Monday, May 10, 2010

Dancing With Heels

Kenapakah menari di khalayak ramai? So U Think U Can Dance lah?
Sebab buat show untuk Hari Guru lah I pergi menari dengan penuh konfiden bersama heels. Bila fikir balik kan OMG, apa yang aku dah buat? Kalaulah kaki terkehel ke apa masa menari tu? Kan malu + sakit (bergabung meletup!!!) Tapi, masa tu tak fikirlah kan? Setahun kemudian baru nak terfikir, sungguh terlambat. (Salah satu bukti yang I memang lambat).

Sebenarnya, sebelum Hari Guru 2010 datang, baik I publishkan entry Hari Guru tahun lepas punya. Lama tak lama tak I simpan entry dari 16 Mei 09 T_____T

Happy Teacher's Day 09

Sekolah saya besar. Besar sangat. Cikgu dia seramai 144 orang termasuk satu (yang ada dalam gambarajah diatas) Oh, tahun lepas, sambut hari guru masih kurus. Tahun ni? tak mahu cerita

Di SKRP, kami tak pernah sambut hari guru sekali seramai 144 orang tu. Tak pernah. Maksud disini, Cikgu petang sambutlah sesama sendiri di petang hari, Cikgu Pagi pun macam tu jugaklah. Pathethic. No?
Kami Guru Malaysiaaaa

Saya agaklah yang saya tengah menyanyi lagu Guru Malaysia dengan keadaan mulut yang nganga besar sebab keluarkan suara dari perut. HAHA. Cikgu Siti Hajar yang ajar I nyanyi macam ni. Kalau anda semua pernah sekolah, mesti pernah dengar lagu ni. Kalau dulu masa sekolah, sibuk nak ikut cikgu-cikgu nyanyi lagu ni sama-sama sebab melodi dan lirik dia sangat best. Now, saya dah jadi salah seorang yang akan menyanyikan lagu ni every year sampai saya pencen kelak. Tahniah!!!


Reaksi gambar di atas berpunca daripada suara guru-guru lelaki yang tak berapa nak best, sampai buat kami tertoleh dan terdetik, WTH menyanyi sampai macamtu sekali? Tak belajar muzik ke dulu? teehee

Hari Guru terakhir dengan Arwah K. Ira
T______T
Al-Fatihah

Bila dibelek-belek gambar ni, baru perasan terselit gambar Arwah K. Ira. Sangat sedih dan sangat rindu. This is the first and the last time saya sambut hari guru dengan arwah sebab beliau mengajar pagi sebelum ni.
 

Hoh, nampak tak ada seorang perempuan bersungguh duduk tengah tu
Centre of Attraction lah kononnya

Tengok gaya pun dah tahu,
Keras semacam kayu,
Tapi tapi tapi
Takkan nak ngaku?

Ok, pantun 4 kerat yang hebat. HAHA, Tahun ni taknak masuk menari-nari lagi. Walaupun akan dipaksa oleh ketua tari- menari yang baju merah sebelah saya tu.

I semakin konfius dengan genre asal tarian ni
Kenapa ada goyang Inul sekali neh?
The Gift from my lovely student. Sangat terharu sebab susah payah cari hadiah untuk cikgu dia yang tak berapa nak baik dan selalu datang dengan muka garang dan suara pitching tinggi. Walau di marah, di tarik telinga, tarik perut, aik, tarik perut tu cubit perut dia sebab malas buat kerja. mereka tetap nak bagi hadiah. Sangat touching T____T

Mengangkut 2 plastik besar pada hari kejadian
Itu pun ada yang terkeluar dari plastik

Sebelum

Selepas

Harap tahun ni ada yang bagi handphone lagi. Harap dapat Balckberry tahun ni :P HAHAHAAKUTIPU. Dia bagi tangan yang pegang Hp tu aja, Hp tu saya lah yang punya. As I wrote this entry baru perasan yang kain itu belum dibuat baju pun. Mana tah Mak simpan kain tu.

SEKIAN, NAK SARAPAN.

10 feedback:

QeMa said...

joget poco-poco ke cekgu?
hehe

al-fatihah untuk k.ira~

Poyaty said...

hehe, betulah tu :)

asna cute said...

"kami guru malaysiaaaaaaaaaaa" Gambar paling VOGUE penah asna tgk hahhaha =p

MisZ DeAnNa said...

waaaaaa..

byknye adiahhhhhh..

;p

fiD said...

suke betol la bile bace blog cikgu2 nie,, enjoy jek...

zaradgreat said...

huhuhu.
cikgu2 dapat hadiah 2kali setaun
besday+hari cikgu
sangat best cikgu2 dpt hadiah byk gilaaaaaa..

tabik ah yaty
menari pakai heels
pergh
uhuhu

Liza _369 said...

hidup, cikgu semalaysia...........

Poyaty said...

asna = hahahaha jugak. mulut nganga

deanna = hehe, tp x dpt tedi bear cam awk :p

fid = ye ke? heehe. tq

zara = hehe, bila ckp baru pasan. tp befday dah tua2 ni mana dpt hadiah byk cam hari guru :)

liza = hidup cikgu hidup. klau xde cikgu ssh jgk :)

cronixsoul said...

perghh ni yg best jd cikgu... dapat adiah berduyun duyun...

bulan darling said...

ty kenape anak murid ko highligt pun die bagi??????