Thursday, June 24, 2010

Anak-Anak Kecilku

Bukan anak sendiri lah. Tapi, tapi, tapi............Tadaaaaa
Kelas 3H

H stand for HEBAT. Just like the teacher. Naah, bukan susah nak guess mane teacher dia. Mestilah yang paling BESAR dan paling BOOOlat (terima kasih sebab boo saya dulu). Ini dia anak-anak kecil saya yang saya pegang dan didk supaya besar esok dia boleh jadi apa-apa yang berguna kelak yang dia suka. Saya tak paksa dia jadi engineer ke apa (eh, terpengaruh 3 Idiots lah ni)

HEBAT kelas yang ke 8 dari 13 kelas. HEBAT BUKAN?! Tak awal sangat, tak hujung sangat. (maksud tersirat tak pandai sangat juga tak b***h sangat. Cikgu tak boleh say dat word. Not nice) Semuanya sederhana. Tapi perangai tu ada lah beberapa orang yang dah ter arah macam budak kelas hujung *urut dada*

Sesi Mari Berkenalan

Ketua kelas saya nama Muhd Nurimran. Yang duduk sebelah saya pastinya. Maaf kan saya sebab ketua kelas saya haruslah memenuhi kriteria comel dan cepat pick-up. Err, tapi yang penting comellah. COMEL, BERSIH dan cepat PICK-UP. Yang lampi, get out. HAHA Jangan harap muka comel tapi ada hingus-hingus. Tetap reject. Jadinya, saya senang berurusan dan senang hati. Imran dia bagus sebab saya angkat kening je, dia dah tahu dah nak buat apa. HEBAT tak saya trained ketua kelas. Lepastu, rakan-rakan guru pun selalu bagi puji-pujian. Cute lah ketua kelas kau Yaty. Ehem, tengoklah syarat-syarat ketat nak jadi ketua kelas tadi. HAHAHA

 Ni gambar masa Sukaneka hari tu

Yang hujung belah kiri depan tak pakai tudung neh pulak anak murid yang jadi harapan. Bukan harapan untuk dapat 5A ke apa, tapi harapan untuk tolong ambil apa-apa yang diperlukan. Kelas saya dari bilik guru jauh. Memang jauh. Jadi, kalau saya ulang alik sebab nak ambil buku sebuah je, kan dah buang masa di situ. Masa itu emas (Iklan) Jadinya, Atikah (ingat tak yang tulis kad hari guru hari tu) ni lah yang menjadi tunjang harapan untuk ambil barang. Dia tahu semua selok belok tempat saya. Dia tahu mana letak kereta saya, dia tahu macam mana nak tutup boot kereta. Jadinya, kalau sehari dia absent, saya memang susah hati dan patah kaki sebab kena ambil barang sendiri T___T

Yang sebelah saya tuh (gambar di atas) Haiqal Haris. Dia memang anak murid saya yang paling pelik. Masa 1st time masuk, saya letak dia depan sekali sebab nampak macam kurang cerdik. Tapi, dia pandai dalam kepelikan dia. Dia pernah takda buku berbulan-bulan. Saya belikan buku baru. Dia banyak tertinggal. Dia suka main sorang-sorang. Bila buat kerja tu, baru tulis hari, pastu main. Bila tegur , dia buat kerja. Kejap je, lepastu main. Dia macam takda perasaan je bila kena marah. Tapi, bila periksa, KABOOOM. Dapat no 1 tu taklah, tapi dia top 10. So, sekarang saya tak risau sangat sebab dia pandai cuma dia pelik sikit je. Saya letak dia belakang-belakang je sekarang

Comel dan pandai

Ni lah murid kesayangan saya. Paling kesayangan. Tapi, takdalah murid lain tahu. Nanti semua berkecil hati, semua taknak saya mengajar lagi dah sebab sayang Amirun sorang je. Teehee. Ini Amirun Siddiq. Dia sangat comellll, pandai pulak tu. Yang best nya comel dia datang dengan package. tuh la yang penting. Dia ada twins Amirul Hakim. Tapi, twins dia (belah kanan) lagi pandai sebab dekat kelas BESTARI (kelas no 2). Mid Year hari tu Amirun periksa no1. Cepat-cepat saya tukarkan tempat duduk dia depan meja guru. Senang cikgu nak tatap wajah dia. HEH, Kidding. Budak kecik berhingus-hingus tu. Sunat pun belum. Jap gi aku di dakwa sebab affair dengan budak bawah umur.

 Akibat dapat cikgu yang muda dan energetic lebih

Tuh lah dia anak-anak murid saya. Yang paling nakal Saniy nama dia. Mulut dia senyap bila dalam kelas. Tapi, bila cikgu takda, siap lah kau. Dia lah hero. Nurul Intan Zulaikah ni penolong ketua kelas. Mulut memang lebih. kaki mengadu no 1. Kadang-kadang benda kecil pun ngadu. Bosan cikgu dia. Syahmi Hakim ni pula. Dia comel, tapi kerja dia Nauzubillah, paling lambat dan paling malas. Geram sangat. Semalam baru ku amukkan dia sekali. Saya pukul dia pakai buku (saya tak pandai pukul pakai tangan, macam tak sampai hati. Pakai buku takpa).

Tapi, jangan judge dulu. Benda ni simple je. Takda cikgu yang saja-saja nak pukul budak baik, siap kerja dan rajin. So, kalau anak anda mengadu kena rotan dengan cikgu. Anda fikirlah logik akal neh. Tiba-tiba bagi nasihat. Ok, fikirkan lah. Taknak pun takpa.

4 feedback:

zaradgreat said...

wahhh
bersemangat mengajar kalau budak2 cute2 ada
hehehhehee

ketua kelas tuh ada 6th sense lah
yaty angkat kening je dia dah tau
hehhehe

asna cute said...

wahhh garang jugak rupenya cikgu yaty nie hehe =)

nanti nak suh anak asna belajar ngan cikgu yaty la boley? heheh :D

LyNn HaMzAh said...

wah...hr nie citer pasal anak2 yer...good yaty...moga dpt mendidik anak bangsa menjadi orang yang berguna...

Poyaty said...

zara = tuh la. dia da tau da perangai cikgu dia neh. hehe

asna = boleh, yg penting asna kena suruh anak asna rajin. insyaallah x kena rotan. hehe

k.lynn = tu la. cerita anak2 plak :)