Friday, July 23, 2010

Bersama Chef Ty - Lasagna

sNahh, siapa yang mentulis blog berani mati neh. Sebab dia berani bagi resepi yang taknak kalah. Trust me. Saya berani bagi sebab dah cuba dan ternyata berkesan. Eh, ini iklan FAB. Ternyata sedap.

Credit to My Luvly Kezen Dr. Azrina. After a few days berkampung dekat rumah beliau, yang sangat rajin memasak walaupun beliau bakal sibuk kelak (dan bakal berkahwin next year)

Mula-mula, takda niat di hati pun nak cuba (Eh, ni belum masuk cara-cara membuat. Belum) Tapi, atas desakan dan permintaan keluarga (lepas mereka rasa Lasagna yang saya bawa balik) saya pun pergi mintak resepi.

Bila boleh kami dapat resepi dia Chef Ty? Dari tadi scrooling, takda nampak apa resepi pun? Muak dah dengan intro yang kami tak berapa nak kisah tu

Ok, sekarang! Pergi ambil pen sekarang


INTI
  • Daging Cincang
  • Ayam Cincang
  • Tulang Cincang
  • Prego Traditional
  • Cendawan Butang
  • Tomato puree
  • Cili giling
CARA-CARA

Panaskan minyak. Tumis cili

Cili dah masak, baru masukkan daging cincang cap Ramly tadi.
Kalau cili tak masak, kau sakit perut kelak.
Eh, bukan pantun kelakar. Serius

Bila nampak daging dah hancur habis bergaul dengan cili.
Tuangkan sos Prego (yang tu botol kecil)
Pastu tutup biar daging well cooked

Masukkan tomato puree dengan tin-tin sekali
Jangan!
Masukkan 2 sudu saja. Nanti masam terlebih

Last sekali masukkan cendawan butang yang dah potong nipis-nipis. Jangan biar dia seketul-seketul. Malu sikit, jadi perempuan tak boleh malas potong cendawan.

Ok, pergi minum air jap. Resepi panjang lagi neh.

SOS PUTIH

  • 60 g Butter
  • 40 g Tepung Gandum
  • 560 ml Susu Segar
  • Secubit Nutmeg
  • Garam
  • Pepper
  • Gula
CARA-CARA

WARNING: Api kecil saja sepanjang membuat sos putih. If not, dia turn jadi sos hitam (hangit)

1. Cairkan butter dalam kuali
2. Dah fully cair, masukkan je tepung dan kacau pelan-pelan. Supaya tak jadi ketul-ketul
3. Pastikan tepung dan butter dan bergabung dalam erti kata sebenar. Angkat dia ketepi
4. Masukkan susu segar tadi perlahan-lahan sambil kacau (kalau pakai susu HL, nescaya sos anda wangi dan harum)
5. Letak semula atas api dan kacau perlahan-lahan
6. Masukkan secubit je Nutmeg (serbuk buah pala). Kalau over nanti rasa pelik
7. Kacau sampai jadi pekat. Sambil tu tambah lah garam, pepper dan gula sampai rasa dia memuaskan hati. Ikut selera sendiri. Kau suka masin, kau letak garam macam Aziz Satar buat dalam Bujang Lapok tu.

Pheww. Tarik Nafas
-
-
-
-
Kulit Lasagna

Jangan cari tempat frozen
Nanti anda jumpa yang ready to cock

Rebus kulit Lasagna tadi bagi lembut
CARA-CARA SEMUA SEKALI

Susun kulit Lasagna yang dah lembut tadi dalam bekas pilihan anda.
AWAS!! Jangan susun bertindih. Nanti dia tebal. Susun sebelah-sebelah macam kawan baik tu (?)

Letak inti daging tadi selapis. Ratakan sampai kulit lasagna hilang dari pandangan.
Lapis pulak dengan sos putih. Ratakan sampai daging ahncur hilang dari pandangan juga

Letak tomato hiris.
Tabur kan dengan MOZARELLA cheese ikut suka nak berapa banyak.

Susun semula kulit Lasagna tadi untuk lapisan seterusnya. Ulang-ulang lah cara kat atas sampai berapa lapis kau suka.

Lapis atas sekali takyah letak kulit Lasagna dah.

Letak hirisan tomato.
Tabur Mozarella
Tabur PARMESAN

Ready to bake
Suhu = 190 darjah
Masa = 45 minit atau sampai masak

Hasil

Warning: Jangan potong waktu panas, sebab dia masih lembik.
Kalau nak makan juga, kena pakai sudu.

Macam gangstar bagi resepi. Asyik nak warning orang saja. Cara dia sangat complicated. Nanti kalau tersalah, I juga yang di salahkan.

1st trial I tak berapa jadi (gambar di atas). Rasa pun kurang enak. Semalam, buat untuk kali ke-2 untuk Kakak-kakak di sekolah itu, barulah dapat pujian menggunung. Better. Hari Ahad ni, Emak suruh buat lagi sebab semua adik beradik pulang. Oh, gembira

Ini bukan makanan kesihatan, mind you. Ini makanan untuk orang yang nak gain weight dan orang yang tak sedar-sedar dia sudah overweight
SELAMAT MENCUBA

10 feedback:

wanie said...

yay! kumen kumen kumen! ekekekeke :P

ooo mcm ni ye lasagna kat pizza hut diorg wt ea..baru tahuu..

makkkk! jom kite buat lasagna! gemokk pun gemokklahhh..hehehe~

asna cute said...

Owhhhh kaaaaakkkkkkkk cantiiiikkkkk! sedapppp woooO! malas nak masak. nk yg dah ready made boleh? hahahah +D

a.z.r.i.n.a.03.07 said...

Salam.

nampak senang.
boleh cuba nanti.

diraja22 said...

ooi.. sedapnya..

Nurul Aima Hj Kaim said...

nak cuba nak cuba try test resepi ini...tunggu!!

LyNn HaMzAh said...

wahhh...nak try arr resepi nie...kak lynn dah lama tunggu resepi nie...teragak nak buat tapi x pandai...huhuhu...nie dah ada resepi dgn gmbr sekali boleh la kak lynn cuba...

akuvision said...

huhuhu... nak buat juga nanti, bookamark blog kamu

Poyaty said...

wanie = sila lah buat dgn mak. result gtau ye sdp ke tak

asna = hep, tolong jgn mls ye isteri org

azrina = oh, mmg senang. cuba la

diraja = sedappp =)

kak nurul = sila cuba =)

k.lynn = cuba la k.lynn. senang je

akuvision = oh sila. tq =)

nas said...

wahh..looks delicious..xpernah makan la..tapi nas da beli prego..hahahhahaa

pst-thx singgah ke pro5 gengblogger



jom bace entri terbaru nas klik:

tips-jagalah gigi kita

ila-ali said...

terliuq tengok lasagna ni.Mmg my fav la..thanks for sharing. Boleh buat masa bulan posa / hr raya nantikan!