Saturday, June 19, 2010

Mandi Air di Bukit Gambang Water Park


Cuti sekolah kali ni dapat mandi dekat Bukit Gambang Water Park. Yessss!! Bukan anak murid je yang nak bersuka ria cuti-cuti sekolah, bagi chance lah dekat cikgu suka-suka jugak. Ingat Cikgu takda teruja ke bila dapat masuk dalam air ha? Ingat cikgu tak gembira ke dapat main gelungsur? Wee, wee, wee. Ingat cikgu tak release tension ke bila dapat jerit-jerit masa pelampung macam nak terbalik sebab berat sebelah? Cikgu pun manusia juga macam anak murid. HAHAHA.

Cikgu pun jadi mabuk laut bila main ombak buatan dekat pantai buatan tu. Sumpah mabuk. Uwekk T__T

Dah lah cikgu. Tadi nak sangat bersuka ria, apsal mabuk-mabuk pulak? Tak adventure sungguh.

Kesimpulan daripada lawatan ke seluruh Taman Tema Air neh, saya rasa Bukit Gambang so much better than Bukit Merah Lake Town Resort. Bukit Merah tah pape. Nak main satu permainan kena pakai seluar pendek. Lepastu ada yang kena buka baju pulak tu (?) Permainan pun tak banyak. Sungguh Bleeerghhh

Macam dekat Bukit Gambang, semua kita boleh harung. Kau pakai seluar pendek, panjang, pakai long sleeve, semua boleh. Cuma kau tak boleh la gedik-gedik pulang dari kenduri berkebaya ayu, nampak air terus excited ke apa lompat masuk kolam. Memang kena PRITTT!! PRITTT!!! lah dengan life saver ala-ala Baywatch tu.

Dekat Bukit Gambang cashless. Maksud dia semua free? HOHOHO, kau ada share dengan Bukit Gambang ke nak dapat free? Maksud dia, semua duit kau akan di masukkan kat band wrist tu. So, nak beli apa-apa semua kau tunjuk je wrist kau yang banyak duit tu. HIHIHI, nanti dia akan scan and deduct dari sana okeh. Takyah nak berlagak tayang note 100 ke apa sebab sumpah tak layan.

Hurmm, walaupun permainan dia tak sebanyak macam dekat Sunway Lagoon, tapi ok lah dengan harga masuk dia yang cuma RM19.90 untuk dewasa. Kanak-kanak tak tahu pulak saya. Teehee.

 Abaikan je statue Mok Mok yang ada depan neh

 Walaupun rupa mu tak ku kenal,
Tapi aku tahu kau lelaki.
Hep, jangan nak amik kesempatan peluk-peluk ye.
:D

Aik, apsal ada makcik di kalangan kanak-kanak neh
Makcik, pergi pasar bukan pergi mandi-manda

4 feedback:

as eleyana said...

ha3.. dah penah g.. mmg best..
mmg lbh best dr bukit merah pown.
try sume bnda including part knk2 nyer kecuali gelungsor tggi turun kepala dulu tuh. takot.. ha3.. enjoy..

Poyaty said...

betul3. semua best. kanak2 punya pon bedal jugak

Nurul Aima Hj Kaim said...

tak lengkap lah gambar ni...aksi dlm kolam tak de pun...

Poyaty said...

hihihi, kamera x waterproof. so xdela aksi dlm kolam kak :D