Monday, July 5, 2010

Kempen Jom Gemuk Macam Saya

Itu tajuk entry akibat terlebih makan for weekend neh. I benci weekend. Benci sebab akan makan macam tiada hari esok. Eh, esok tak dapat dah makan ikan masak tempoyak emak neh. Makan. Eh, esok tak dapat dah makan maggie goreng emak petang-petang macam neh. Makan lagi. Eh, esok tak dapat breakfast nasi kerabu yang adik beli neh. Makan terus.

Bila berat kau dah mencecah 61kg.  (Yes, I am over 60kg right now. Zon bahaya) Mula lah bising marahkan emak sebab masak sedap-sedap. Marahkan adik sebab sapa suruh dia beli sarapan? Marahkan Dak Yang sebab sekarang nick name I Si Gemuk atau lebih manja MOK. Aik, tak memasal Dak Yang terbabit sama. Memang dia tu.

Solution? I mula berpuasa sunat esok. Puasa Sunat mind you. Puasa ganti dah beres tahun lepas lagi. Tak, tak. Bukan nak riak. Kalau emak tak paksa I puasa sunat 6 tahun lepas, (no, not 6 years ago lah, puasa 6, tahun lepas. Ok, much better) mungkin I pun tengah terkedek-kedek nak ganti puasa jugak lah ni. Jadi, terima kasih dekat emak sebab selalu jadi contoh yang baik. Eh eh, memanglah. Engkau saja yang tak berapa nak baik T__T

Sabtu & Ahad sibuk mengunjungi orang kahwin, jadi tak sempat nak mengunjungi blog kawan-kawan. Kalau anda kahwin dekat blog, Insyaallah saya kunjungi. 1 hari bersamaan 2 rumah. 2 hari bersamaan? (segmen mari mengira, sapa menang dapat nasi minyak sepinggan) Pastu tolong calculate kalori untuk nasi minyak sepinggan,berapa? Tolong darab dengan 4 pinggan. Tolong. Tapi, tolong bagitau jawapan dia are you nuts? Jawapan dia sama macam kau makan untuk sebulan. TOLONG!!!!

Selain dari sibuk mentengok orang kahwin sana sini, saya juga sedang sibuk fighting. Yes, fight for your right (?) Tahukah anda, saya gamers tegar. (Eceh, pandai. Jap gi ada orang ajak lawan X-Box tangis tak berlagulah). Tak, tak. Saya tegar untuk game tertentu saja. Dan saya takda X-Box pun , X-Box Slim apatah lagi T___T Saya sedang berjuang dalam Deadrising for Wii (weehuuu). Sekarang perjuangan terhenti sebab CD Wii tu rosak. Benceee, dah semangat habis dah nak berlawan dengan semua Zombie. Tiba-tiba je CD cannot read, read Wii manual. Eh eh, dia takleh nak baca CD, pastu suruh orang pergi baca manual pulak. 

Sudah kau. Esok akan ke SA Mall tukar CD lain. 

Sesekali emak temankan juga saya dekat Pusat Game tu (adik ubahsuai bilik jadi pusat game). Lepastu emak kata, kenapalah kau main pancung-pancung orang neh. Darah sana sini. HAHA. Adik pun takut nak main game tersebut. Perghh, kira aku tabah hati juga lah main game ganas macam tu. Aku excited lebih sebab nak tahu ending dia saja. Lepas neh, boleh sambung Deadrising 2 pula.

Haah, tiba-tiba saja ajak cerita pasal Deadrising. HAHA. Pasti anda rasa bosan gila ah dia neh. Baiklah, taknak bosan. Jom tidur :)

5 feedback:

Hapiz Rahman said...

Puasa memang satu bentuk cara nak kurangkan berat badan.. tapi jangan plak melantak tak hengat masa berbuka.. :)

Poyaty said...

hahaha, tuh la pasal. saya buka minum air suam je. ecehhh, satu bentuk penipuan :)

LyNn HaMzAh said...

kak lynn pun puasa juga hari nie...tp kak lynn puasa ganti...berat tak usah ckp la...memang tension la kalau tahu kg sebenar skrg nie...

Norhidayah Rasin said...

ske bce blog ni..klaka...hehe.Nice..

Poyaty said...

kak lynn = hahaha, kak lynn xpe kot da jd ibu, bentuk bdn lain. ni anak dara ni apa kes la jd mokmok. haha

dayah = thanx ye, hihi :)