Wednesday, March 17, 2010

Good News...Hooorah

Hari-hari saya login masih macam ini saja paparan dia

Permohonan: Status: Lengkap
Tarikh Permohonan : 5-09-09

Panggilan Temuduga: Tiada

Hari-hari juga saya akan pangkah paparan dengan rasa kecewa yang mendalam, like am deeply hurt. HAHA. Lepastu pergi sekolah bawak mulut muncung cencurut mengadu dengan kawan-kawan yang dah pergi interview. 

Bila nak panggil interview ni? Bila nak panggil? Selagi tak lepas, dalam hati macam tak gembira.

Lepastu keluar ayat sedapkan hati sendiri Takpa, lagi lambat interview, lagi banyak tunggakan nanti

Tapi, bila sorang-sorang kawan maktab dah lepas interview, mula lah nak menggelupur tak tentu hala, macam ikan tak dapat oksigen. T____T

Pabila larut malam semalam, aku nekad, takda panggilan temuduga lagi, mahu tunjuk perasaan depan SPP. Jeng je jeng, suspen la sangat. Paparan sangat menggembirakan hati. Dah bertanggo, bersalsa dalam hati. Macam ni lah baru semangat nak pergi kerja. Tak memasal.

Panggilan Temuduga :
Tarikh : 16-04-10
Masa Temuduga : 7.30 pagi
Tempat Temuduga : Bilik Temuduga 1 Aras 1, Blok B3,
Kompleks J.P.M., Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran
62526 Putrajaya, WP Kuala Lumpur

Kan lebih menggembirakan hati daripada asik-asik tiada, asik-asik tiada. Tersenyum lebar sambil pegang Paper dan mentonton Berita. Kata nak interview, kena lah up to date dengan berita terkini. Kalau nak tahu apa-apa news baru, u can ask me. HAHAHA

Alhamdulillah~~

7 feedback:

asna cute said...

hhahahaah =p dpt surat cinta tue terus ngdap barita ya hehe =]

jgn mereka tnya "awak sokong mane?" sudah la heheh~

zaradgreat said...

wahhh!!!
gudluck yaty!!
nak interview
hehehehehe

LyNn HaMzAh said...

yaty, good luck yer...banyak2 amek tahu berita2 penting tau...then jgn gabra k...wish u all the best...

si para para said...

wah2...tahniah2..hehe jgn lupa tgk berita untuk esok dan seterusnya..err nanti boleh buat n3 pasal berita..boleh tumpang baca dan tumpang dapat perkembangan semasa..hehe

Poyaty said...

tq kekwn semua. i try my best. ewaahh. hehe

goodmorningteacher said...

keh.keh..keh.. takde pape interview tuh dik oii.. rilex je.. beria dulu aku baca PIPP la , falsafah pendidikan segala, last2nya haram takde dia tanya..tanya pasal skolah je,n tentang diri kita. lagi banyak ko menceceh lagi sikitla dia tanya :p

Poyaty said...

ye ke k.lynn? ok ok info berguna. saya dah abes hafal tonggak 12 neh. haha