Sunday, June 20, 2010

Babah Saya Garang


Ini Babah saya. Semua say hai to Babah. Hai Babah !!!!!!

Babah saya bekas guru. Tapi kalau cakap bekas Askar pun orang percaya. Air muka Babah saya garang dan serius. Semua orang cakap camtu. But once u get to know him, beliau sangattttt lah kelakar. Sangat okek. Sampai emak pernah cakap, Babah ni kalau dengan orang lain, ramahnya!! 

Sekarang, kami tinggal bertiga je di rumah. Nak bergelak ketawa pun bertiga neh la dia, nak bergaduh pun dengan tiga inilah jugak. Teehee. Yang selalu kami gaduhkan ialah remote TV dan pergi beli nasi lemak. Semua lapar, tapi semua malas nak pergi keluar cari nasi lemak. End up semua duduk keras-keras tengok TV konon-konon tak lapar dah. Tapi, saya bijak sikit. Kejap-kejap nanti saya akan jerit Aduh, laparnya, laparnya!!!! Mula-mula memang boo layan. Tapi, bila di lakukan secara kerap iaitu 5 minit sekali Babah yang akan mengalah dan pergi beli nasi lemak. YESSSS!! Bukan jauh pun, depan rumah saja. Teehee

Masa kecil-kecil dulu Babah memang garang. Saya pulak sebagai yang paling stubborn. Paling okeh. Saya pernah kena pukul dengan kayu sebab main dekat sekolah. Kayu tu tugas dia sebagai penghalang tikus dari melepasi pintu rumah. Kayu tahu, bukan pembaris kayu ke apa. Kayu betul. Memang menangis belakang pintu.

Saya juga pernah kena tampar. Kemudian kepala saya terhantuk dekat bucu pintu. Yang itu sebab saya berebut nasi kenduri. Dulu-dulu kan berkat kenduri dapat nasi berlauk. Nasi putih dengan serunding pun boleh di buat berebut adik beradik. Tapi, saya lah yang dapat pendarahan di hidung dan benjol kepala. TSKTSK. Emak menangis masa tu tengok saya. Tapi, dah degil sangat.

Saya punya beg, buku-buku dan baju sekolah semua pernah kena buang dekat tempat pembakaran sampah sebab saya buat degil malas bersiap pergi sekolah agama. Babah naik angin, dia ambil beg semua, dia campak kat luar. Saya pun pergi sekolah sehelai sepinggang sambil menangis teresak-esak. Lepastu, kakak saya hantarkan buku-buku dan beg sekolah yang dah kotor-kotor dekat sekolah agama

Owhh, kalau nak di ingat banyak lagi lah habuan yang saya dapat akibat kedegilan tahap dewa-dewa saya. Gila degil ah dulu. Macam mana tah berani, padahal tahu akibat dia kelak. Nama pun budak. Tapi, sebab tuh semua lah yang buat saya jadi orang. Kalau tak mungkin saya dah jadi beruang sekarang. Mungkinlah.

Dalam hati memang lah sedih. Kadang-kadang rasa macam, aku ni anak pungut kah? Sedih betul hati masa tu. Meleleh air mata. Babah memang tak sayang aku neh. Bapa orang lain tak pukul pun anak dia macam tu. Tapi, tu masa hati tengah marah. Bila sekarang fikir, tu la cara Babah mendidik anak-anak beliau kan. Thanx to Babah, semua anak-anak dia dah ikut jejak sebagai Cikgu. Menantu dia dua-dua orang pun cikgu juga. Kalau Babah tak bantai dulu mungkin kami jobless, mungkin saya dah jadi pramugari. HAHAHHA. Cita-cita zaman kanak-kanak. Pramugari adalah paling glamour.
Gambar sempena Birthday Babah yang lalu. Kami celebrate 2 kali. Yang kali ni cuma ada saya dan Abang Mok je.

Restoran Tasik Indah, Shah Alam

Abang Mok & Isteri

Beliau hadiahkan Babah Handphone

Menu yang buat saliva meleleh
*drooling*

Babah selalu cakap saya paling gedik. HAHAHA. Bukan gedik yang annoying tuh. Cuma macam saya terkinja lebih, atau ter happy lebih. Sebab tu lah. Tapi, dalam hati saya, Babah la lelaki paling saya sayang. Dak Yang jatuh banyak tangga. Emak selalu cakap, mana ada lelaki macam Babah yang sanggup masak, membasuh bila isteri dalam pantang. Sangat kagum dengan yang itu. Sampai sekarang pun Babah kadang-kadang masak. Walaupun pelik, kami cuba juga makan. HAHA. Suka tahu Babah buat air, buat makanan mesti pelik. Mencuba sesuatu yang baru lah sangat. End up nanti, beliau habiskan sendiri.

Ucapan untuk Babah

HAPPY FATHER'S DAY
Kasih sayang kamu tidak ternilai

From;

6 feedback:

cIk pEnNa said...

selamat hari bapa buat babah kamu ye..
=)

Nurul Aima Hj Kaim said...

Hai Babah...bapa dulu-dulu garang siap dera-dera dngn niat yg btl....skrg ni bnyk yg nak lepas geram je T__T

eLL said...

betul T, mmg Babah ko garang. Aku 1st time jumpa (masa open house raya) tu pun terkecut perut nengok dia, pastu dia interview macam nak buat menantu plak...
takutla. hepi babah's day, pakcik. ehehe

suezensuzanna said...

wow..hadiah handphone..me...even blanje pun x..sebab jauh:(

Poyaty said...

cik penna = hihi, tq. akan di sampaikan

kak nurul = betul tuh. bapa skrg byk yg tension. pastu pukul anak2 isteri

ella = hihihi. garangkan babah kite. pastu suka tny mcm2

suezen = alalala, jgn sedih okeh. hehehe. skrg kan da ade hubby. hihi

ezzy said...

pakcik babah, saya suka pinjam daughter pakcik yg gedikssssss ini...(ss byk sikit).hahaha...