Wednesday, June 30, 2010

I-Pun Ada Entry I-City, I-Phone Belum Lagi

YAYYYY, ucap tahniah pada manusia jakun yang sudah sampai I-City neh. I-Cemerlang, I-Boleh blahhh

Bila tengok semua blog orang ada cerita I-City, eh, I pun mahu juga. Asna pun dah sampai I-City. Saya yang duduk sekangkang kera dari I-City cuma lalu lalang saja setiap hari. I-City nampak macam memanggil-manggil. Bila kau nak datang heh? Bila? Tapi, I buat-buat jual mahal. Eleh, setakat tengok lampu, tandas aku pun ada lampu. Tapi, tu la tak baik riak. Sekarang kau juga yang terhegeh-hegeh nak tengok lampu dekat-dekat. Kalau boleh nak ambik bawak balik. Amboi, over tuh dia :p

Ni semua tanpa di rancang. takdir Tuhan, siapa mampu menolaknya (tiba-tiba ayat novel). Perancangan utama nak pergi Ariani cari tudung untuk majlis nikah (my sister).Ini cerita lama lah kiranya. Eh, silap ah. Tujuan utama nak memujuk saya yang menangis sehari semalam akibat minor accident yang berlaku dekat padang sekolah. 

Kisah dia semacam ini lebih kurang;
Saya yang kabut tak tentu hala dah seret kereta seorang kakak. Kejadian berlaku waktu petang masa balik sekolah. Sebab nak balik cepat sangat ambil kakak aku tu la saya pergi sapu kereta orang. Kereta saya mengalami kecederaan dalam sebab kemek di pintu dan cat kakak tu lekat dekat kereta saya. Selepas membuat panggilan telefon mengadu dekat polis bernama Dak Yang, saya terus melalak-lalak tak tentu hala. Beberapa orang yang ada di tempat kejadian bagi ketenangan sikit dekat hati ni. Macam orang mati laki saja lagaknya. T___T

Jadinya, sampai rumah terus menangis tanpa henti like siyesly. Yang saya sedihkan tu kereta kakak ku. Nanti orang kata kita pandai jaga harta orang. Padahal selama ni saya jaga dengan baik gila. Pergi basuh, pergi isi minyak. Aik, ye lah kalau kau tak isi minyak macam mana pulak.

Jadi, malam tu mereka memujuk hati ku yang rawan. Aik, apsal macam dah hilang je bayang-bayang I-City neh tadi :p

Sampai-sampai Ariani dah nak tutup. Hoh? Apsal tutup awal sangat? Kami terus menuju ke A&W mengisi perut yang terluang. Ada space sikit lagi untuk float. Okey lah tu

Kesian dia, masuk penjara, nampak s****a

Ingat tak lagu zaman belum baligh dulu. Bahaha. Tuh dia melantak dengan muka sedih. Makan nak, simpati pun nak. Over heh!!

Lepas melantak float besar taknak kalah baru lah menuju I-City. parking bapak jauh. Habis lah lemak-lemak !!!!

 Menuju puncak, ni baru dilereng. harap maklum

Gambar kat atas buat kami se-family gelak macam nak pecah perut. SIL berdiri tegak macam tugu tengah kagum dengan pokok. Cute gila macam snoopy :p

Sampai puncak terus duduk. HAHAHA
Penatttttttttttt


Habis je snap, rusa santa clause tu bergerak nak pegi hantar hadiah
(dongeng kanak-kanak)

Owhh, aku ada telinga Mickey

Opsss, I did it again
Jangan tiru aksi ini

Tungguuuuuuu, semua nak tinggal sebab saya taknak balik

Bye semua, balik dulu :p

6 feedback:

.Anna. said...

aaa seronok seronok dapat bergambar bersama bukan lampu toilet..! kkkk~ hari tu mase saya pegi kl, ingat nak pegi sini. tapi mase tu dah pukul 10 lebey kot. masyaallah ramainye manusia. macam tade parking je. oleh itu setakat melihat dari jauh saje. jadilaaa. kekeke~ ;p

oh oh saya pun ade experience juge langgar kereta orang. eh bukan kereta. lori tnb. wakaka. lori gedabak camtu pun nak langgar. kereta kemek habis. melalak nye bukan main.buat malu saja dengan pakcik2 tnb. heee. daku mengerti perasaan mu. ;pp

wanie said...

kak, comey ahh pkai spek tu..hehe..oh, akk pkai lens ea..

asna cute said...

Akhirnyaaaa akhirnyaaa! hehe smpi jugak~

Nurul Aima Hj Kaim said...

haih saya pn rasa TERPANGGIL nak ke sana..isk bln october ni saya turun KL..yaty bawa saya g sana bleh tak?

MisZ DeAnNa said...

waaaaaa..

bler la ai pnye turn nak g saneee..

huhu..

;p

Poyaty said...

anna = makin malam makin ramai org. kena dtg awl ckek. hurmm, bout keta mmg sedey. tp awk lagi la langgar loru tnb. bahaha. siannye keta awk

wanie = aah, pkai lens. bila kat umah bru pakai spek :)

asna = tuh la. yayyyy. haha

kak nurul = haruslah bole. bila kak nurul nak dtg. let me noe k

deanna = jom tuka tempat jom. i nk dok jb. haha