Wednesday, July 7, 2010

Serabut Di Hari Anniversary

Perempuan neh takda mood nak berblog

Belum ada mood nak blogwalking juga

Nak menggoreng ayat pun takda hati

Blog ni straight, AWAS!! Jangan Bosan

Tak tahu sawan apa tah sibuk nak hantar borang jawapan terima lantikan dekat SPP cepat-cepat sangat, esok dah satu kerja nak ke Putrajaya kutip balik surat aku. Sebabnya, tak buat salinan langsung untuk simpanan sekolah.

Macam mana akak nak buat gaji? Kakak kerani tanya.

APA? GAJI? Jeng je jeng.

Aku cuba tahan surat dekat post ofis, tapi sayang sekali. Tak sayang 2 kali ah dekat abang posmen sebab dia kutip surat awal-awal. Apsal rajin terlebih? Sepatutnya abang posmen kutip surat pukul 2.30 petang tahu. Tadi, pukul 12 dia dah pergi kutip surat. Aku benci betul dengan posmen rajin.

Ingat nak menghayati lah konon hari ni genap setahun menjadi ibu guru. Bling bling aik, dah setahun dah. Sekejapnya. Rasanya hari tu baru merungut-rungut kena KISSM, BTN segala. Rupanya dah setahun dah meninggalkan Maktab.

But, Am not in the mood nak cerita pengalaman ke apa. Aku tengah meratapi betapa bongoknya diri ini sehingga menyusahkan diri ini juga. Bosan ah. Maaf, semua pun kena tempias mood busuk perempuan neh.

Eh, blogspot pun macam tengah problem juga. Comment hilang, tajuk tak update. Sengaja nak tambah sengsara pada mood pengguna blogspot. Blerghhhh!!

1st day mengajar after maktab

3 feedback:

asna cute said...

Waduh! waduh! gawat nie sehhhh. Xpe2 hope dapat tahan surat tue.
tp mcm ne kah? uhuks. Nanti share info mcm ne nk than surat ek.. =))

cheer up! cheer up! xbaik monyok2 nak kawin dh nie hehehe ;D

Norhidayah Rasin said...

posmen tu pn bru sah jawatan kot...tu yg rajin kutip surat awal tu..

Poyaty said...

asna = haha, nk thn surat, call saje post ofis soh keluakan surat kite. senang. haha

dayah = tuh la. menciii. haha