Thursday, June 17, 2010

Long Journey

Saya baru pulang dari perjalanan yang jauh. Jauh betul. And for the first time dalam sejarah hidup saya. Hidup saya, ingat. Jangan lah compare dengan sejarah hidup anda. Dua dunia kita berbeza. Eceh.

Saya memandu dari Klang ke Kuala Lipis ke Kuantan ke Kemaman ke Gambang dan akhirnya ke Klang semula. Imagine, imagine.

Jauh okeh. Jauh. Siyesly, sepanjang perjalanan mata kuyu je sebab selama kehidupan saya akan tidur bila masuk kenderaan. Macam dah jadi perkara wajib, naik kereta terus tidur. Jadi, bila kena memandu sendiri, adoiii, semua orang jadi mangsa. Saya paksa semua orang cakap dengan saya, tak bagi tidur. Hebat bukan. Sapa tidur, aku turunkan tepi jalan. HAHAHA. Lagi satu hal, saya tak boleh memandu perlahan, jadi, bila kena follow orang neh, I bosan. Lagi-lagi bila follow kura-kura hijau berlumut yang berusia 160 tahun, lagi lah bosan berganda.

Yang buat saya kuat semangat serta boleh sampai ke Lipis tanpa keluhan berat pun sebab bawak kereta Dak Yang. Teehee. Sangat suka sebab ada bau beliau dalam kereta tu. Jadinya, kalau rindu kat beliau inhale dalam-dalam. Secara tak langsung bau tu akan masuk dalam lungs kita. Jadi, apa yang cuba di sampaikan kat sini. HAHA. Not sure actually. Macam, Kau seperti udara yang ku hela kau selalu ada. Tiba-tiba feeling Dealova even am very sure lyric tu salah, tapi takpa, maksud sampai. HAHA

Jadi, sejak touchdown kat rumah hari tu ( Selasa petang) saya menghabiskan masa dengan tidur, tidur dan lagi dan lagi. Tidur saja. Saya rasa masih tak ckup, tapi dah dah la. Over tuh dia nak tidur banyak. Jadi, nak tulis blog pun belum bermaya sangat. Tengok blog, tutup, tengok blog tutup. Semangat kurang. Blerrghh.

Sekarang terasa macam semangat makin luntur. Baik berhenti sebelum semangat hilang. Kalau semangat hilang boleh jadi saya pergi tidur kembali. So, Thanx for reading :)

2 feedback:

ejum said...

haha..msti penat kan?.. xpe2 jauh perjalanan luas permandangan..xgitu?

hudhud said...

tidur je la yang tak pernah bosan dibuat haha