Thursday, June 10, 2010

Inai Malam Pengantin

Entry ni merangkap cerita untuk 3 hari yang lalu. Nanti lepas 3 hari akan keluar lagi satu entry merangkap 3 hari yang akan datang dan seterusnya. Blergghhh. Apakah?

SELASA

Selepas rumah dah kemas, tanpa meninggalkan sebarang tanda pun except for makanan yang banyakkkk sangat di dapur. Tak boleh nak buat apa. Takkan kan pergi buang pulak pemberian orang. Hurmm, yang lain-lain settle. Pelamin, khemah, catering semua-semualah. Walaupun saya lebih banyak tidur dari membantu, still, saya lebih kerja sebelum majlis dari yang lain-lain kan?

Lepas rumah dah di pastikan bersih, kami bergerak ke Tanjung Malim untuk nak release tension. Sebab macam dah muak tengok rumah sendiri. HAHA. Saya pergi dengan emak je pun. Sebab Makcik masak nasi minyak untuk sambut pengantin yang dah pergi dulu, jadi dia kata jomlah datang makan sekali. Kami bukan setakat datang makan, kami sleep over terus.

Oleh kerana my best friend bekerja di UPSI, sambil menyelam minum airlah. Apa lagi. Takkan sambil menyelam makan nasi berlauk pulak. Saya jemput dia pulang dari kerja, dan dia suruh suami dia balik dulu kemas rumah sebab saya nak datang rumah yang didakwa bersepah. HAHA. Sementara tunggu sang suami kemas rumah, kami lepak di Tasik Proton City, chit-chatting and gossiping macam zaman anak dara dulu. Eh eh, saya masih lagi lah anak dara. Itu pasti :)

Me (Si Slekeh) & Akmar

Tasik Proton City
Waktu nih hujan renyai-renyai
Still, kami duduk tanpa bersalah nak cari perlindungan

Lepas habis gosip dan call suami dia tanya dah boleh balik ke belum. Bila dapat green light, kami pun baliklah. Makan cekodok beliau, kemudian malam tuh, beliau pulak bertandang ke rumah makcik saya makan nasi minyak. Memang, kalau dah jumpa rakan lama, tak boleh berhenti cerita. Missed our time together dulu-dulu.

RABU

Dari Tanjung Malim balik ke rumah. Terus singgah Carefour sebab mak nak masak. Emak kata dah lama tak masak. HAHA. Semua rindu masakan emak.

Insiden Sakit Hati
Troli yang kami dah susah payah isi dengan ikan dan udang kena curi. Stupid thief. Dia dah lupa nak bawa troli dari luar pergi curi troli orang. Panas sungguh hati. Memang tak maafkan dia curi duit doposen saya tu. Yang buat saya geram sebab saya kena angkat barang yang banyak guna bakul. Jahat gila pencuri pemalas tu. Aku dendam dengan kau. Siap lah aku jumpa kau, aku langgar kau pakai troli nanti. HAHA. Eh, apsal HAHA plak. Tuh gelak Mafia. Jangan main-main!!

KHAMIS

Pagi-pagi dah bangun sebab ada appoinment dengan Toyota Service Center. Bangun dengan debar-debar.

1. Harus ke Seksyen 8 (ke rumah parents Dak Yang) untuk ambil kereta di sana.
Macam biasa hati bergoncangan kalau nak kena menghadap Mama beliau. Lepas beramah mesra sikit-sikit, saya pun bawak pergi kereta anak beliau.
2. Hantar kereta ke Toyota Service Center Seksyen 15
Sampai sana, call Dak Yang bagi dia cakap dengan orang service tuh. Lepas dah isi borang semua, saya kena sain borang tersebut, masa tuh la nampak inai merah dijari. Terus lah Encik service panggil saya "Puan, nanti dah siap nak saya call Puan ke suami puan?" HAHAHA. Hati berbunga-bunga. Terus feeling pengantin baru :)

Akibat gedik nak tumpang sekaki pengantin berinai

3. 12.30 pergi collect kereta dan terus pusing satu Shah Alam.
Hari ini saja dekat 3 kali saya datang Shah Alam. Muntah jugak lah bayar tol singgit, singgit, singgit. Dah berapa kali singgit tuh. Cess.

4. Kereta Dak Yang selamat di tangan saya sekarang. Teehee (Emak yang overprotective jaga kereta Dak Yang) TSKTSKTSK

Lagi 3 hari do come back ya
Tq guys
:)

1 feedback: