Wednesday, June 23, 2010

Luahan Hati Sang Adik; Dedicated To My Sister

My Dear Kakak;

Semoga menjadi isteri yang baik kelak. Lepas 3 bulan, jadi ibu pula (Insyaallah). Kalau kau tak bengong, sekarang pun dah boleh jadi Ibu, tapi takpa rahsiamu tersemat di kalbu. Kakak, kalau hari raya tolong berselang dengan Wahid, sebab nanti sapa yang nak beli santan untuk Emak. Daku kan kurang boleh di harap. Nanti emak nangis pagi raya sebab santan takda nak buat rendang. Semua orang sedih juga sebab tak dapat makan rendang pagi raya. Kakak, kau boleh lah tidur dengan aman Jumaat malam Sabtu neh sebab daku bermalam di sekolah. Ada camping. Malam esoknya, boleh lah kau ke Royal Comfort (rumah keluarga angkat Abang Zaky) kalau kau mahu. Aku pun boleh temankan juga. HAHAHAHA. Jangan lupa pesan emak suruh cari ilmu banyak-banyak. Jangan tahu ilmu cakar harimau saja (aku tak baca lah buku Wahid tu). Jangan lupa panggil Emak. Nanti emak kecik hati. Durhaka kau jadinya. Eh eh, lupa. Syurga kau bukan dekat tapak kaki emak lagi. Takpa kalau kau nak durhaka. Paling-paling pun kena buang keluarga je. HAHAHA. Kakak harap kasih sayang dan duit-duit kau masih lagi untuk aku dan emak. Emak dah dapat kasut Bonia, aku cuma nak handbag Coach saja. Tak mahal pun Kakak. Oklah kakak, minta banyak-banyak nanti tak tertunai. Kau tunaikanlah yang sikit-sikit tu dulu. Aku dan K.Ayu nak makan Jonisss. (yang ni pun kena tunaikan ye Kakak) Oleh kerana kau tak sudah-sudah ugut nak sebarkan gambar aku, aku pergi telefon kau sekarang kakak.

Love,
Your Pride & Joy

Saya hidup dengan beliau sudah hampir 25 tahun. Eceh, macam suami isteri ke ape tah. Sebagai adik beradik lah. Beliau bosan dengan perangai saya hampir 30 tahun. Siapa lagi lama hidup. Tapi, yang aku benci, tiap-tiap kali raya, tiap-tiap kali apa-apa je pun mesti orang nak kata aku kakak. Benci tak rasa. benci tak. Orang mesti nak confius. Yang mana kakak nya? owhhh, ingatkan yang ni kakak. Fine. Fine. Aku muka tua.

 Kadang-kadang looked like twins

Masa mula-mula dulu, macam nak bagi sedas je dekat orang yang tanya tu. Hati terluka sungguh. TSKTSK. Tapi, bila dah lama-lama macam rasa suka hati kau lah nak rasa sapa adik. Like I care. Makcik saya kata, saya kurang senyum. Muka serius sangat. Takkan aku nak sengih kiri kanan tak tentu hala sebab nak nampak muda. Maybe sebab Spect kot Yaty. I pun pergi tukar spect. Maybe sebab saiz badan. Orang nampak Husna (My Sister lah tu) Comel. Oke, sekarang saya pun dah mokmok. Still..... T___T

Masa wedding beliau that day. I yang banyak juga menyumbang idea dan tenaga. I kan wedding planner. So, biasalah, bila I buat kerja, cepat naik angin. Banyak kali juga mengamukkan beliau. Kalau call je nak ngamuk, kalau call je nak ngamuk. Boleh jadi darah tinggi. Not good, not good. Macam mana tak hangin...Err, takyah lah cerita. Bendah dah lepas pun

So, bila beliau dah kawen neh, rasa sedih juga. Ye la, sudah ikut suami. Takda kawan gaduh, kawan shopping, kawan mengarut dan macam-macam kawan lagi dia boleh jadi. I pun dah tak berani terjah bilik dia macam dulu-dulu. (Dulu-dulu I sepak je pintu bilik kalau nak masuk) Japgi aku yang kena sepak balik dengan laki dia. Hai Abang Zaky :p

Di rumah, beliaulah yang rajin dan err, siapa-siapalah yang pemalas tuh. HAHAHA. Kalau beliau ada kat rumah, cari I kat atas katil. Pergghh, anak dara ke apa neh. Benda tu macam automatik. Bila ada orang lain yang boleh di harap, jangan lah harapkan daku sangat. Daku hanya suka bergolek-golek atas katil sambil nonton movie. Aku kan Adik. Kakak lah yang kena rajin. Kan kan kan? Sebab rajin macam mana pun adik, adik tetap takleh kawen dulu. Buat apalah nak rajin-rajin macam tu. Teeheehee.

 Ni masa hantar beliau berinai
Masa ni baru lepas ngamuk sebab lambat
*sigh*

Waktu majlis bertandang di Lipis

So, memang saya muka tua kah?

4 feedback:

Nurul Aima Hj Kaim said...

he he he...nsb adik saya x buat entri mcm ni..kalu tak mesti banyak WISHLIST nak d tunaikan T__T..apa pun x nmpk tua pon....tp akak yaty nampak ceria sangat(dalam gambar)

LyNn HaMzAh said...

tua muka jer tp umur x tua pun...hehehehe...so lepas nie yaty plak kawen ok...

Sharinginfoz said...

apa-apa pun buat yang terbaik

Poyaty said...

kak nurul = dia ceria la sbb dpt kawen. ehehe

k.lynn = mestila kawen hehe

sharinginfoz = okeh