Tuesday, July 6, 2010

Peniaga Cantik

 HOH? nenek I lagi cantik
:)

Konon tadi nak bagi title gempak. Tapi, bosan ah fikir title lama sangat, Bagi saja title simple. Bukannya ada contest Title paling canggih. Nah, saya bagi idea, siapa yang selalu buat contest tu anjurkanlah, boleh saya tumpang se-entry :)

Wah, lately neh sangat giat menjana pendapatan nampaknya. Ada apakah? Baru semalam mentubuhkan Tabung Kahwin, hari ni sudah tukar status jadi peniaga pula. Macam dah nak kahwin sangat nampaknya? Oit, Oit kan dah pesan, jangan tanya banyak-banyak hal perkahwinan, nanti dada berat nak fikir (aik, dadaku pandai berfikir?) Lebih baik anda memberi moral support seperti, Go Yaty Go atau Pergi, Yaty Pergi. HOH?

Saya menjadi peniaga atas permintaan. Aku nampak muka kau boleh jadi peniaga berjaya, pergilah jadi peniaga. So, tadaa, peniaga lah saya sekarang. Kalau esok ada orang tegur  Muka kau boleh bedah oranglah esok juga aku jadi surgeon. Apakah?!!!

Saya peniaga kuih raya sekarang. Ye, saya tahu, Rejab pun belum habis, kenapa kau sudah menjual kuih? Sebab saya suka. Ikut mood. Bulan puasa nanti nak banyakkan ibadah (artis, tumpang lalu) Lagipun, kalau bulan puasa bagi sample, macam mana mereka nak rasa. Jap gi ada yang bagi alasan nak buka sebab nak rasa sample, kan dah. Apa nak ku jawab di akhirat kelak? Jadinya, better late than never. Eh, apa kau neh?

Antara barang-barang dagangan
Siap dengan pamplet untuk kesenangan bersama :)

Siang tadi sibuk packing untuk sample kuih raya bagi kawan-kawan sekolah rasa. Siap ada form order lagi. HAHA, skema!!! mereka gelakkan ramai-ramai. Cess!!! Menggunakan kelebihan mulut banyak neh untuk menggamit customer. Teehee. Orang yang aku jarang tegur pun aku jerit juga suruh datang rasa. Bijak, bijak (minum susu pergi!)



Untuk ahli meja, saya sudah mempaksa mereka beli. Siapa tak beli, jangan duduk dekat-dekat. Kakak-kakak tuh tensen dapat ahli meja semacam neh. Rasa macam nak bagi tendangan percuma. TSKTSK

Bila mereka tanya, Yaty ke yang buat ni?

Ha lah, saya dah mula uli dari sekarang *penuh kepalsuan*

Uhhh, takutnya nak makan  T___T

Jahat tak? Tahulah saya belum flying colours dalam membezakan pulut dan beras (oh, insiden yang mereka sengaja taknak lupakan T___T) tapi saya boleh buat kuih tahu.

Trust me!

Excited dapat makan ayam
Masa Hari Terbuka Jumaat lepas
Kebulur tahu selepas membebel almost 3 hours non-stop!!

8 feedback:

Hapiz Rahman said...

hohoho.. biasa la.. betul juge kata ko, kalau da masuk bulan ramadhan nanti sapa yang nak rasa kan?

:P

zaradgreat said...

hehehhe
baguih2
side income
:)

ezzy said...

selamat berniaga sohabat..!

Nurul Aima Hj Kaim said...

yeh..pasni dapat duit raya pulak :)

fiD said...

wah! dah stat ye...

Poyaty said...

hapiz = tuh la kan. bg rase skang kenyang2. teehee

zara = hakhak, tetbe rs nk side income kan. sbb income dah makin cetek

ezzy = thanx darls

kak nurul = yayyyy, duit raya. haha

fid = da start da. haha

.Anna. said...

wowiee bagusnya cik yaty kite..! bisnes kuih raya banyak untung tu..! suka almond london! yum yumm! XD

Norazam 8477 said...

Dapat cium ni sedap ni