Monday, July 19, 2010

Please lah Mother

Entry untuk mother-mother yang ada anak bawah 13 tahun. Bakal mother pun boleh juga. Ada niat nak jadi mother pun boleh tumpang baca.

Saya nak marah sebenarnya (eh eh, suka hati saja nak marah emak-emak)

Bukan nak marah takda hala tuju. Tapi more as teguran.

Ini berlaku waktu saya pergi mentengok ECLIPSE Sabtu lepas. Yup, my 2nd time. ECLIPSE terbaik I rasa. Ok, kita bukan nak cerita pasal kenapa Edward semakin hotter day by day. Bukan. Bukan nak cerita kenapa lah Jacob semakin tough body ketul-ketul macam kuih bangkit ke apa. Bukan ye.

Saya nak tegur attitude ibu-ibu yang bawa anak dia pergi tengok Eclipse. Kalau anak-anak sudah muda remaja semacam saya tak mengapa nak bawak pergi tengok Eclipse. In fact, Ibu-ibu takyah bawak pun, anak-anak boleh pergi sendiri. Tapi, bila budak lelaki kecik lagi di bawa tengok cerita sedemikian, sangat-sangat tak sesuai.

Dah dua kali saya lihat. 1st masa New Moon dulu. Mungkin emak dia pun peminat fanatic Edward ke siapa-siapa tah dekat Twilight tu, di bawak anak perempuan dia sama. Dalam umur 4, 5 tahun. Bila part-part kissing kan (emak dia syok habis lah kot) anak dia pulak menjerit dalam wayang EIIIIIIIIIIIII!!!! Tengok, anak dia pun rasa geli tengok. Emak buat tak faham pulak. Semua orang dalam cinema tuh toleh. Mujur gelap, kalau tak, nampak kot ada orang mencebik geram dengan kebodohan emak. (aku lah tu)

Waktu Eclipse neh lagi la, anak dia buat bising. Duduk belakang sekali. Lari sana-sini buat macam kat rumah sendiri. Lepastu, kaki dia tendang-tengdang kerusi aku. Cess, sekali toleh dia stop. Lepastu buat lagi. Sakit hati sungguh. Dah lah kat kepala aku. Ikut naluri cikgu memang nak snap kaki dia kasi patah. Ehh, silap. Snap kepala emak dia dulu sebab tak fikir bawak anak tengok cerita macam tu. Bila tiba part Muah muah tu, dia suruh anak dia tutup mata. WTH

Sebab macam ni lah, makin banyak gejala sosial. Eceh. Mungkin ini salah satu penyumbangnya. Kecik-kecik dah disogok dengan cerita tak sesuai umur. Esok besar bila dia practise, hah, baru emak nak nganga?

Yang jaga tiket tu pun, check lah betul-betul. Kalau dah PG13. Maknanya budak-budak bawah dari umur tu mana boleh tengok lah. 

So, mother-mother sekelian. Please lah. Pergi tengok Zoo sana.

8 feedback:

: MOI : said...

btol T, aku sokong!!
time aku p tgk ari tuh pon, ade gak mak2 bapak2 yg cenggini..ape die tatau ke ade hall yg tayang citer Despicable Me..
P bawak anak tgk katunlaaaa!!!

K I E R A said...

Haha, memang tk bleh blaa gile en makcik-makcik tu.
Laen kali u sound jea diorang.
Takpun ajak bdk tu dok atas pangku u.
Cnfirm diam. HAHA
;)

Kujie said...

betul betul Kak Jie sokong
ada anak 11 thn..asik tgok movie kanak-kanak saja...huwaa..terpaksa

nak buat mcm mana, anak tu nak tinggal dgn sapa?

semlm nak tgok Eclipse tapi kena tengok Despicable Me...walaupun Eclipse tu 13PG tapi mesti ada aksi yang tak sepatutnya didedahkan utk anak gadisku.

LyNn HaMzAh said...

kak lynn tgk eclipse pada hari pertama citer tu keluar...hehehehe...sanggup amek cuti tau semata2 nak tengok edward, bella dan jacob...love them so much...

erm...betul la kata yaty...kalau nak bising2 bawa anak gie tengok citer zoo la...anak2 pun sure happy kan...

hazman aka species1980 said...

Bile budak2 buat bising memang buat hangin satu badan je bile tengok movie....

wanie said...

mak: marilah anak2 smua..cikgu yati suruh mak bwk kamu smua p tgk cite zoo

anak2: alaaa makk..nk tgk diorg cium2..uwaaaa :'(


ekekekekekekekkekeke :P

Nurul Aima Hj Kaim said...

saya setuju...kalau ikut parent saya...dah besar panjang baru dpt tengok wayang T__T

Poyaty said...

SEMUA SETUJU DENGAN SAYA KAN :)