Sunday, June 27, 2010

Rajin Tiba-Tiba

Selalu saya malas. Cukup malas walau untuk bangun awal pada hari Ahad. Macam mata dah buka, tapi bila ingat Oh, Ahad?! Pejam balik. Pejam. Rugi buka mata awal-awal hari Ahad. HAHAHA. Kalau mata dah taknak pejam pun, saya pejam-pejam kan juga. Hep, jangan degil!!!

Hari ini mata saya terbuka awal. Kira awal lah bagi saya. Lepastu dah siap planning, untuk sehari. lepas mandi kemas bilik, pasang balik sarung bantal, Basuh semua baju dan tudung-tudung. Bila dah siap, nak gosok baju pulak. Dah terbayang dah saya lakukan semua planning saya hari ni. Tapi, sayang sejuta kali sayang. Semua planning masih kukuh dalam kepala. Terbayang je lah yang saya dah basuh baju, siap gosok baju semua. Anda pun bayangkan sama ya. Padahal, satu baju pun saya takda sentuh. Eh, kan dah kata tadi, selalu saya malas. Rupanya rajin membayang je. Apa punya rajin tah

Teringat lagi (hari ni nak main mental picture je) Dokumentasi Sukan belum siap. Soalan untuk Ujian Topikal pun belum siap. Dokumentasi Perkhemahan dah nak kena buat. Still, teringat saja. Terbuat belum tentu. Dalam pukul 3 lebih kurang, saya cuba juga gerakkan diri yang semakin malas dan bertambah berat neh untuk buat kerja. Kita mulakan dengan soalan Ujian dulu. 10 soalan siap *yawn*. Masuk nombor soalan yang ke 20 *yawn*yawn*yawn*yawn*. Tolak lappy tepi sikit. zzzzZZZZzzzz

Esok pagi harus juga siapkan soalan tu sebab 7 Julai dah mula ujian. Nak hantar rezo lagi. Bukan main lambat dia nak siapkan. Kang aku mula la nak jadi mak tiri bila benda tak siap. Muncung sangkut baju semua keluar nanti. Orang lain gak yang tensen. Baiklah. Nak berhentikan entry ni secara tiba-tiba jugak.

3 feedback:

cikcloudy said...

all the best... hehe.. think positive yerr

Fay Nana (Cik Fana) said...

good luck enyiapkan tugasan. :D

Poyaty said...

hehehe. oke :)