Friday, April 23, 2010

Malam Jumaat Yang Lalu

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni I tengah bertarung dengan perasaan.

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni I baru balik penuhkan minyak kereta.

Malam Jumaat yang lepas, waktu-waktu macam ni jugak I pergi beli roti jagung (?)

Sebabnya nak buat alas perut sebelum masuk interview. Macam tak caya dah seminggu dah hari-hari kritikal berlalu. Jadi, hari ni nak sambut Anniversary seminggu lepas interview. Boleh tak? boleh tak?

Minggu lepas lah minggu paling sibuk of the year. Eceh, nak main of the year saja.

Rabu, sukaneka tahap 1
Khamis, sibuk buat persiapan untuk rumah sukan
Jumaat, raptai sukan (Interview SPP)
Sabtu hari sukan

So, times flies so fast ataupun masa terbang sungguh laju -__-. Sampai I kena main kejar-kejar dengan masa. Malam je mesti tidur berbantal kan lengan. Cindai lah mana, ewaah. Blerrgh. Malam je tidur bertangkupkan buku di muka. Di harap proses reverse osmosis berlaku di situ. Bangun pagi, ting!! otak dah full dengan Pedagogi. I wish.

Jumaat lepas memberi kelegaan yang berpanjangan. Alhamdulillah, semua dah lepas

Pergi Putrajaya pukul 6.30 pagi di iringi emak & babah bersama doa-doa semua. Balik tu terus pergi makan dekat Masjid Shah Alam, kebulur. Kemudian heading to Bank, cari duit sikit nak buat enjoy. Sebab petang off, so, takdelah pergi shopping, I pergi tidur. Dah berapa malam tak tidur lena. Siap silent handset lagi. sebab mahu  stay away from sebarang bentuk gangguan even from Dak Yang himself. mahu tidur lena dengan tilam vono.

Tu semua cerita Jumaat yang lepas. Jumaat ni, dah tak sedar diri dah. Tiap-tiap malam keluar, tiap-tiap pagi pun keluar juga, tiap-tiap tengah malam tidur lena dalam bilik pengantin yang heaven. Maaf bakal pengantin, I rasmikan dulu. Buku-buku pedagogi dah kembali ke pangkuan almari, nota-nota dah pass kepada candidate seterusnya. Bajet senior lah ni. HAHA.

Pengalaman :

Saya adalah orang yang terakhir sampai. Tapi, saya adalah calon yang memegang nombor giliran 0001.Penemuduga seorang lelaki, bukan Islam (bagi selamat sejahtera). Tapi, saya tak pakai kain belah pun (sebab ramai yang pesan, pakai kain belah, goda-goda sikit. HAHA) Mana nak goda, mana nak neves. Tak sempat. Saya duduk dengan sopan dan lemah gemalai. :p

Kalau tak tahu apa jawapan dia pun, please keep talking. Salah takpa. Dia mahu lihat confidence anda. Nanti, dia akan bagi jawapan yang sebenar. Kalau tak pasti sangat bagi ayat manis contoh: maaf encik saya kurang pasti jawapannya, tapi saya akan pastikan saya tahu jawapan dia bila keluar dari bilik ni. Hoh, atau contoh ayat manis lain, saya akan berusaha sepanjang usia saya untuk cari jawapan dia.

Tolong pakai name tag besar gajah tersebut, kasut sarung bertutup rapat jangan di lupa. Kalau boleh, jahit kasut dekat kaki kasi rapat. HAHA Paling penting, jangan terkurang satu dokumen pun. Jangan, nanti anda akan dapat susah. Jangan silang kaki. Jangan seksi. Jangan bawak dokumen yang dia tak mintak, nanti dia soal, tergeliat la lidah kau nak jawab. Takyah eksyen nak tunjuk sijil 2 jilid tersebut. Simpan je buat tatapan anak, isteri.

Itu je lah kot do's & Dont's nya untk pergi interview. (SPP saja lah, kalau kerja lain jangan ikut)

Da's Da's (gediks)

4 feedback:

sebelas said...

wahh bukanmain lagi pengalaman interbiu erk :D

http://nomborsebelas.blogspot.com/

asna cute said...

byk betul tips nya.. tp rasa mcm dh mls nk tukar keje g interview memanjang hehe =)

azzah husna said...

macam aku tau je ayat yang nak cari jawapan selepas saya balik ke sekolah nanti...hahahah

Poyaty said...

11 = pengalaman 1st tym tu hehe

asna = hehe, keje leklok ye

suna = ayt ko la ni. amacam? best x?