Tuesday, June 22, 2010

Double Happiness For Today

Kisah 1.

Malam tadi, selepas melakukan rutin malam harian (?) Mengucapkan selamat malam kepada insan kurus bernama Dak Yang sambil ada sikit-sikit selingan nyanyian lagu Faizal Tahir oleh Gf beliau yang bertajuk "Selamat Malam Sayang" ke "Selamat Malam" saja. Pandai-pandai ah kau tambah sayang. Beliau pun mengkhabarkan berita gembira, yang pada awalnya tak gembira pun. (Dia bukan nak pinang I, baca sampai habis dulu :p)

Dah, pergi tidur awal

Aik? Apsal (dah mula sentap sebab ingat beliau tak suka nyanyian I yang sikit punya merdu)
Tidur awal, boleh bangun awal. Kejut I esok nak naik bas pagi.

Eh, pergi kerja naik bas ke sekarang? (Gf dia siput. Dia tahu dan bersabar tentang itu)

Esok I balik rumah lah

Tak bagitau pun nak balik (tetap juga nak sentap)

Bagi tahu lah ni (beliau bosan!!) HAHA

Tuh la dia kegembiraan pertama untuk hari ini. Actually, beliau balik sebab Along masuk DEMC (suspek H1N1, suspek baru. Dan result dia salah sama sekali)

.......................................................................................................................................................

Kisah 2.

Datang sekolah hari ni sarat. Bawak beg plastik kiri kanan penuh dengan makanan dari kenduri tempoh hari. Yang tak habis tu, agih-agihkan lah kat sekolah. Habis, yang ada kat rumah pun 3 kerat je. Lepastu, yang 3 kerat ni pula berlagak tak tentu hala, takmo makan pun kerepek-kerepek, kuih-kuih tu semua. Bukan berlagak actually tapi lebih kepada muak. Dah hari-hari ngadap benda tu je, muka pun dah macam kerepek bawang. Tipu lebih.

Tengah-tengah sarat ni la kakak kerani tu memberi lambaian. Alamak, tangan kiri kanan penuh, cara apakah nak ambik surat neh. Aku pun letak semua plastik-plastik sarat makanan atas bangku kat luar tuh, siap tergolek lagi. HAHAHA malu siuttt.

Kenapa kak?

Nah ni

Logo ni la yang di tunggu sekian lama

Hah, dah dapat. Cepatnya

Dah dapat la

Terima kasih kak

Keluar pejabat bawak muka riang sepanjang jalan.

Alhamdulillah, dah lulus interview SPP hari tu. Surat neh la yang di tunggu-tunggu sekian lama. Hari tu bukan main cuak lagi. Lulus ke tak interview aku neh. Dah lah jawapan aku ala-ala betul-ke-ni-aku-rasa-betul-kot. HAHAHAHA. Pliss, dun try this bila nak kena interview. Try this at home takpa. Practise makes perfect. Blerrggh, apa kau cakap neh?


So, daripada tangga gaji DB 27, sekarang saya akan naik ke DGA 29. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat. Mula dengan elaun RM 600 je masa belajar kat Maktab dulu, sampai sekarang dah merasa gaji sebanyak ini (bukan gaji di atas, Hep, belum lagi rasa gaji di atas) Jadi, rasa syukur lah. Hurmm, lepas sah jawatan memang nak sambung belajar lagi. hari tu dah dapat offer, tapi belum sah jawatan. So, payah sikit. Lepas neh, takda halangan lagi. Insyaallah.

Berdoa Dak Yang nak teman pergi medical check-up esok.

8 feedback:

cIk pEnNa said...

tahniah ye..
=)

Hapiz Rahman said...

tahniah.. moga terus dedikasi bertugas!!

Nurul Aima Hj Kaim said...

Yey..TAHNIAH :) dapat mempercepatkan tabung simpanan kawin PENUH dengan cepat yey

Poyaty said...

cik penna = Tq. hehe

Hapiz = yup, Tq. akan terus berdedikasi

kak nurul = AHHAHA. cepatla penuh tabung. Tq kak

asna cute said...

Alhamdulilah.. berkat pengantin baru dpt rumah kot hahahah =D

Ha ape lagi? jgn buat2 lupe okey hahahah =D Muara.. muara.. muara.. ke bagan lalang? kihkih~

LyNn HaMzAh said...

tahniah yaty...sorry lambat wish...semoga menjadi cikgu yang cemerlang...

ellenyna said...

congrats :)

Poyaty said...

asna = hahaha. asna, sbb tu sis kate tggu rezki ni lah. lagi bape bulan baru dot. saba ye. hehe

k.lynn = thanx k.lynn. i will

ellenyna = thanx