Tuesday, May 25, 2010

Sakit Hati Je Datang Sini

PERTAMA

Handphone ok. Handphone. Memang jadi pantang kalau dia buat hal. Kalau selama hari ni saya boleh bersabar lagi dengan kejahanam bateri dia yang fully bergantung dengan charger. (Memang ah dia tak independent langsung!!!) Tapi hari ni dia semakin jahanam sebab tak boleh buat benda selain mesej & call. MMS ke hape semua out. Hmmph. Dengan nombor-nombor telefon sekali clean & clear. Yang I ingat nombor Dak Yang & Fasya. So, nombor tu je lah yang I call everytime I rasa nak call orang. HAHAHA Loser!!!

Ni semua akibat dari saya manusia yang takda kesabaran langsung. Masa dekat Jakarta hari tu  lah ni, dari pagi cari simcard sebab nak call Dak Yang, nak call Dak Yang. Sampai ke petang baru dapat beli simcard. Line 3 @ three @ Tri sebab dia kata call Malaysia murah. Dengan tak sabarnya aku mengeluarkan simcard DG dan masukkan simcard 3. Jeng je Jeng. Dia block semua-semua sekali. Memaki sebakul sudah tak berguna lagi, akibatnya tanggung sampai hari ini. Sekian dari Kapal Karam -__-"

PERTAMA KEDUA

Haha, dia macam para ke dua tapi masih tajuk pertama. Bleergghh.

Dengan sepenuh hati mengadu dengan Dak Yang neh. Sebab tak dapat MMS dekat dia pakai baju baru hari neh. Gf dia gedik lebih, maafkan sajalah. Bolehkan jawapan amat sadis saya terima. @#$%^&* bertambah panas hati. Yang ni!!! tu je yang mampu cakap. Cakap lebih sikit nanti bersama air mata. I malas nak berdrama maghrib-maghrib. Dah terlambat nak pergi aerobik. Biar dia biar.

KEDUA SEBENAR (Takyah baca, nanti menyesal)

Dulu elok-elok je bawa diri sendiri, Kau datang main ketuk-ketuk. Aku tepis habis-habisan. Sampai ke keringat terakhir aku tepis, tapi kau nak jugak masuk. Sekarang, aku dah bagi masuk sikit, Kau nak pergi ketuk-ketuk yang lain pulak? Habis, kau agak-agaklah kan. Apa aku rasa? Happy ke agak-agak? Puhliss lah

kan dah menyesal. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak blog yaty, takleh nak undur. HAHA

KETIGA

Hari ni macam semua tegur

Kak Suryani : "Eh, muka lain lah. Kenapa ye? Tapi lain lah"

Kak Fouziah: "Nampak lain lah. Nampak ceria sangat. Selalu tak macam ni"

Kak Riza: "HAHAHA lainnya muka pakai tudung bawal. Muka jadi bulat, sama dengan muka aku"

Kak Hasikim: " Nampak ceria lah Yaty. Lain sangat"

Kak Lin: " Baju cantik!!!"

HAHAHAHA. Seriously, saya sebenar-benarnya juga konfius apa yang lainnya diri ini hari ini dengan diri ini sebelum ini. Teehee, Tak tahu sungguh. Tapi, tak mengapa. Kita anggap saja semua itu pujian semangat supaya kita pakai baju tersebut hari-hari. HAHA. Tapi memang a few people said that green suits me very well. Jadi, seminggu ini akan pakai tudung & baju yang sama supaya selalu dapat kiritikan posotif. HAHAHA. Gila attention.

Naaah, bersama baju baru
Kain Viscose terbaik untuk hari-hari yang padat
(1 of those kain yang I ceritakan :p)

Credit to my student Aqil Asyraaf
Aqil re-take cikgu gemuklah!!
Class : HAHAHAHAHA

4 feedback:

Azman Roslan said...

cikgu suruh pelajar ambil gambar cikgu.. heheh

Nurul Aima Hj Kaim said...

mungkin terlalu lama di saluti shawl membuatkan cikgu kelihatan berbeza...saya suka kombinasi warna..

asna cute said...

ape cerita nie g bandung? hehehe Update! update! update!

cIk pEnNa said...

waa..gambar cikgu di skolah!
sy pun agak tensen kalu hp yg kena charge 24jam!
hehehe..