it
  • Tapi, kereta dia takda yang cikai-cikai. Semua main Kijang (Innova dan seangkatan) No Kancil. Mostly ramai pakai Toyota dan Honda Jazz
  • Fakta sedih; Vios digunakan sebagai teksi di sana. Owh, Shyang T____T
  • Jalan sangat jammed. To make it worst, kita siap boleh masuk lorong bertentangan.
  • Persekitaran kotor. Air sungai ke longkang dia hijau lumut. Pokok bunga semua layu. DBKL dia tak kerja kali. HAHA

Sampai hotel terlalu awal. So, kami pergi Mangga 2 untuk shopping. Ohh, sangat besar, sangat ramai, sangat rimas dan sangat sesat. HAHAHA. Kalau kau dah berkenan baju dekat satu tempat, lepastu kau kata nanti lah nak survey tempat lain dulu dengan niat will come back later kau akan totally rugi sebab kau takkan dapat jumpa punya tempat tadi. Like siyesly, unless kau memang mahir dengan Mangga 2.

Almost menangis sebab kaki terlalu penat tawaf Mangga 2. Dengan sesak ramai orang lagi. Takkan ada niat di hati nak buat 2nd round.

We are struggling for food. Sudah lah kau, bukan pergi London ke apa. Nope, memang lah dia negara Islam tapi macam mana kau nak tahu dia Islam ke bukan. Mereka kan muka serupa, tapi hati lain-lain. Belum tentu dia Islam atau tak. Jadi, ke HALAL an jadi isu kat sini. Kebersihan juga. Cara paling selamat makan di food court.

Tapi, belum selamat juga sebab memang tak sama dengan food court Mid Valley ke apa. Dia campur halal dan haram. Kan dah kata. Nak kena tanya setiap gerai halal tak? halal tak? Fed up juga. Terhasil lah gambar muka tension-tak-cukup-makan kat bawah ni. Gerai hujung sana tu menggunakan kepala babi dekat signboard dia. Nampak tak? Siap tulis FAVOURITE lagi. Eiiuuuwww.




Bila dah kenyang sikit. Sikit je. Kaki dah penat. Dapat bilik. Selamat jalan Romeo lah. Tidur tak ingat dunia. Waktu sembahyang pun lain. Kita awal 1 jam dari Indonesia. Pukul 4 pagi itu subuh. Zohor dan Asar tak ingat sebab Solat Jama'. Maghrib dia dalam pukul 6 lebih sebab pukul 7 itu sudah Isya'. Lebih kurang lah tu.

Kedai-kedai buka pukul 10 pagi tapi tetap juga tutup pukul 6 atau 7. Kalau pukul 8 tu, dah senyap sunyi. HAHAHA. Jalan lengang habis. Kau nak cari mineral kena pergi kedai 24 jam yang belum tentu jumpa.

Malam 1st dapat makan Nasi Padang. Gembira sakan. Makan puas-puas. Kalau minta air melon, dapat lah kau tembikai susu T___T





2nd day shopping di Tanah Abang. Ini memang heaven sebab kain lace untuk kahwin atau sesaja nak pakai memang murah. Like, Hoh? nak beli lapan helai. HAHAHA Tipu. Saya cuma dapat 3 pasang saja. Telekung, kain sulam. Memang semua dekat sini. Tapi awas, tolong ingat jalan masuk dan jangan sesekali langkah ke sebelah bangunan sana sebab kau takkan jumpa jalan pulang nanti. HAHAHA. Kami jalan dalam satu arah saja sebab peristiwa di Mangga 2 jadikan pengajaran.

Dekat sini bukan setakat kaki lenguh. Tangan pun boleh tercabut akibat memborong tak ingat dunia. HAHA. Kat sini boleh apply lah term Shop until u drop. Shp shop shop

Penat shopping, dapat makan best di malam hari. Uhhh, Heaven :) Di Pondok Sedap Malam. Sedap tak nama dia? HAHA. Inilah dia 1st time dapat makan proper selain dari breakfast kat hotel. Memang sedap banget. Cumi (sotong) bakar dia 2 thumbs up lah. Enakkkk. For the 1st time saya makan ikan kaloi. Yup, ikan yang emak Bawang Merah tu. Ha, kan dah cakap terpengaruh TV. HAHA.

Telur ketam masak black paper dia sangat lah marvelous. Kalau makan kat sini hari-hari pun takpa. Tapi, agak-agak lah kan. Ini macam restoran mahal lah  juga. Sebab yang makan kat sini pun Indonesia kaya saja. HIHI
Hari last, kami ke Ancol. Dia macam di Genting atau macam Sunway Lagoon juga kot. Tapi, dia lebih besar dan luas. Ada pantai sekali. Pantai kotor. Memang besar, kami tak turun pun. Round dalam kereta saja. Itu pun dikenakan bayaran kau tahu. Dekat sini lah baru nampak rumah orang-orang kaya macam dalam sinetron yang kita selalu tengok tu. HAHA. Memang bapak besar lah.
Bye-bye Jakarta. Sampai ketemu lagi :)

Maaf, saya rasa penulisan tak berkualiti. Entry ni bosan kan? Takpa, saya diburu masa. Petang ni ada Hari Terbuka. Len kali saya tulis elok-elok lagi :)

4 feedback:

wanie said...

auwww. beg pink. kih3..cumil2 :P kak, x jmpa ariel peterporn ke kak? hahaha..ngarut2 :P

asna cute said...

alamak.. lupe ari tue nk minta ole2 utk asna..

Kakkkk mane ole2 asna ek??

Poyaty said...

wanie = uikss, bhy jumpa ariel. japgi i pun ade dlm video dia. haha

asna = mana ek asna, mana? hahaha.

lydzar said...

bestnya melancong