Monday, April 12, 2010

Up-To-Date

Gaaahh, saya bukan seorang yang up-to-date dengan apa-apa saja. I mean anything dari hiburan terkini, berita terkini, politik terkini. Macam duduk dalam bilik kebal yang bullet proof, sound proof, news proof, semua proof lah. Pufhh.


 Siti Si Siput Sabah 
Tinggal bawah tempurung

Boleh andaikan saya seperti siput. Hai, my name is Siti Si Siput Sabah (nama baru). Siti Snail baru nak terhegeh-hegeh minat Daughtry bila mereka sebenarnya femes lama dah. Lagu Daughtry terbaik. (saya rasa, anda pun rasa dah lama kan? haha). Siti Snail baru nak mula hafal lagu Love Story Tailor Swift mereka semua bleerggh, lembap gila kau Yaty.

Lepastu, saya confius sampai petang masa MU lawan Bayern Munich di Old Trafford hari tu. MU menang 3-2 tapi apsal Bayern yang happy lebih. Eh eh, I ingat mereka semua tersilap termasuk Alex Ferguson. Gila hebat aku ni sampai nak salahkan Alex Ferguson siuut. Rupanya akulah siput sedut yang terhegeh-hegeh mengesot itu. (Dak yang pun malas nak layan bila I tanya apsal Bayern happy lebih-lebih? Apsal You moody? Apsal, apsal?) ha ha.

Banyak lagi contoh-contoh kesiputan aku macam kalau dalam adik beradik dah buat lawak lama dah, siap mereka dah bersepah kemana-mana aku baru terhegeh-hegeh nak gelak. Dak Yang memang dah lama discover I adalah spesis siput yang hampir pupus. T___T

Hurmm, sekarang mahu brag yang, saya tidak lagi menjadi Siti Si Siput Sabah itu. Hoh, kau nak tahu apa yang terkini? type On Kini dan hantar ke mana-mana kau suka. Like I care. Teehee.

Sekarang saya begitu alert dengan isu semasa. Just name it MEB (Model Ekonomi Baru), NKRA (National key Result Area), PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) Tonggak 12, LINUS, Konsep 1 Malaysia, misi, visi, Menteri Kabinet kahwin artis FPK, FPG. Ni kang sesiapa yang nak pergi interview cari maklumat, mesti sesat dalam blog tak bertauliah ni. Naaaah, jangan susah hati. Teruskan mencari, usaha tangga kejayaan.

Sekarang dah tidak online sampai larut malam, buku duduk sebelah bahu je. macam apa tah struggle. Tapi, memang kencang debaran yang dirasai. Tak caya? meh rasa meh.

Dulu, tepi bantal buku-buku Twilight Series & Sophie Kinsella.
Sekarang, tadaa ganti dengan bahan ilmiah

Atas lantai sampai tak boleh jalan

Atas meja comel saya.
Opss, jangan tengok kalendar seksi

Bawah Katil

Hahaha, kalau mak naik mesti menjerit sayup-sayup je nanti. Sorry mak, tak boleh kemas selagi tak habis debaran di dada saya.

DAG DIG DUG, mari berdangdut

10 feedback:

cIk pEnNa said...

waa..dasatnye..
sudah lama sy tidak sebegini..
heheh

wanie said...

hahaha..ya ampunnnnn...rjinnye akk :P auwwww~ klendar tu~

Nurul Aima Hj Kaim said...

hoh!!! banyak sungguh kertas..nampak sungguh GIGIH cikgu yaty study..SELAMAT MAJU JAYA..*masa study dulu pun kertas bersepah-sepah tp tak study pun..tidur bawah timbunan kertas ada..berharap bila tidur bawah kertas@buku, ilmu tu bleh jatuh direct masuk mimpi pastu ingat smp esok pagi T__T..*

Anonymous said...

wahh..daku juga rindukan saat saat sepahan begituuu.. lama dah kutinggalkan nota2 tu sumerrr....
now nota marketing byk laaaa.....
-ezzy-

zaradgreat said...

mak oi yaty
dasat2
huuuhuh
lebih kurang kita lah
gudluck yaty!!!!

suezensuzanna said...

dasat sungguh!

asna cute said...

tertarik dgn calendar seksi tue.. nk satuuuu hehehhe =))

kokjue said...

hhahaha..T comel gile alas tilam 2..hoho.cadar bunge2 kale biru.

papepom..gud lak k!!

ezzy said...

nak satuuu kalendar sexy

Poyaty said...

cik penna = seronoknya, saya x saba nk abeskn ni

wanie = auww, jgn tgk, bwh umo

aima = saya berharap yg sama jugak. haha

sis = bole jd kaya nnt. xpe. nk kalendar kena beli warcoal. haha

zara = yup, gudluck to u dear

sue = mmg dasat

asna = jgn notti2 hehe

kokjue = cadar Poli dlu. haha. thanx