Tuesday, May 11, 2010

Euwww, Busuk!

Sebut euww dengan nada paling gedik tak ingat. Like EUUUUWWWWW!!! 

Okeh, tahniah sebab ikut arahan tanpa banyak soal. You may proceed to the next para.

Setiap malam Selasa, Rabu & Khamis, saya attend kelas aerobik. Yang paling fav malam Selasa sebab dia ajar Masala. Masala tak sama dengan masak lodeh. Tak. Masala sangat high impact sampai tak cukup nafas dibuatnya. Dulu, masa tengah semangat beraerobik, memang gigih buat dari mula sampai cooling down. Tak skip satu step pun. Sekarang harus kuatkan semangat kalau nak follow sampai habis. Kalau semangat setakat hangat-hangat tahi ayam, memang banyak berdiri ternganga-nganga mintak oksigen je la dari melompat sakan. Fuuuhhh!!.

Malam Rabu best sebab Magarita. Ala-ala tarian Latin. best sebab dapat gelek. HAHAHA. Tapi, kalau masuk dua-dua kelas tu, baju memang di basahi keringat. Macam petani membanting tulang saja. Sampai takda tempat kering yang boleh buat kesat peluh muka.

Soalan: Kenapa kau tak kurus-kurus jugak?

Jawapan : Meh sini kau DUSH DUSH (kau tau aku pun attend kelas karate jugak)-__-" Aerobik untuk sihatkan badan dan keluarkan peluh. Nak kurus pergi Slimming World sana. Dia juga membentuk body jadi macam tough. Tapi, tunggulah hasilnya empat, lima tahun lagi ke.

Selalunya, sampai rumah mesti dalam pukul 9.++. Lepas meluangkan masa bersama keluarga, menonton drama kegemaran bersama, makan-makan (aik?) barulah naik ke sangkar yang tak berapa emas. Lebih kurang dalam pukul 10 ke 11. Tapi, kalau ada hindustan best mahu lah membawa ke pukul 12 juga. Jadi, dari peluh membasahi diri, sampai keringat dah jadi garam. Kering. Kalau jual boleh laku. Garam Anak Dara. (mula dah!!). Baiklah, baik.

Bila dah naik atas, barulah pergi mandi. Kadang-kadang 3 pagi pun mandi jugak. Malam ni tadi, emak dan babah pun mulakan ceramah kesihatan beserta ugutan. Hoh, siap ugut anak dia dengan ayat paling mentakutkanlah. "Taknak dengarlah orang tua cakap, nanti jadi apa-apa baru tahu!!!" Saya benci ayat tersebut sebab mesti akan jadi apa-apa nanti. Benci. Mereka takut nanti akan menghidap lelah atau semput bila mandi malam-malam. Memanglah 3 kali seminggu. Tapi kalau dah berbulan? Saya takut juga. nak pergi bersihat-sihat, tapi balik rumah pergi cari penyakit.

Saya tahu itu, tapi bagaimana harus tidur dengan badan melekit peluh dan Euuuuwww (again, nada gedik jangan dilupa) BUSUK. Memang busuk. Tapi, nak degil cakap ibu bapa tentang kesihatan ni, tak berapa nak berani pulak. Emak selalu pesan, Kita perempuan, kalau asik sakit je, lama mana lah suami tu tahan nak jaga kita. Nanti end up dia bosan dan cari lain

I takut ini. Sayang, tolong jangan bosan kalau I batuk Uhuk Uhuk!!!

3 feedback:

asna cute said...

hahahaha tgk parents dh bg nasihat tue sila dgr okey!. Lepas nie blik drpd areobik klu rasa melekit sila pki perfume sebelum tido so garam tue nanti jd la garam wangi hahahha..

Alaa akak lap jer badn dgn kain basah dh cukup ok. jgn mandi memlm bahayo..

MisZ DeAnNa said...

huhu samer laa time aktif men badminton dulu, malam2 baru nak mandi..

x leh tdo kalo x mandi..

x slesa woooooo..

tapi kalo peloh2 terus tdo, bakteria membiak, nnti x sehat gak kannn..

how laaa?

Poyaty said...

tuh la asna. seremmm. hehe

hurm, xde pilihan lah deanna. busuk n bakteria better than lelah kan. hihi