Wednesday, March 31, 2010

Short But Meaningful



Yang, kita tunang 1/1/11 ok x?

(tak reply busy tengah buat kerja)

Lepastu kita kawen 11/11/11. Hah, dah dapat tarikh. Pergi beli cincin sekarang!!

Banyak cantek!! (terpancing jugak akhirnya)

Ye la, dengan orang lain You nak kena melutut segala nak proposed. Dengan I senang je. Siap dah ada tarikh lagi.

AH (dia dah malas nak layan GF sendiri. Maybe juga malu nak mengaku ni GF aku ke?)

I nak cincin from The Carat Club (rujuk gambarajah besar gajah di atas) Princess Cut, diamond satu je. Even kalau You kaya pun, I tetap nak Diamond satu je. Taknak banyak-banyak. Ye la kan, cincin tu nanti I nak pakai seumur hidup, kalau macam tak menepati citarasa, I sedih je tengok (gila demand perempuan ni)

Kita cerita tahun depan la

Takpa, takpa I nak bagitau je, kot-kot you nak buat suprise ke, at least You dah tau cincin macam mana I suka 

Takda suprise-suprise nya

Kalau macam tu, motivasi untuk You sebab You kena simpan duit banyak-banyak sampai pekot tebal. Cincin ni mahal

Itulah akibat bila orang keliling semua dah kahwin, I pun terhegeh-hegeh nak kahwin, tapi Dak Yang sibuk-sibuk sampai lupa nak kahwin.

Semua itu ialah gurauan semata-mata (kang ada pulak yang ingat I macam terhegeh-hegeh sampai dah tetapkan tarikh sendiri) Bukanlah bukan. (Tapi, cincin idaman I tu betullah tu, yang macam tu) HAHAHA.

6 feedback:

kokjue said...

xpe T..nti smpai gk seru 2....jgn terburu2 sbb sume mmbe2 da nk kawen tau!! bg jek sokongan pd kje die dlu...msti one day kamo akan tunang n kwen gk..believe me!

asna cute said...

wahhahaha =p giler gempak nieeeee! ada tarikh dah semua nie haaaa

Tabik spring la Toing! toing! toing! hahaha

liyanaKim said...

ni kalau bf buat tak tahu je baca blog ni. waha, tak dapat nak cakap ape la. ceh demand eh, nak cincin mahal mahal , sampai eja poket pon jadi pekot.hehe. gud luck.

zaradgreat said...

wah3!!
cincin tuh sangat sweet lah yatyyyy

ezzy said...

wahh..kamuu....jgn risau..ada jodoh tak kemana.....masa single byk benda boleh dibuat n dicapai...selagi parents kamu tidak menghalangg...

Poyaty said...

kokjue = ye la kokjue. i support abes2 ni. kan die hard fan an saya ni. hhaha

asna = haha tarikh fantasi saja. suka lah tarikh tu

liyana = hahaha, u noticed ek? i mmg eja pekot sbb ejek dak yang ler tu

zara = kan zara kan. saya suka sgt

sis ezy = yup-yup. slagi kamu bersama saya