Wednesday, May 26, 2010

Cemburu Ada Mata

Mana ada cemburu buta? Kalau cemburu buta pastilah dia tak nampak apa yang nak dicemburukan. Jadi, cemburu saya ada mata. Dah nampak baru boleh cemburu. Tak nampak malas nak cemburu. Ok, tah pape.

Mari mengenali saya. Tak nak kenal takpa. Tak kenal maka tak cinta. Again, tah pape.

Saya punya level cemburu memang tinggi. HAHA. Honestly. Saya tamak! See, saya memang tamak dalam segala hal, lebih-lebih lagi kasih sayang. Tamak dan taknak kalah itu saya. Siapa suka kalah bukan? Loser nama dia. Booooo. HAHA

Contoh;

Emak belikan kakak katil baru sebab beliau nak kahwin. Saya pun merungut-rungut, habis katil kita tak pernah tukar. Katil Husna dah berapa kali tukar? Kita punya tilam dah lembik, kayu bawah pun asik nak gelungsur je. Tengah sedap-sedap tidur, alih-alih kau bangun dengan memaki sebab kau dah terperosok kat tengah-tengah katil. Mak jawab, nanti-nanti lah. Bila lepas-lepas kenduri nanti. (Owh, saya pasti ingat janji emak)
Emak bagi kakak gelang yang emak selalu pakai. Emak tahu, saya bukan suka emas, saya pun tahu. Tapi!!! mana boleh. Kita takda gelang pon, Husna tuh emak bagi gelang. Tak lama kemudian, saya pun dapat gelang baru. HAHAHAHA. Buruk gila perangai. Takyah ikut contoh sangat.

Itu dengan keluarga. Dengan kawan-kawan pun sama. Sangat tak boleh berkongsi kasih dengan kawan-kawan lain. Sebab saya berkawan baik cuma 2, 3 orang je. Bila yang sikit neh nak direbut orang. Apakah? Saya pun mula lah tunjuk perasaan pastu bagi ayat-ayat sadis sikit bagi kawan sentap. Jadi, kawan-kawan saya tahu, kasih sayang mereka untuk saya tak boleh terbelah bahagi. Menyesal kah mereka jadi kawan saya? Jap gi aku pergi tanya sorang-sorang.

Dak Yang

Yang ni takyah cerita. Ada ke orang boleh share-share boyfriend dia dengan perempuan lain? Kongsi sikit dengan saya macam mana nak buat hati jadi bullet proof supaya kita takyah jeles bila boyfriend kita berbual dengan Tol Gate Girl penuh keriangan? HAHA Yup, that's me. Pernah ke tahap orang nak tanya jalan pun aku marah. Tapi tapi tapi!!! itu dululah. Zaman muda remaja, konon-konon beliau tu kepunyaan kita seorang. Bila dah almost 7 years together neh, tak larat nak cemburu.

Kalau sekarang, Bila beliau nak dimengorat pun, beliau akan cerita dan kami akan sama-sama KAHKAHKAH, apsal Yang apsal? Sian perempuan tu posing sorang-sorang Yang tak layan. KAHKAHKAH.

Kalau dulu mampus, baru cerita ada kawan satu kelas wish hari raya, I punya muncung dah boleh sangkut baju.Berjurai-jurai air mata. Tapi, betul lah pepatah Pengalaman mengajar. Jaga macam jaga peti emas pun, kalau lelaki nak curang, dia tetap curang. So, doa saja banyak-banyak supaya dapat yang beriman dan baik hati

Apasal ending entry dah macam bagi tazkirah neh? Renung-renungkan dan selamat beramal.

2 feedback:

paan blogger said...

hohoho , ok lah kalo dah sampai 7 tahun...terukskan usaha untuk kekalkan hubungan dan semoga cepat ke jinjang pelamin.hahaha

asna cute said...

arinie bukn ari jumaat yea.. mentg2 esok cuti.. bertazkirah lak dia mcm ari jumaat hehe~