Saturday, April 3, 2010

My Favourite

Hari ni mood happy lebih sikit. Jadi, hati pun senang nak membelog. Sebab apa hati senang? Owh, mahu tahu ke? Ok, meh sini rapat-rapat sikit. Yang bukan muhrim buleh kalau nak rapat sikit, tapi jangan cuit-cuit nanti air sembahyang batal. Dah jadi upacara membatalkan air sembahyang disitu. Tapi, takda cincinnya. So, cannot, cannot. Kalau nak tahu cincin yang macam mana, rujuk entry dibawah.

Hoh, nampak disitu mood memang baik sebab dapat buat seperenggan cerita tanpa hala tuju.

Baiklah, baik. Saya baru pulang dari menghadiri kenduri kahwin officemate Dak Yang di Taman Melawati, Zhafri & Nadia. Dak Yang yang bertolak dari JB pukul 10.30 pagi tadi terus tunggu saya di Komuter Shah Alam. Saya pun terkedek-kedek sampai naik kereta. Aik, tunggu di stesen KTM tapi kenapa naik kereta? Mungkin saya bawak kereta ikut rel ketapi. Siapa tahu kan? ha ha. Taklah, tak. Nanti lepas majlis, kawan-kawan Dak Yang yang terdiri dari Al-Akhbar, Kebal, Midi & Azim (hai Azim, Dak Yang kata kamu pembaca blog saya no.1. haha. thanx sebab kata saya pandai merapu, masih nakkan autograf saya dikipas kamu?) akan terus balik JB. Dak Yang pulak dah homesick plus rindukan GF (eceh, yang ni I pandai-pandai reka) akan terus pulang ke Shah Alam Darul Ehsan bersama-sama saya Yours Truly.

Badan macam panas lah, tekak pun sakit

Semalam, sempat meredah kesesakan lalu lalang untuk mengambil gambar pertunangan kakak dari fotografer. Perghh, cepat gila siap. So, ada a few gambar yang jadi fav saya. Nah, mari tengok. Kalau di biarkan merapu terus, boleh makan 10 perenggan juga. Bukan 10 pinggan lah. Biasa tu dia, suka salah baca (,")

Babah gembira sungguh berborak dengan Tok Guru
(Sebenarnya Babah kaver, dia lupa pakai gigi depan)

Si Sarah sampai ternganga tengok
She keep saying, betul ke ni kakak Una, betul ke? Cakap la ini kakak una ke?
Annoying sungguh

Saya suka gambar ini.
^___^

Saya peluk Si Tombam itu
Kalau tak, dia tak boleh duduk diam

Yang ini paling Faveret
Memang candid betul. Sarah tomok itu saja x tahu berlakon

Tiba-tiba saya ada sepasang mata yang galak
Bak Rozita Che Wan *wink*
Tom tom bak ada lah

Kemudian saya ada kelembutan tangan yang nyata
Caya tak nyah, tangan mak lembut~~

And again, Sarah buat aksi terlampau!!

Ni Sarah, pergi ambik dia bawak balik Lanai. Dia suka curi ais rumah saya
HAHAHAHA

Finally gambar kami

One Happy family At Home
(eh eh, ni bukan game kad tu ke?)

Dah, itu je gamba kegemaran saya. Terima kasih sebab sudi tengok

5 feedback:

zool said...

First time ke sini..
Wah menarik sungguh majlis ..
Saya tak blh tgk sgt majlis2 kawin ni...
Nanti rasa nak kawin plak.. Huhuhuhu

Poyaty said...

zol, tu majlis tunang je. ehehehe

thanx singgah

Encik Mimpi said...

tak lame lagi kawen la tuu hehe

shakirah samsudin said...

lepas ni turn yaty lah pulakkkk. :D

Poyaty said...

en. mimpi = haha, mudah-mudahan

shak = amin, amin, amin :D