Sunday, June 6, 2010

Protes

Hari ini penat. Sumpah penat. Kaki tak larat nak jalan lagi. Perut lagi tak larat terima makanan. Tapi, bukan nak cerita pasal perut dan kaki. Nak cerita pasal hati. Aikkkk?

Hati macam sedih sebab seminggu yang lalu sampai sekarang neh (tambah esok juga) memang sibuk. Sibuk tak main-main. Sibuk tahap dewa, sibuk tahap tak ingat, sibuk tahap 2. HAHAHA Tak kelakar.

Yang buat tambah sedih, Dak Yang. Saya rasa, saya kehilangan beliau. Sebab beliau lagi lah sibuk dari saya sejak berbulan-bulan yang lalu. Tapi, yang buat saya sedih, kenapa macam saya kehilangan beliau. Kenapa rasa macam nak call pun susah, nak mesej lagi lah. Kadang-kadang henpon macam takda fungsi. Kadang-kadang macam, eh eh aku ada henpon? Tapi, macam tak logik sangat kan? Ok lah, kita stick pada yang mula-mula tadi.

Kenapa hati rasa macam jauh sangat neh? Adakah sebab jeng je jeng? Tapi, tak mungkin lah. Tak mungkin. Bila orang datang tanya, adiknya bila, adiknya bila? Saya macam tak excited nak jawab. Kadang-kadang tahap jawapan sampai "entahlah, tak tahu nak kahwin dengan siapa"

Sedih sangat hati ni. Sumpah sedih. Anda dah kesat air mata ke belum? Saya dah kesat hingus. Sepatutnya saya tidur waktu sekarang, tapi naaahhh, mata membulat lagi. Saya tak tahu apa Dak Yang buat, saya tak tahu beliau kat mana dan saya tak dengar khabar berita dari beliau pun. Nak tanya banyak kali, nanti kena marah. TSKTSK

Sekian *lap air hidung*

1 feedback:

cIk pEnNa said...

ermm..dak yang tuh yr sis ke?